Assalamualaikum...
Hari ni di PASTI adelya belajar diadakan simulasi haji. Sebelum ni ada ibu yang suarakan takde buat ke simulasi haji untuk anak²? Mama ni tak bertanyalah walaupun fikir kalau buat seronok juga sebab adelya seorang je tak pernah buat haji lagi, abang² dah pernah buat dulu.
Alhamdulillah hari ni pihak pasti buat program simulasi haji untuk pelajar. Terharu dengan kesungguhan mualimah dan semua pihak yang terlibat, dalam waktu.yang singkat mereka berjaya lakukan. Walaupun hanya dibuat dikawasan pasti sahaja, abang² dulu di masjid negeri. Tapi tak apa dimanapun yang penting apa yang anak² lalui dan alami. Telekung pun bermacam warna,mualimah kata takapa sebab taknak susahkan ibubapa beli telekung yang lain. Seronok tengok video anak² bertawaf,bersa'i dan buat semua rukun haji yang lain. Moga satu hari nanti dapat tunaikan haji yang sebenar pula.
Kain ihram pun guna apa yang ada saja,yang penting anak² gembira melakukan aktiviti ini. Mama pun tumpang seronok. Balik tadi adelya pun cerita kena pusing kaabah 7 kali,kena baling batu. Imam masjid yang ketuai aktiviti ini. Imam tu anak ustaz yang wakafkan tanah dia untuk dibuat pasti. Ada pelajar yang kematian ayah dapat belajar percuma disini, mungkin sama kot dengan pasti lain. Apapun mama puashatilah,siap ada kelas taekwando lagi seminggu sekali.
Catatan untuk kenangan anak² satu hari nanti. Tahun depan adelya dah darjah 1, alhamdulillah penempatan sekolah pun dah dapat dan dah buat pengesahan juga. Awal tahun berkampunglah seminggu dekat sekolah tu agaknya, inshaAllah...moga dipanjangkan usia lagi untuk tengok anak dara sorang tu bersekolah.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Seronok tgk si cilik buat simulasi haji.
ReplyDeleteBudak 5 tahun join sekali ke tu?
Haha.. Amboi bkn main seminggu tu berkampung kat sekolah.. 😆
Semoga dipermudahkan urusan anak2 sekolah tahun depan.
Semua join 4,5 & 6 tahun.
ReplyDeleteBiasalah time awal tahun buka sekolah memang selalunya ambik cuti seminggu. Takdelah berkampung sangat sbb cikgu besar tak bagi heheh.
Comelnya Hajjah cilik ni😍
ReplyDeleteKumpul duit Raya dr skrg mcm yg dlm TV Tu kata dia kumpul duit Raya, Tu umur 19tahun dah gi Haji.
Wah.. bagusnya dedahkan awal pada kanak-kanak..
ReplyDelete