Wednesday 17 June 2015

cerita tentang papa

Assalamualaikum....

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi ini dan andai umur mama masih panjang dapatlah mama berpuasa esok.

Kali ini mama nak bercerita sedikit tentang papa, papa yang anak-anak kenal ini...sangat garang orangnya kan?silap sikit kejenye nak merotan saja,haiii...geram juga mama dibuatnya.

Papa anak-anak yang mama kenal ni penyabar orangnya, kuat berusaha dan tak mudah putus asa...
dari zaman bujang lagi, macam-macam kerja yang papa dah buat, papa pernah jual burger malam-malam dengan kawan-kawan dia,masa zaman kerja kilang dekat delloyd dulu. itu masa papa duduk klang. pernah juga papa kerja dekat marry brown.

masa papa duduk seksyen 24 shah alam, bulan puasa je, papa tolong kawan papa meniaga mee rebus di bazar ramadhan seksyen 18 shah alam, peliknya bertahun mama duduk seksyen 18 tu dan pernah juga ke bazar tersebut tapi tak pernah pun terserempak dengan papa,duduk pun dah dekat tu. mungkin masa tu mama hanya nampak makanan je dan tak pedulikan orang sekeliling hahaha... lagi pulak masa tu papa kan berambut panjang,macam mana mama nak cam hehehe.

papa juga pernah menjadi marshall di litar sepang, minatnya tu sampai sekarang, hinggakan mama pun terpaksa tengok kalau ada formula one dengan moto gp dekat tv tu tau,bukan mama saja anak-anak pun terpaksa tengokkan..sampai mama kenal la juga pelumba motor dan kereta tu, tengoknya bukan setakat hari berlumba,masa qualifying pun papa tengok, nak tentukan petak, masa berlumba je pun...ohoiii berbulu je mata kan,tapi nak buat macam mana dah papa minatkan..

pernah juga mama suruh papa renew je lesen marshall tu, sebab minatkan jadi mama tidaklah menghalang dan kerja itu bukanlah setiap minggu, cuma bila ada perlumbaan di litar sepang je dan kerjanya hanya pada jumaat,sabtu dan ahad sahaja,tapi buat masa ini papa tidak mahu dan lesen marshall papa tu masih tersimpan didalam stor.

papa ni kalau nak kerja bank memang boleh sangat rasanya,sebab dulu papa ambil kursus bank,tapi lepas tu peram sahaja sijil kursus tu jadi pekasam,bank panggil interview pun tak pergi, katanya bukan jiwa dia nak kerja duduk ofis macam tu, hai...macam tu pulak, abis tu kenapa habiskan duit ambil kursus? katanya saja nak ikut kawan...boleh pulak macam tu ye,tapi takpe lah dah memang papa tak minatkan, jadi buatlah apa yang papa minat.




ini masa mama dan anak-anak teman papa pergi kerja di ulu klang, ada masalah masa ni, kesian papa pergi sorang malam-malam jadi mama offer nak temankan, bawalah anak-anak,saja nak teman papa nanti bosan drive sorang-sorangkan. masa tengah menunggu papa buat keje tu, mama pun bercakaplah dengan anak-anak masa anak-anak bertanya " tengoklah papa buat kerja macam tu,malam-malam,susah..semua tu sebab nak cari rezeki untuk kita, untuk beli makanan abang,beli baju abang..." " beli mainan lego abang..." belum sempat mama abis cakap abang adam dah sambung, jadi baguslah abang faham maksud yang cuba mama sampaikan...hehehe

buat anak-anak mama.....ambil contoh yang baik dari sikap papa yang  tak pernah putus asa, walaupun papa pernah cerita yang papa pernah berkecil hati pada cerita lama, mama cakap lupakan saja...ada hikmah disebalik semua itu...inshaAllah. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat papa...

Allahumma solli ala saiyyidina Muhammad
Wa ala aali saiyyidina Muhammad


Wassalam



8 comments:

  1. Aduh..sayu hati baca entry ni. Teringat dekat suami. Kerja susah payah untuk mencari rezeki untuk anak dan isteri

    ReplyDelete
  2. suami tetap yang terbaik dimata isteri..
    tak kisah la ape kerja pon janji halal kan kak..
    susah senang hadapi bersama..

    ReplyDelete
  3. wah, banyak pengalaman rupanya en azmi ni.. kagum saya. marshall litar f1 tu jarang orang minat. ada lesen pulak tu, mesti memang minat sangat ni.

    haha, agaknya akak pernah terserempak kat sekyen 24 tu tapi orang kata kalau kita tak ada hal, bila jumpa pun kita tak perasan.. tapi kawasan tu ramai kan, dan akak dan en azmi kawan sekolah menengah kan? tu yang jodoh kita tak sangka, kan? takdir Allah ni,

    moga en azmi makin maju jaya ya, insyaAllah

    ReplyDelete
  4. tak tahu le plak liya nak jadi marshall kena ada lesen ye hehe good info nie.. semoga allah memelihara akk sekeluarga...

    ReplyDelete
  5. saya lbh suka dgn lelaki yg gila kerja berbanding yg kerja ikut office hour . hari minggu lak dok goyang kaki tgk tv ... selalunya , org yg gila kerja ni , isteri dan anak2 akan dpt hidup lbh selesa ...

    ReplyDelete
  6. cerita papa dalam cerita akak ni
    lebih kurang sama aje cam cerita papa pada afif dan aisyah

    dia berusaha bersungguh-sungguh untuk keluarga dia
    ada orang pertikaikan camne dia kerja kilang aje boleh beli itu ini
    diorang tak tahu betapa susahnya manusia tu bekerja macam-macam
    nak dapatkan semua yang diorang nampak

    tetiba rasa sebak

    ReplyDelete
  7. hbs tu bila masanya akak jumpa cik azmi.. cer citer..:-)

    saya pon pnh kja di marry brown. hihi

    kebanyakkan org llki kuramg mnt kja dlm ofis kan

    ReplyDelete
  8. ntah2 pernah terlanggar bahu tak masa kt bazar tu? ekekekekekee

    papa yang kuat berusaha :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...