Saturday, 20 June 2015

status yang mengundang..

Assalamualaikum....

Mama jarang sangat buka fb, update status pun jarang,kekadang terfikir nak delete je akaun fb tu..tapi terkadang rasa sayang pula sebab ramai juga kawan-kawan kat dalam tu walaupun jarang nak bertegur sapa...

malam ramadhan pertama,mama di taged dalam satu status...tetiba mata pedih dan berkaca,hidung pun turut berair,siapa hiris bawang nih malam-malam??? tak sedar airmata mengalir ke pipi.. kesedihan yang tak terucap, tahun yang ke lapan tapi terasa seolah-olah baru semalam semua itu terjadi...hanya al-fatihah yang mampu dikirim dan doa semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...





inilah status yang mengundang airmata mama...sedih..terlalu sedihhh 8 tahun lepas masa berbuka puasa mama menangis macam nak gila...ntahlah bukan tak redha cuma mungkin belum bersedia untuk kehilangan lagi, apatah lagi arwah mak baru pergi sebulan,kini ayah pula dijemput Ilahi..akal waras mama tak mampu berfungsi,menangis sesungguh hati.

mereka pergi dalam keadaan kami belum bersedia..tetapi apakan daya walaubagaimana sayangnya kami adik-beradik kepada mak dan ayah,namun Allah lebih sayangkan mereka,percaturan Allah lebih baik...kami adik-beradik redha dengan semua ketentuan ini, cuma sekarang ramadhan dan syawal terasa lain tanpa mereka, kalau dulu bila bersahur...suara emaklah yang gigih mengejutkan kami adik-beradik,bila nak berbuka kalut juga memasak makanan kesukaan anak-anak,begitu juga bila tiba raya, segala juadah kesukaan anak-anak sendiri mahupun anak-anak jiran mereka kalut sediakan...
lemang pak berahim,kuih makmur mak limah, rendang mak limah...antara juadah yang dinanti dipagi raya, bukan saja kami anak-anak tapi jiran tetangga..

8 tahun berlalu...masih merindui masakan mereka..arwah mak dan ayah orang perak, bila anak-anak suka makan lompat tikam,kalut mak belajar dengan makcik sebelah (orang kelantan) cara buat lompat tikam...hehehe gigihkan mak ni demi untuk anak-anak..ayah walaupun tak nampak berusaha, tapi ayahlah yang sibuk membeli bahan untuk mak masak bagi memenuhkan perut anak-anak.. mintalah nak makan apapun pasti akan ditunaikan...air tangan mak,masak apapun sedap,walaupun hanya nasi bersama garam dan sedikit mentega, laju juga menyuap ke mulut.

ramadhan dan syawal tidak sama lagi tanpa mereka...rumah itu sunyi walaupun penuh gelak ketawa, rumah itu sepi walaupun penuh suara bercerita...mama pun jarang balik,hanya sesekali singgah menjenguk rumah, raya pun lebih banyak di rumah mentua,lantaran adik beradik yang lain semuanya pulang awal...untuk apa mereka bercuti lama,jika tiada emak dan ayah..berlama-lama di rumah itu pasti mengundang memori lama...setiap sudut rumah pasti terbayang wajah mereka...

Ya Allah...sesungguhnya aku redha dengan semua ketentuan ini, cuma adakalanya aku rindu..terlalu rindu...mata mama sudah berkaca sedikit lagi empangan ini pasti akan pecah, mama perlu berhenti..

Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad

Wassalam

10 comments:

  1. Alahai.. sedih baca entry ni.. Orang baik2 ni mak ayah akak.. anak2 diorang semua selalu ingat dan mendoakan utk kesejahteraan diorang..

    ReplyDelete
  2. Sebak bila baca entry ini...kasih mak ayah xde gntinya...smoga mereka dirahmati Allah...

    Salam ramadhan :)

    ReplyDelete
  3. Tetiba mata masuk habuk...

    Semoga roh mereka berdua dicucuri rahmat.

    Salam Ramadan Dari diana sekeluarga. Semoga akk terus kuat Dan kuat.

    ReplyDelete
  4. :'-C sebak baca entri AA kali nie...huhu

    ReplyDelete
  5. Allah ! sayu j kak.bc entry ni.
    in shaa Allah jumaat ni nk blk kedah buka posa dgn mak ayah..

    alfatihah

    ReplyDelete
  6. sayu & sebak Kak... Al-Fatihah moga mereka tenang di sana.. bulan2 puasa ni mmg akan lebih teringat kt org2 yg pergi dulu meninggalkan kita..inikan plak org tua.. :(

    ReplyDelete
  7. Al fatihah.. semoga mereka ditempatkn dikalangan org2 yg beramal soleh..

    ReplyDelete
  8. sebak ;'((((

    moga mereka ditempatkan bersama para solehin..

    kira yang kehilangan arwah tok opah walau dah berbelas tahun pun tetap terasa kat hati. tetap setiap tahun mesti ingat segala apa yang dorang selalu buat...

    ReplyDelete
  9. saya tumpang sedih membaca entry ni kak
    untung saya dan adik-adik masih mempunyai mak dan abah
    moga mak dan ayah akak berada dikalangan orang-orang yang beriman

    ReplyDelete
  10. Saya dah 10 tahun raya tanpa ayah :-(

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...