Saturday 13 June 2015

fraser's hill sehari semalam

Assalamualaikum...

haaa inilah tempatnya yang mama papa bawa anak-anak bercuti hehehe...mulanya nak bawa ke cameron highland sebab anak-anak suka sangat nak petik strawberry,tapi kata en.azmi macam jauh pulak nak pergi.lagipun tak pernah pergi lagi fraser's hill ni,jadi buat keputusan bercuti di sinilah, jadinya berbincang berdua nak duduk mana,pilihlah hotel yang berkenan, call shahzan inn tapi untuk tarikh mama pilih tu dah penuh,cuba pula di puncak inn, alhamdulillah ada kosong, terus booking.

hari isnin tu, terus siap-siap dari kampung,walaupun hari itu FIL ada buat masak-masak untuk tahlil arwah tok,tapi memandangkan percutian ini telah dirancang makanya kita teruskan,lagipun kata mak mentua, tak apalah masak sikit je. Sebelum bergerak ke fraser's hill tu sempatlah makan tengahhari dirumah dulu, pantas betul abang ipar mama tu memasak...hahaha,siap je terus kami anak-beranak bersila makan...cantik sungguh,tapi memang dari awal perkahwinan lagi begitu,jarang sangat mama memasak bila dirumah mentua.jika ada permintaan baru mama memasak...wahhh gitu.

Dari kampung ke fraser's hill tu tidaklah mengambil masa yang lama,sebab dekat jugalah kan, dari simpang jalan nak ke atas tu adalah dalam setengah perjalanan mendaki,cuak juga mulanya sebab lepas je signboard fraser's hill lepas tu takde lagi signboard,nampak bentong,k.l je..papa kata salah jalan ke ni? takkan salah jalan kot? tapi tetap teruskan perjalanan,dah lama sikit baru ada signboard, fraser's hill 14km. jalan sehala untuk naik tu agak mencabar juga,hujan pulak tu,jalannya sempit.mujurlah adrien tidur...hehehe adrien dahla jenis tak boleh jalan pusing-pusing,nanti pening..


dah nampak tulisan tu, baru rasa lega...mama pun dah naik pening dengan jalan berliku-liku tu. sampai je terus chek-in dulu. cantik ruang bawah ni english style, kawasan pun bersih je, tapi takde lif ye kenalah panjat tangga,mujur bilik ditingkat dua je.


yang mama ambil ni junior suite,ok biliknya bersih dan agak besar,sesuailah dengan keluarga kami ni, ada la ruangan untuk anak-anak bermain,sebelum ke ruangan bilik ada satu ruangan kecil macam ruang tamu, terdapat meja kopi dan sofa panjang seperti gambar diatas yang adrien gigih melompat tu.cermin tu juga terdapat diruang tamu tersebut.

katil ok..besar,cukuplah untuk kami 5 beranak ni tido..hahaha masih selesa,ada tv dan juga astro, siap ada channel movie lagi, hai seronoklah..lepas letak semua barang dan bersolat. jom ler turun ke bawah tengok kawasan sekitar.


tempat yang mesti bergambar bila ke sini rasanya hehehe, mercu tanda fraser's hill ni. nak snap pic pun agak susah,biasalah dengan anak-anak ini,tengoklah abang adam tu, tak habis-habis dengan gaya robotnya tu,mujurlah jalan disitu tidak sibuk,jadi tidak risau anak-anak berlarian dijalan.



gaya anak-anak bila mama nak snap pic, tengoklah gambar atas tu bukan nak pandang mama...tapi gambar sebelah atas tu,buat mama tergelak, ceritanya bila semua buat hal memasing bila mama nak snap pic,papa pun kata " siapa duduk tak elok,jomlah kita balik sekarang" serentak tiga-tiga pandang papa,siap cakap "tak nak" hahaha...comel sangat mama tengok, dengan adelya sekali tu menjawab macam faham je apa papa cakap.

lepas tu. jalan-jalan lagi,tengok orang berjalan ramai-ramai macam best je, tapi bila berjalan sikit dah rasa penat...ohoii dengan anak-anak lagi,mama terus bagi cadangan kita naik kereta je hahaha


tempat yang dituju selepas itu allan's water, tema hijau gitu anak-beranak..hehehe sesekali ye, boleh naik bot disini dan naik belon besar tu, tapi kami tak naik pun cuma jalan-jalan pusing-pusing je, nak naik bot tu 2 orang 1 bot RM8.00 untuk 15 minit.

