4.30am...mama terjaga dari tidur nak ke bilik air, dibilik air mama tengok dah ada tanda darah, pasti masanya telah tiba. Mama keluar bilik air kejut en.azmi yang sedang tidur "dah turun tanda" kata mama. En.azmi tanya nak ke hospital sekarang ke? Mama kata tunggu dulu sampai taska buka sebab anak-anak tiada siapa jaga. Gigihlah tunggu pukul 6.30am sambil menahan contraction. Sambil menunggu mama berjalan-jalan sekitar ruang tamu, en.azmi suruh mama duduk mama tak mahu, mama cakap nanti nak bersalin senang.
Hampir subuh mama mandi dan bersolat dahulu kemudian siapkan barang-barang adam dan adrien. 6.30 je laju ke taksa,pagar pun baru dibuka...hihihi mujur tecer faham, sedih juga tinggalkan anak-anak dekat taska tapi nak buat macammanakan, takde yang dapat jaga mereka,nak bawa ke hospital pun susah juga en.azmi nak menjaga dengan nak uruskan mama lagi. Dalam pada tu mama telefon ibu bagitahu mama nak ke hospital nanti tolong ambil adam dan adrien di taska,mama malas nak ganggu ibu pagi-pagi sangat,sebab ibu pun nak uruskan sekolah abg ariff kan. Bila ibu free bolelah datang ambil.
Lepas tinggalkan anak-anak lajulah kami ke hospital, bila contraction datang tu hanya Allah je yang tahu, bergayut mama dekat pemegang pintu tu..huhuhu,sambil tu suruh en.azmi slow masa dekat bonggol jalan bukan apa terasa macam baby dah nak keluar je hehehe... Sampai hospital, parking kereta dan terus berjalan pergi ke labour room, dah tahu pun tingkat berapakan, masa berjalan tu time contraction mama berenti dulu menahan, bila hilang laju-laju jalan. Sampai kaunter bagitahu nak bersalin, tunjuk kad terus disuruh masuk labour room, nurse check bukaan dah 6cm..okeh jangan turun katil, tukar baju tunggu dokte sampai.
Mama duduk dalam tu menahan sakit, biasalahkan sakit contraction tahan sajalah tapi dah lupa macammana sakitnya tu sekarang nih, sementara nurse menyediakan peralatan, mama nak buang air pun nurse tak bagi dah pergi toilet ye lah bukaan dah besarkan, nurse check lagi bukaan dah penuh kata nurse boleh bersalin bila-bila masa saja, kalau dokte tak sempat sampai, nurse je yang akan.sambut, mama tak kisah dokte ke, nurse ke yang sambut ok saja, tapi alhamdulillah dokte sempat sampai, dokte sampai je terus pecahkan ketuban dan mulalah proses untuk melahirkan seorang lagi zuriat. Terasa sekejap je baby dah keluar..alhamdulillah syukur sangat-sangat segalanya dipermudahkan..
Masuk labour room 7.30, 7.52am adelya selamat dilahirkan, bila semua selesai rasa lega sangat, dapat lihat wajah anak yang dikandung selama 9 bulan. Cahayamata yang dinantikan..eceh setelah 2 orang sebelum ini boboiboy,mama berharap.anak yang ketiga adalah gugirl, bohonglah kalau kata tak mengharapkan, ye lah sebagai manusia biasakan mesti mama punya naluri seperti itu, untuk.anak yang ketiga memanglah kami mengharapkan anak perempuan, dari mula tahu mama pregnant tiap kali lepas solat, mama berdoa moga anak yang dikandung adalah anak perempuan, naluri mama pun kata perempuan cuma tak mahu terlalu yakin, dokte pun tahu mama nak baby girl, ye lah sebelum ni dokte sambut dua-dua lelakikan, masa scan nampak gigirl tapi dokte kata jangan yakin sangat, so kita buat biasa-biasa saja, walaupun dalam hati tu hanya Allah yang tahu...
Berpantang pun pantang sendiri, en.azmi yang jaga..mujur en.azmi jenis berani memang dia la uruskan bab mandikan baby..mama tak berani hahaha, dah anak yang ke3 pun masih tak beranikan, apa nak buat..mujurlah en.azmi ok,jadi dia lah yang uruskan semua, mandi anak, basuh baju kemas rumah, masak untuk mama makan, malam pertama je ibu datang teman, ye lah ibu pun ada kerjakan,mama tak kisah,lagipun pagi hantar adam dan adrien ke taska, jadi takdelah kalut sangat en.azmi tu kan..hehehe lepas hantar anak-anak ke taska en.azmi ambil makcik urut pula, lepas tu hantar makcik urut balik rumah. Begitulah tugas en.azmi sepanjang mama berpantang, syukur ada en.azmi yang sangat-sangat membantu.
Ada juga masalah masa berpantang tu sebab mama tak reti duduk diam...hehehe nurse datang check katanya jahitan terbuka,kenalah pergi hospital pula, berdebar je mama takut krna jahit hahaha..maunya mama minta bius je nanti, bawalah adelya ke hospital juga,masa tu baru 5 hari tak silap. Dokte terkejut tengok baby pun ikut "eh si kecik pun ikut ke?" Tanya dokte..hehehe takde sapa nak tengok kalau ditinggalkan jadi terpaksalah bawa juga. Dokte check mujur tak kena jahit balik, semuanya ok..legalah mama kikiki...lepas tu adelya kena kuning pula, kena tahan wad 3hari 2mlm, mama tak tunggu pun sebab takde bilik kosong, biar je adelya kat hospital dipantau oleh dokte. Setiap hari memang dokte call bagitahu perkembangan, hari ketiga dah ok dan boleh balik, ke hospital la kami ambil adelya.. Sepanjang dalam pantang tu berulang ke hospital je la kami..
