Assalamualaikum....
salam ramadhan buat semua, moga ramadhan kali ini membawa bersamanya keberkatan buat kita, moga ramadhan kali ini bertambah amalan dan mendekatkan kita pada yang Maha Esa.
seperti yang mama pernah beritahu, kalau dapat je gaji atau payment papa, memang mama papa akan bawa anak-anak makan diluar, minggu lepas alhamdulillah...papa dapat payment, petangnya papa ajak bawa anak-anak pergi makan, macam biasa papa akan tanya.. nak makan apa? selera akan ikut selera anak-anak..
teringat kawan pernah beritahu satu kedai di seksyen 7, jadi sempatlah mama menggoogle... mudah saja nak jumpa sebab papa tahu kawasan seksyen 7 tu..
makanya disinilah mama papa dan anak-anak bersantap..masita steak house, blok M, jalan plumbum v/7v...berhampiran giant. tengok menu pun dah tahu kan pilihan siapa... makanan semuanya ok..harga pun bagi mama berpatutanlah...harga semua makanan diatas rm57.90 sahaja, kira oklah tu kan...hehehe
maaflah sebab selalu jugak menunjuk gambar apa yang mama papa dan anak-anak makan..bukanlah nak menunjuk kami berduit atau makan yang sedap-sedap je, ini makan sebulan sekali je, memang sebagai reward untuk diri sendiri dan anak-anak, bagi mama papa rezeki yang dicari memang untuk anak-anak, apa yang mereka hendak makan,inshaAllah akan ditunaikan, permintaan selain dari makan perlu dipertimbangkan.
bukan apa..teringat zaman susah dulu,pernah disuatu majlis yang terpaksa dihadiri...ada dijual makanan, anak-anak tengok anak-anak orang lain makan sambil telan air liur, minta untuk dibelikan tapi mama tidak mampu untuk membeli,pada hal makanan itu cuma berharga rm2 saja, tetapi malangnya dalam purse mama waktu itu,bukan kata rm2 tetapi rm0.20 pun tiada..begitu juga papa, ambil risiko juga keluar menghadiri majlis, dengan isyarat minyak di kereta sudah berwarna oren.
masa melihat wajah anak-anak menelan air liur tu,mama rasa hendak meraung, tetapi mama tabahkan diri, menangis didalam hati saja. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya begitukan sebab itulah bila ada duit mama papa akan belanja anak-anak makan mengikut selera mereka..tapi kadang-kadang ikut selera mama juga hihihi
menceritakan pasal kesusahan ini juga bukan hendak menunjukkan yang kami sahaja susah...tidak, ini hanya sebagai ingatan disuatu hari nanti,mama tahu setiap orang juga punya ujian yang tersendiri, ada yang diuji tidak mempunyai suami,ada yang diuji tidak mempunyai zuriat, ada yang diuji dengan kesenangan ada yang diuji dengan kesusahan, semua orang diuji, cuma caranya berbeza dan bagaimana pula kita menghadapi ujian itu...kami diuji dengan kesusahan dari segi kewangan, segalanya perlukan catuan, nak makan pun berkira,kadang-kadang sampai ikat perut...mungkin sebab tu mama kurus sampai sekarang hehehe...ada lagi ujian yang lebih hebat...tapi rasanya cukuplah dulu setakat ini...
apapun.. ujian ini...mengajar kita erti kesabaran,mengeratkan perhubungan dan yang lebih penting mendekatkan kita pada yang Maha Esa... bila diuji berbaliklah pada yang memberi ujian,pasti kita lebih tenang,menangis,mengadu hanya pada yang Maha Esa.
Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
asalamualaikum AA
ReplyDelete:-)) salam ramdhan...
berpatutan harga steak house tu...
ish sedihnya baca kisah tu... sob..sob.,
ReplyDeletekenapa cam ada pasir dalam mata saya ni
ReplyDeletenasib orang berbeza kan kak...
lagipun tuhan uji kita ikut kemampuan kita
yan pasti kita mak, memang tak sampai hati nak hampakan keinginan anak
lagilah bab makanan, kalau boleh adakan, mesti adakan juga
saya suka makanan western, tapi papa afif dgn aisyah tak suka
dia lebih suka makan nasi ambeng aje...hehe
selamat berpuasa mama aryan..
ReplyDeleteKedai steak ni makcik Hana punya. hana pun x sempat review baru singgah sekali. Yang pasti jus avocado dia sangat sedap dan murah..
Ye la mama rezeki kita berbeza. Mcm hana sendiri tak de anak so boleh la jalan2 tapi org yang ada anak mungkin menjadi kekangan. Allah maha adil. Rezeki berbeza mengikut keperluan kan..
Salam ukhuwah dan salam ramadhan kareem dari Bunda...
ReplyDeletesedap je nampak.. lapar pulak.. hihi.. takde la..
ReplyDeletetakpe je tak salah pun.. kita yg penat kerja kan, reward utk diri & family..
Betul akak cakap ni. Dugaan dan rezeki masing2.. kalau kita dapat fikir dan redha mcm ni insyaAllah hidup kita pasti lebih baik dan tak ada hasad dengki.. saya kalau ada kesusahan yang dihadapi saya ingat pengalaman bersalin naim, tak lama pasti akan rasa mudah tenang hati..
ReplyDeletebetul tu kak
ReplyDeletebagi saya berblog ni lbh byk positif
mcm saya sndiri diuji dengan zuriat.
hampir 6 tahun menanti.alhamdulillah ulang tahun ke 7 bersama zuriat dinanti
yang penting nawaitu kita
mudah mudahan tidak disalah erti oleh pembaca atau pengunjung blog..
kan kak. kira sedang melalui ujian kewangan tu tapi tula Allah tak pernah tak cukupkan rezeki. tak pernah lagi keputusan bekalan makanan buat masa ni. alhamdulilah syukur.
ReplyDeleteakak. tak kisah pun akak share mcm2. semua ni kan diari kita. apa orang nak kata terpulang pada persepsi dia sendiri. kalau dia positif, positif la ia :)