kemudian ke sini pulak


dekat je..bersebelahan dengan Allan's water tadi, ingatkan nak petik strawbery, rupanya strawbery tak berbuah lagi,lagipun tempatnya kecil saja.mama rasa jika hendak masuk ke sini dikenakan bayaran sedikit pun ok, bukan apa duit itu boleh juga digunakan untuk memperbaiki kawasan dalaman sini, kalau dikemas sedikit tentu lebih cantik dan menarik. sekarang ni mama lihat tempatnya agak kotor dan kurang menarik,ditambah pula dengan lepas hujan,jadi becak denga selut. cadangan mama je lah hehehe...macamlah tuan empunya tempat ni membaca blog mama ni kan..ralat juga sebab anak-anak dah eksaited nak petik strawbery,nantilah kita ke cameron pula ke...ye anak-anak.

setelah itu berpusing-pusing nak cari the paddock tu tapi tak ketemu...jadi moh le kita bersantap dulu sebab perut pun dah lapar, kata papa esoklah pulak kita berjalan ye anak-anak. kami makan di kawasan food court dekat taman awam tu je, dari pembacaan ramai yang cadangkan makan di arzed restoran, cari-cari jumpa.


alhamdulillah...makanannya tidak mengecewakan,papa  minta nasi goreng kampung dengan telur dadar, sedap katanya,mama minta nasi goreng thai siap ayam goreng dengan telur goreng..pun sedap untuk anak-anak fries dan nugget,semua makan licin...waktu tu sudah petang dalam pukul 6 kabus agak tebal,dengan cuaca yang cukup sejuk,mungkin sebab hujan sebelumnya, tengoklah gambar abang adam tu,kena paksa bergambar dengan mama la tu, adrien terus takut nak bergambar, nampak tak pokok tinggi belakang abang adam, adrien kata itu rasaksa...hahahah " yen taknak mama,ada rasaksa tu.."..tu lah tengok cerita otromen banyak sangat...

kenyang perut, balik bilik je lah sebab tidak tahu nak kemana lagi petang tu, malamnya tiada apa-apa aktiviti,cuma dibilik..

aktiviti anak-anak, sambil mengacau papa membuat kerja, sempat lagi tu bercuti pun nak buat kerja, buat report katanya, nanti hantar lambat,payment pun lambat...ye lah, buatlah...

hari kedua...

sarapan pagi dipuncak inn...sempat lagi anak-anak bawa segala robot dan kereta mainan...hoihhh mama nak makan pun tak senang, sudahnya segelas air tertumpah...urut dada je lah mama, nak buat macammana kan ada anak kecil, tumpah tu bukan sebab terlanggar,tapi lepas minum nak letak cawan terletak atas piring terus senget dan tumpah...



menyedut udara pagi yang nyaman...sambil-sambil tu ambil gambar bangunan yang ada disitu, menarik mama rasakan bercirikan inggeris, tengoklah balai polis,klinik dan pejabat pos tu..comel sangat mama rasa..eh eh ada jenayah ke dekat sini hehehe...

mama pun teringin nak bergambar kat sini,hari kedua baru dapat bergambar...

si comel mama yang berdua ni, hai ada saja keletah mereka ye, tengoklah gaya bergambar tu, ini masa berbaik-baiklah ni.

semalam mencari the paddock tak jumpa,pada hal kawasan ini bukanlah besar manapun kan hehehe akhirnya auntie yang sedang sapu sampah tu suruh mama minta map dekat puncak inn..hahah kenapa semalam tak ingat nak minta? dah dapat map tu senanglah


sebenarnya mama rasa kalau ke sini geng-geng bujangan lagi best kerana ada aktiviti yang lasak seperti jungle trekking dan berbasikal,pastu lebih kepada aktiviti bersama alam gitu...hehehe antara trail yang ada di sini the bishop trail..yang lain adalah the pine tree trail, the kindersley trail,the abu suradi trail, the mager trail, the rompin trail dan beberapa trail lagi.
dan ada tempat-tempat yang boleh kita melihat burung-burung,seperti gambar diatas mana yang ada gambar teropong tu maknanya tempat untuk tengok burunglah, mama dapat tengok burung tak? hmmm mama dapat tengok ni je....


monyet..semangat anak-anak suruh mama ambilkan gambar monyet nih...glemer kau jadinya monyet...hehehe


dapat map baru jumpa the paddock nih..pada halnya semalam dah jumpa jalan ni tapi takut nak masuk, kata papa eh..tu ada signboard kkb, k.l kang turun-turun terus ke kkb tak boleh nak patah balik lagi, rupanya memang ikut jalan ni pun...adoiii tapi takpe lah kan, adrien semangat nak naik kuda,tapi abang adam takut,lepas naik kuda terus minta nak main golf,amboi tak agak-agak adrien nak main golf.


