Wednesday, 2 May 2018

Juara akhirnya

Assalamualaikum...

Cerita seminggu yang lalu, adelya bersukan di Pasti. Sebelum ni sukan pasti daerah kuala langat dia nangis2 taknak bersukan sudahnya mama bawa balik je la pada hal mama dia ni gigih oiii nak bagi sokongan, abg adrien dulu dalam malu2 bersukan juga tapi anak dara sorang ni dia buat kerasss je..dari mama ko kejung tengah panass sambil tahan panasss hati baiklah balik.

Sukan kali ni buat dekat pasti je, malam sebelum tu adelya dah cakap taknak sukan..mama ko sabar je la kan, pagi tu terus kejut semua bangun. Anak dara tetap cakap taknak sukan tapi mama buat tak tahu je, dah dia nak usung anak patung dan segala mainan dia mama ikutkan je kikiki gigih mama ko kan, sampai pasti en.azmi hantar adelya dekat mualimah mama tengok dari jauh je la, nangis jugaklah anak dara tu kan, tapi dia ikut je mualimah sebab dia takut dekat mualimah salsabila tu kikiki.

Mama amik tempat duduk dekat belakang sekali risau adelya nampak nanti lari pulak dia taknak bersukan kan. Tapi masa perbarisan tu nampak jugaklah dia tercari-cari, mama jenguk jugaklah muka masa nampak tu adelya lambai2 je tapi muka ketat je taknak senyum masa ikrar dan nyanyi kawan2 lain semangat nyanyi dia senyap je, pada hal dekat rumah dia lah yang paling semangat menyanyi.

Masa nak mula sukan tu mama pergilah juga dekat adelya bagi kata2 semangat.. semangatlah sangat kan hihihi, pada hal mama dia yang semangat nak anak bersukan, bak kata en.azmi "nanti takde cerita pulak mama nak cerita dekat blog kan" hahaha mujur memahami..kira memahami la tu kan, walaupun ada bau2 perli..ada mama kesah kalau perli pun. Tapi mama tau en.azmi pun saja je tu kan pada hal bagi sokongan itu yang gigih tolong amikkan gambar, siap buat liputan langsung lagi tu guna enfon mama...tq en.azmi kalau tak susah juga nak ambik gambar sebab mama dok tunggu dekat adelya je, lepas berlari mama hulur air lepas tu hulur makanan, nampak tak kegigihan mama nak jaga mood anak supaya bersukan???

Seronok sebenarnya tengok anak2 kecil ni bersukan macam2 telatah yang ada, ada yang menangis sambil berlari lah, ada yang berlari sambil ada peneman la, macam2 gelagat lucu lah jenuh mualimah nak kawal. Tapi oklah kan. Ada 4 acara semua pelajar pun masuk semua acara, pemenang ditentukan dari pungutan mata, adelya rumah merah. Acara dipertandingkan isi air dalam botol, lari bawa bantal atas kepala, bawa bola pingpong dalam sudu dan acara berpasangan berkasut but. Comel je semua pakai kasut but sorang sebelah kaki. Akhirnya rumah merah johan keseluruhan...bangga mama ko nak hahahaha. Tak sia-sia berdiri tengah panas terbakar muka.


Tengok dah gumbira main dengan kawan mama pun senang hatilah dibuatnya...lega  ko kalau tak nangis bucu padang la mama.


Tengoklah tuan puteri sorang tu kemain bergaya lagi walaupun nak bersukan, berjaket berkasut pink.


Alhamdulillah juara keseluruhan...tengok tu.dah elok gaya princess dia pergi korek hidung pulak.

Harap2 lepas ni makin berani nak bersukan.ye adelya.

Wassalam

10 comments:

  1. seronoknya.... mcm2 brang dpt
    bkn main besar plastik sorang 1 dpt... mmg hepi sgt tu...
    kita juara

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah
    tahniah tuan puteri

    ReplyDelete
  3. Alaaa, ada problem plak nak komen ni..camane ni mama? Huhu..

    ReplyDelete
  4. alo loop.. cumel2 nya bersukan siap pakai tudung tu kan.

    tahniah anyway.

    ReplyDelete

  5. شركة التميز المثالي للخدمات المنزلية وتنظيف المنازل والشقق والفلل بالدمام والخبر والقطيف والجبيل
    قسم خاص لتسليك المجاري بالضغط ومكافحة الحشرات وتنظيف للمجالس والسجاد والموكيت وتنظيف الخزانات
    نقدم افضل الخدمات المنزلية بالمنطق الشرقية 0551844053

    شركة تسليك مجاري بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالدمام
    شركة مكافحة حشرات بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    شركة مكافحة حشرات بالجبيل
    شركة تنظيف سجاد بالجبيل
    شركة تسليك مجاري بالخبر
    شركة تنظيف منازل بالخبر
    شركة تركيب وصيانة الكهرباء بالدمام والخبر
    شركة المثالية للتنظيف بالجبيل

    ReplyDelete
  6. Main juga dia akhirnya. Ingatkan terus balik taknak main langsung hehe...

    Lain baju sukannya ye... Cantik!

    ReplyDelete
  7. Wah.pasti adelya da sukan ye.
    Izzat lom lagi.
    Pasti bila bersukan, best, sebab ramai. Meriah nyer lain mcm.
    Tahniah adelya :-)

    ReplyDelete
  8. Dalam takde mood tu.. Juara juga ye yaya..
    Tahniah.. 👍👍
    Budak2 ni mcm tu la, ada masa mood baik, ada masa mood tak baik. Kira ok la yaya tu.. Kakak aimy siap menangis sbb mokde x tgk dia amik hadiah..😅😅
    Mujur la sukan sek rendah dia tak nangis mokde tak pegi. Betul la jgk kata abg mi tu, hehe.. Apa lg yg nk cerita kan, mesti lah pasal anak2..

    ReplyDelete
  9. Kenapa comel sangat nii hihi by the way tahniah princess

    Erni Hasmiza

    ReplyDelete
  10. Tahniah adelya dan rumah merah.hehe. saya suka tengok hari sukan anak-anak. memang terhibur dengan gelagat diorang

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Tak sangka mama

Assalamualaikum... Cerita anak-anak mama lagi, minggu lepas abg adam dan adrien balik dari sekolah terus tuju ke dapur cari mama yang seda...