Friday 5 June 2015

Bercutilah kita

Assalamualaikum...

Alhamdulillah selamat sampai dikampung walaupun jalan agak sesak dan perjalanan yang biasanya 2 jam jadi 3jam..tapi ok lah kan.


Gaya anak dara duduk dalam kereta yang membuatkan mama lenguh tangan. Hmmm...adelya bukan nak duduk diriba tapi nak duduk berpeluk macam tu dengan mama,kalau makan roti pun macam tu abislah tudung mama kena krim roti...hai la anak dara sorang ni, terlebih sangat manjanya tu.

Balik kampung kali ni, nak hantar adik ipar yang kahwin hari tu..esok majlis di sebelah lelaki,dekat kuantan je,sambil tu ambil kesempatan untuk bercuti,siap adik ipar booking homestay semua pun dah semangat nak terjun laut. Dapatlah berfamily day dengan family in law.

Alang-alang cuti sekolah mama pun mohon cuti sampai selasa..hehehe cuti masih banyakkan...lagipun dah merancang juga untuk bercuti kami anak-beranak je selepas balik dari kuantan tu..wah tak agak-agak mama ni kan,balik bercuti dari kuantan nak pergi bercuti lagi..hehehe saje lah nak bawa anak-anak, mama dengan papa pun belum pernah ke situ lagi...papa yang pilih tempat dan booking hotel, mama follow je,percutian santai je katanya, bawa anak-anak merasa suasana baru.

Moga-moga segala perancangan yang telah dibuat ini dipermudahkan segala urusannya...moga anak-anak juga seronok dengan perancangan yang telah mama papa buat untuk mereka.

Pesanan buat anak-anak mama :

Gunakan masa yang ada untuk membahagiakan orang-orang disekeliling kita, pasti kita juga akan merasa bahagia.

Allahumasolli a'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali saiyyidina Muhammad

Wassalam

8 comments:

  1. selamat bercuti AA...wah seronoklh bebudak tu....moga selamat pergi dan balik..amin :-))

    ReplyDelete
  2. selamat bercuti AA, thanks sudi singgah blog saya. ^_^

    saya tak perasan dah masuk cuti sekolah. patutlah jalan dah kurang sesak pagi-pagi. jem pasai semua orang pun nak ambil kesempatan pulang ke kampung sempena cuti sekolah kot. ~.~"

    ReplyDelete
  3. Amboi lamanya akak cuti..bestla gitu leh jalan2 lama dengan anak2..g bcuti kat mana pulak hari ni tu??semalam tu kenduri pihak perempuan pulak ya.

    ReplyDelete
  4. wah seronoknya! lama cuti tu
    kemana aje selain dari balik kampung
    mesti seronok bebudak tu

    aisyah saya pun dah beso pun nak duduk beriba lagi kak
    puas mengajar, naik letih kalau perjalanan tu jauh
    apapun saya doakan perjalanan pergi dan balik akak selamat ye

    ReplyDelete
  5. HEhe sakan cuti-cuti malaysia... happy holiday jgn lupa buah tangan bawa balik sini nnti hihihi

    ReplyDelete
  6. Assalam akak
    selamat cuti.cuti malaysia
    lama tu cutinya

    ReplyDelete
  7. seronoknya holiday. hepy holiday kak :)

    ReplyDelete
  8. mama, kalo cuti balik raya nnt tak tau la sesak camner yea...

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...