selepas naik kuda,kononya nak memanah, sekali katanya budak-budak tak boleh memanah,hai macammana nak memanah kalau dah busur panah tu pun dah lebih tinggi dari abang adam, teruslah menangis meraung kat situ juga..aii sudahlah.macammana ni? adelya juga yang rilek dok atas kerusi tengok abang menangis...huhuhu, setelah emosi stabil, teruskan perjalanan, takde kemana dah selepas itu,terus balik bilik kemas beg,kata papa perlu singgah ke rawang pula untuk ambil report. kalau lambat hantar nanti payment lambat...sebabnya last hantar report rabu, esoknya lah kan..jadi taknak lah lambat..so marilah anak-anak kita pulang. nanti kita rancang cuti yang lain pula.

itulah kisah cuti-cuti family mama yang tak seberapa... mama tanya abang " seronok tak dapat duduk hotel?" sebab sebelum ni abang ada kata nak duduk hotel kat mama. " ok lah, tapi abang nak hotel lagi besar" amboiii...hotel apa tu lagi besar...hehehe macam-macam la anak-anak ni


puncak inn ini dibawah perbadanan kemajuan frase's hill, terletak betul-betul didepan clock tower tu tengah-tengah la kiranya, dari jalan naik tu dah nampak.parking dekat sini secara terbuka gitu,sapa cepat dia dapat...hehehe mujur masa sampai tu ada parking kosong lagi.


sekadar info...harga bilik di puncak inn, walaupun pergi masa cuti sekolah tapi harga bilik dikira pada rate hari biasa, jadi bayaran RM170 termasuk sarapan untuk 2 orang.

dan itu adalah aktiviti yang boleh dibuat di fraser's hill beserta bayaran,serta map fraser's hill, tak besar mana pun,pusing-pusing keluar jalan tu jugak hehehe, kira ok lah untuk percutian yang singkat, lagipun tak pernah pergi, teringin juga nak tahu apa ada di sini.


Sekianlah cerita percutian family kita sehari semalam saja...ok la untuk masa berkualiti bersama anak-anak memang santai je percutian ni.

Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad

Wassalam

13 comments:

  1. asalamualaikum...seronoknya i bercuti kan AA
    :-))
    masa2 bersama anak2 kecil terasa cepwt berlalu..semakin hari semakin jauh pemikiran mereka..

    ReplyDelete
  2. wah, menarik rupanya fraser hills ni,, saya tak pernah sampai. selama ni ingatkn tempat ni sekadar sejuk dan nyaman je.. mcm2 ada rupanya,, seronokla budak bertiga pergi sana ya.. comel gambar yang ketiga2 toleh serentak tu.

    ReplyDelete
  3. seronok baca..sbb tak penah sampai lagi.
    Balai polis pun bangunan ala inggeris ya! :)

    ReplyDelete
  4. Klu smpi sini xb'gambar mcm xsah plan rasanye suasana ala2 English gitu, sewa hotel pun xde LA mhl sngt kn....;-)

    ReplyDelete
  5. pernah teringin nak pegi sini. kat sini ke kak yang banggunan warna warni tu? yang ada swan byk tu? tapi bila baca review orang nampak macam takde ape yang menarik sgt selain sejuk. tu yang bercinta nak pegi tambah jauh pulak kan hihihihihi

    kalau honeymoon mungkin best lah kot. hahahahahaha :p

    ReplyDelete
  6. bestnya bercuti MV tak pernah smpi lagi..huhu

    ReplyDelete
  7. Not bad la Fraser hill, tringin la nak gi, walaupun, bile tanye org, 'ala..takde pape la kat FH.." tapi hati ini tetap ingin jejaki di atas sana... tgk gambar kat jam tu cantik la ..kan...?

    ReplyDelete
  8. fraser hill! antara tempat yang teringin nak pergi tapi tak sampai lagi
    seronok nampaknya. banyak juga tempat boleh pergi ye
    nak try ajak lah en abang ke sini...harga bilik tu pun affordable juga
    tu untuk semalam kan..baguih juga akak buat entry ni

    bersungguh baca sampai habis ni =)

    ReplyDelete
  9. Tak pernah lagi ke sini, wp dekat ngan kampung. Huhu.. bila ajak icong, jwpn dia sama je.. takde apa kat situ.. :( mentang2 la dia penah pegi dlu.
    Sama gak mcm bukit tinggi dan genting.. jwpn sama.. takde apa kat situ.. sib baik genting tu da penah pegi sekali..

    Menarik je kalau g sini.. walau sekadar nk rehatkan minda..

    ReplyDelete
  10. fraser hill ni bukit tinggikan kak? nak g la nanti..cameron highland baru g ari tuu

    ReplyDelete
  11. liya tak pernah sampai sini lagi.... hehehe entah bila lah daddy QQ tu nak bawa hehe

    ReplyDelete
  12. tak sangka fraser hills banyak tempat dan aktiviti blh buat ... teruja pulak nak ke situ ...

    ReplyDelete
  13. menarik la
    hari tu ada bca di blog mana ntah
    in shaa Allah nak jga ke sana

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...