Friday, 12 June 2015

muzium diraja pekan, pahang

Assalamualaikum...

Aktiviti yang kami buat sebelum ke rumah uncle azman untuk makan tengah hari, melawat muzium diraja pekan, pahang. bayaran masuk :

warga pahang : RM4 (takde tengok ic pun,akak jaga kaunter tu cuma tanya"orang pahang ke?")
warga Malaysia : RM5
Bukan warganegara : RM16
kanak-kanak bawah 12 tahun dan oku : percuma

didalam muzium ini terdapat beberapa bahagian. turutan ini mengikut bahagian yang mama masuklah ye...hehehe,hai baru je minggu lepas pergi tapi dah lupa,nampak sangat mama dah berusia.

bahagian pertama yang kami masuk,ada dipamerkan gambar-gambar diraja, zaman kecil dan dewasa...



suami isteri mengambil peluang bergambar bersama dengan gambar sultan... tak banyak gambar yang diambil dibahagian ni sebab cuma ada frame-frame gambar saja.

bahagian kedua..



bahagian ni terdapat ukiran orang asli daripada kayu, kawasan dengan pencahayaan yang agak suram,buat suasana agak menakutkan bagi anak-anak terutamanya adrien..hehehe takut pulak dia, siap ajak keluar lagi, mama nak membaca info pun tak boleh. disini ada disediakan skrin besar untuk kita bermain , mencari perkataan yang tertera di skrin, anak-anak pun sibuk nak main, mama jenguk-jenguk je tak sempat nak hulur jejari runcing nih..hihihi

bahagian ketiga

terdapat barangan seperti gambar diatas,akak pun tak tahu dipanggil apa tu,tapi diperbuat daripada emas kalau tak silap,hahaha nampak sangat tak membaca apa yang tertulis,tetapi memang ada juga yang tidak terdapat info pada barang yang dipamerkan.
masuk ke bilik sebelah ada terdapat banyak keris, gambar mama tak ambil sebab hero-hero nak kebilik air pulak...

dibahagian ini hanya terdapat lukisan seperti digambar,kami ambil peluang lepak-lepak dahulu, lepak santai sambil bersila dilantai,dah macam rumah sendiri pulak rasanya, bergambar dengan pelbagai aksi,tapi gambarnya tiada pada mama,abang ipar yang snapkan,jadi tak dapat nak dikongsikan disini.
setelah berehat seketika disini,perjalanan diteruskan..ewahhh macam jauh je perjalanannya kan...hehehe, besar juga muzium ni.



Bahagian ini pula ada terdapat beberapa jenis al-quran, ada al-quran gulung dan dibahagian lain terdapat tombak-tombak yang disusun sebegitu, anak-anak mama bukan main lagi berlari-lari kat celah-celah tombak tu,sesuka hati dorang je kan..



haa...anak dara mama sorang nih,masa mama dengan papa sibuk dok tengok al-quran yang dipamerkan, adelya sibuk azan..tengok gambar atas tu, sedang azan tu,lepas tu solat...dia ingat karpet tu sejadah agaknya, kusyuk betul solatnya tu...

di bahagian ini juga, ada dipamerkan peralatan sukan seperti bola, kasut, ruang pejabat, kaki gajah pun ada, berminat pula abang adam berada diruangan ni, mahu pula diambil gambar, kalau tidak tidak mahu dia mama ambil gambar. minat bola ke abang?

pengkaji barangan purba sedang mengkaji barangan yang dipamerkan, nampak sangat menarik perhatian para pengkaji nih...kukur kelapa lama tu..mama pernah guna kukur seumpama itu, tapi tidaklah yang seperti didalam gambar tu. congkak itu memang menarik perhatian ramai dengan corak yang terukir itu memang sangat menarik.

antara barangan lain yang dipamerkan disitu...hehehe mama dah tak ingat seksyen mana..inilah jadinya,yang penting semua barangan ini memang ada dipamerkan.


bahagian ini terdapat peralatan muzik, bukan ini sahaja ada yang lain lagi, tapi macam biasalah tak semua gambar peralatan tu mama ambil.

Oh ya dalam muzium ini tidak dibenarkan memakai kasut, kita akan dibekalkan plastik untuk mengisi kasut masing-masing, itu yang ada menjinjit beg plastik tu, bukan makanan tau itu kasut kami..

setelah habid menjelajah dibahagian dalam muzium kita ke bahagian luar pula. kereta lama sultan ni, besar dan panjang, cadillac kalau tak silap kereta ni,ambil peluang berposing denga kereta.

ini juga dibahagian luar muzium, seronoklah anak-anak dapat tengok helikopter dan kapalterbang ni, memang kesukaan merekalah,tapi bila nak diambil gambar sikit punya payah.jadi snap saja apa yang dapat.


al-kisahnya sebelum masuk muzium ni,kami berpusing-pusing cari jalan masuk sebabnya jalan masuk muzium ini ditutup kerana ada orang kayuh basikal,adik ipar dengan suami pergi berjumpa polis yang sedang menunggu dilaluan masuk muzium ni,akhirnya dapatlah kami masuk dengan bantuan polis tersebut,polis tersebut bukakan jalan untuk kami, masa nak keluar pun begitu juga, polis itu datang bertanya "hendak kelaur ke?" jadi dia bukakan laluan untuk kami...terima kasih en.polis, jasamua dihargai...dapat juga kami melawat muzium.

sekian cerita jalan-jalan dimuzium diraja pekan, pahang.

Allahumma solli ala saiyyidina Muhammad
Wa ala aali saiyyidina Muhammad

wassalam

6 comments:

  1. ktorg pun suka masuk muzium. dapat tengok sejarah dulu kala. yang rantai emas tu yang permaisuri pahang pakai masa pertabalan atau majlis istiadat agaknya kak.

    ReplyDelete
  2. muzium pekan pahang pun tak penah sampai lagi.. JJCM kat Pahang pun best kan Mama...

    ReplyDelete
  3. saya suka tengok gambar hak memula sekali
    sweet gambo akak dengan suami =)
    cop ye...entry yang johor dengan yang ni tak kena mengena kan
    ke saya salah baca ni...confuse jab =)

    nampak best muzium tu, saya suka ke muzium
    tapi suami saya tak suka...hehe

    ReplyDelete
  4. Ira pun x baca sgt info dlm tu.. tgk2 gmbr je.. hihi..

    ReplyDelete
  5. amboi suami isteri berposing hehehe

    ReplyDelete
  6. dh lama x msk muzium.huhuhu
    saya suka.
    kena tunggu rania besar bru srnok bwa kan blh kenalkan dgn rania.

    nape jalan nk ke muzium x jumpa kak ?
    confuse jap

    dlu msa ddk jb pergi kuantan lalu ikut pekan. tp xda pulak nk singgah..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...