Assalamualaikum...
Alhamdulillah selamat sampai dikampung walaupun jalan agak sesak dan perjalanan yang biasanya 2 jam jadi 3jam..tapi ok lah kan.
Gaya anak dara duduk dalam kereta yang membuatkan mama lenguh tangan. Hmmm...adelya bukan nak duduk diriba tapi nak duduk berpeluk macam tu dengan mama,kalau makan roti pun macam tu abislah tudung mama kena krim roti...hai la anak dara sorang ni, terlebih sangat manjanya tu.
Balik kampung kali ni, nak hantar adik ipar yang kahwin hari tu..esok majlis di sebelah lelaki,dekat kuantan je,sambil tu ambil kesempatan untuk bercuti,siap adik ipar booking homestay semua pun dah semangat nak terjun laut. Dapatlah berfamily day dengan family in law.
Alang-alang cuti sekolah mama pun mohon cuti sampai selasa..hehehe cuti masih banyakkan...lagipun dah merancang juga untuk bercuti kami anak-beranak je selepas balik dari kuantan tu..wah tak agak-agak mama ni kan,balik bercuti dari kuantan nak pergi bercuti lagi..hehehe saje lah nak bawa anak-anak, mama dengan papa pun belum pernah ke situ lagi...papa yang pilih tempat dan booking hotel, mama follow je,percutian santai je katanya, bawa anak-anak merasa suasana baru.
Moga-moga segala perancangan yang telah dibuat ini dipermudahkan segala urusannya...moga anak-anak juga seronok dengan perancangan yang telah mama papa buat untuk mereka.
Pesanan buat anak-anak mama :
Gunakan masa yang ada untuk membahagiakan orang-orang disekeliling kita, pasti kita juga akan merasa bahagia.
Allahumasolli a'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali saiyyidina Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
selamat bercuti AA...wah seronoklh bebudak tu....moga selamat pergi dan balik..amin :-))
ReplyDeleteselamat bercuti AA, thanks sudi singgah blog saya. ^_^
ReplyDeletesaya tak perasan dah masuk cuti sekolah. patutlah jalan dah kurang sesak pagi-pagi. jem pasai semua orang pun nak ambil kesempatan pulang ke kampung sempena cuti sekolah kot. ~.~"
Amboi lamanya akak cuti..bestla gitu leh jalan2 lama dengan anak2..g bcuti kat mana pulak hari ni tu??semalam tu kenduri pihak perempuan pulak ya.
ReplyDeletewah seronoknya! lama cuti tu
ReplyDeletekemana aje selain dari balik kampung
mesti seronok bebudak tu
aisyah saya pun dah beso pun nak duduk beriba lagi kak
puas mengajar, naik letih kalau perjalanan tu jauh
apapun saya doakan perjalanan pergi dan balik akak selamat ye
HEhe sakan cuti-cuti malaysia... happy holiday jgn lupa buah tangan bawa balik sini nnti hihihi
ReplyDeleteAssalam akak
ReplyDeleteselamat cuti.cuti malaysia
lama tu cutinya
seronoknya holiday. hepy holiday kak :)
ReplyDeletemama, kalo cuti balik raya nnt tak tau la sesak camner yea...
ReplyDelete