Itu cerita 3 tahun yang lalu...hari ini adelya genap 3 tahun..alhamdulillah sepanjang menjaga adelya pernah sekali.adelya warded sebab demam dan jangkitan, mama pun takde ilmu sangat masa tu, ke memang tak pernah amik tahu ehehehe..disoal siasat oleh dokte ada bawa anak kemana, memanglah sebelum tu kami ada bawa adelya berjalan.dan masa tu adelya memang tak sihat, jadi ingatlah ye jika anak kecil demam kita jangan bawa anak pergi lawat ke tempat haiwan..jadi masa tu mendapatlah tahan telinga kena bebel..kikiki ya nak buat macammana kesilapan sendiri, yang menanggung sakit anak..takpelah pengalamankan, pengalaman kita kadang boleh diambil pelajaran buat orang lainkan.
Sekarang alhamdulillah takde sakit yang teruk demam sikit-sikit tu adalah..bukan main pandai melawa sekarang tau, baju nak yang cantik je, koleksi tudung nak sama macam mama, nak pakai baju, tudung pilih sendiri, lipstik.mama pun dirembatnya..bila papa cakap "yaya tak payah la pakai lipstik tu" jawabnya "mana bolehhh...nanti tak cantik"...haa bukan main lagi jawapan diakan, pada hal bukan liptik pun lip gloss je hihihi
Adelya bersama daddy, abg darwisy dan kakak daeisha |
Cucu kedua perempuan dalam family mama, sebelum tu ada 5 cucu lelaki hihihi, sebelah en.azmi pun cucu perempuan kedua juga.. Hari ini buat kek untuk dipotong ditaska, adelya nak kek sofea sayangnya printer pulak rosak, cuba print malam tadi tak boleh, en.azmu dah cuba repair tapi tetap tak mahu elok, kuciwa mama sebab tak dapat bagi kek sofea untuk.adelya, bukan nak buat best pun, mama nak print gambar sofea tu nanti cucuk je atas kek mama buat tu, tapi itulah dah printer rosak, malam-malam tu mana nak cari lagi gambar sofea,mama dah geledah rak-rak buku..pun tiada juga, harap-harap adelya tak kecewa tengok keknya tu. Nanti mama buat ye kalau ada rezeki nak potong kek lagi weekend nanti...hihihi, ada plan tapi tak tahu menjadi ke tidak.
Dah 3 tahun..sekejap je masa berlalu, mama doakan yang terbaik buat adelya,yang comey, yang wangi yang pandai...marah okeh kalau mama kata dia busuk, tak comey...hihihi, setiap sujud mama,mama doakan buat untuk anak-anak mama, moga Allah sentiasa merahmati.
Wassalam
Hepi besday Yaya comel...semoga membesar terus menjadi penyejuk mata mama dan papa,jadi anak solehah ya.
ReplyDeletePengalaman melahirkan tak kan luput dalam ingatan seorang ibu .
happy besday adelya..
ReplyDeletekejap je kan dah besar
Samalah dgn kak Nur...4 boiboiboy...bila pregnant ank 5 dah x mengharap ianya gegurl...tp alhamdulillah dpt jua...syukur rasanya
ReplyDeleteHepi besday Adelya..kejap dh besar..makin cerdik juga
Happy birthday adelya.. semoga menjadi anak yg solehah, bijak dan cemerlang dunia akhirat..
ReplyDeletehappy besday adelya comelnya puteri mama
ReplyDeleteSelamat hari lahir adelya. pejam celik pejam celik dah 3 tahun ye. terasa kejap je masa berlalu.
ReplyDeletesemoga menjadi anak solehah ye yaya!
comeynya...happy besday
ReplyDeleteHAPPY BIRTHDAY ADELYA!
ReplyDeleteComelnye adelya! Happy birthday!
ReplyDeleteOo, harini besday gegirl Adelya ye.
ReplyDeleteSanah helwah...mmmuah cikit. Moga jadi anak yg solehah ye.
Geng la kita yaya, anak kelahiran ogos ni baik je kan.. hihuii...
ReplyDeleteHappy belated birthday yaya comel..kita belajar banyak bila dh jadi ibu bapa kan.. moga adelya ni membesar jadi anak yg sihat, pintar, baik hati, ceria dan membahagiakan orang di sekeliling ya..
happy bday adelya. comelnya dia
ReplyDeleteHappy birthday Adelya! Comelnya alahai si anak dara ni, AA. Geram saya tak tengok. Nope! Saya tak mengidam nak anak lagi. Anak perempuan pun tidak. Tahu dah umur dah lanjut ^_^ Cukuplah dua superheroes menyempurnakan hari-hari saya!
ReplyDeleteSeronokkan bila imbau balik kenangan ni. Masa tu memang cuak, sakit dan berdebar tapi bila kita imbau kembali, lupa terus bab sakit tu macamana! Itu yang indah sangat rasanya pengalaman melahirkan anak ni.
Bersyukurlah ya kita antara insan terpilih yang diberi rezeki 'anak' olehNya ^_^
selamat hari adelya... comel nya dia... semoga jadi anak yang solehah ya
ReplyDeleteHepy Bezday Adelya...moga menjadi anak solehah....
ReplyDeleteHihi...kalau sakit beranak pun lupa, tu nampaknya macam nak tambah 3 lagi je tu
Happy belated birthday Adelya.
ReplyDeletemama nanti belilah edible image sofea dekat bakery lepas tu letak atas kek. mesti adelya berbunga2 hati nanti hihihihi
ReplyDeletehepy belated besday adelya. moga yang baik2 sentiasa mengiringi adelya. moga jadi anak solehah yang berjaya dunia akhirat amin amin