Monday, 16 June 2014

sesudah 20 tahun


assalamualaikum

sabtu lepas menghadiri kenduri kawin kawan sekelas akak dan en.azmi masa form5..
bagi yg belum tahu..hehehe nak bgtau gak la yg akak dan en.azmi dulu sekelas masa form 4 dan form 5..hehehehe

berjanji dengan kawan-kawan akan berjumpa disimpang mempatih,
jalan masuk ke rumah kawan akak tu la, kg.teris namanya sebuah kg yg terletak di lanchang,pahang...
berjanji nak konvoi tp sudahnya semua pergi asing-asing...boleh gitu??? bolehlah...
 
 




kami semasa dalam perjalanan..
berhenti seketika di bh petrol selepas tol gombak,
perjalanan alhamdulillah lancar walapon kereta agak banyak dijalanraya dan berjaya sampai di simpang seperti yg dijanjikan...

kenduri di kg...memang bestlah dgn suasana kg nyer dan yg paling bestttt

 dah tentulah makanannya...
penuh pinggan okeh...

lauk daging,ayam masak merah, acar rampai. jering dimasak sambal dgn daging ke apatah tp memang sedap lahhhh, kerabu umbut..pucuk ubi rebus dan sambal belacan...
hoihhh...akak makan sampai berpeluh..fuhhh sedap sungguh..
rasa nak tambah tp malu la pulak...hehehe tak senonoh pulak rasanya nak menambah...
 


akak dan kawan-kawan sekelas setelah 20 tahun, ada yg selalu jumpa tp yg tudung purple tu, mmg lepas 20 thn baru jumpa..hamboihhh mcm tak cukup mulut nak bercerita...
yg lain semua anak dah besar, sbb kawin awal,akak je yg ada anak kecik..hehehe tp xpe senang ramai aunti2 yg tolong jaga bila mama nak mencekik..
 
itu kaum bapa..nampaknya en.azmi sorg yg masih kekal dgn bentuk asal badannya hahaha yg lain mahap yeee...semua dah maju ke depan... cehhh nampak sangat nak puji suami sendiri kan??
en.azmi tu mmg asalnya kurus kering itupun dah naik sikit,tp masih ok la...

sebenarnya tak puas berjumpa sekejap sangat..banyak yg nak dibualkan,
ada perancangan lagi untuk kami berjumpa..inshaAllah..

cari yang berbeza pada gambar ini..hahahaha
abg adam buat hal lagi taknak amik gambar..geram je abg adam tu,asal nak amik gambar ber5 dia buat hal,ada je yg tak kena..
sudahnya,amik la ber4..hitam putih tahi cicak..
mentang2 pg kenduri kat pahang,tema pun hitam putih baju kami..

haihh...mama nak berselfie pulak ke tu???
hehehe... sesekali berselfie...
mana tau kot2 terjumpa nanti..dapat la cam muka akak nih..
semua dah jadi mak-mak org nih, tp pantang pula nampak kamera..
tak reti nak bergaya pun, tetap nak bergambor..

gambar ini tiada kaitan dgn cerita kenduri diatas...
ini cerita kenduri 6 tahun yg lepas...
hehehe...tetiba gambar nak interframe..
masa kenduri akak dan en.azmi..
inilah reunion yg paling best sekali utk kelas akak..
ramai yang datang masa kenduri kawin akak ngan en.azmi ni..
 haaa kau..nak gak selit citer kenduri sendiri..hihihi mahap ye..sajer tumpang glamer raja sehari..
kenangan mengusik jiwa nih..
pandang gambar ni terasa sayu pulak hati..
kawan akak bertopi duduk sebelah kiri, telah kembali ke rahmatullah..
beberapa hari selepas kenduri akak ni...


haaa...inilah dia pengantin sebenar pada hari kejadian..
kawan kelas akak yg lelaki tu...
gambar nih akak cilok dari Fb je tau..(tq buat pemilik gambar ye)
selamat pengantin baru buat amizan & zulaikha
semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke syurga

wassalam

4 comments:

  1. Alhamdulillah dapat jumpa semula kawan2 lepas 20 tahun tak jumpa ya. Bestnya en azmi naik badan. Suami saya dah mula boroi tu, tu yang saya duk perli2 dia suruh jaga sikit badan. Sedap nampaknya lauk kenduri. Lauk macam Tu paling best tu. Banyak pun boleh habis. Sakit apa kawan akak tu?

    ReplyDelete
  2. alfatihah
    bestnya kawn kawan sekelas.bila buat reunion mcm ni mmg riuh rendah la kan.. blh bayangkan suasananya.
    mmber2 saya pon ramai yg kawin mmber sekelas.ada yg kawin dgn junior. hihi.


    ReplyDelete
  3. wah lama juga dah tinggalkan zaman sekolah ye
    tapi best dapat jumpa kawan lama kan? macam-macam nak cite
    ooo...rupanya akak dengan en azmi satu kelas. jodoh kan? =)
    lauk kenduri tu memang marvelous
    saya asal pahang gak, paling suka gulai kawah kalau kenduri =)

    ReplyDelete
  4. Lama tu.. 20 tahun..
    mesti seronok dpt jmpa kawan2 lama..
    Best nmpknya lauk kenduri tu.. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...