Monday, 29 January 2018

Susah hati

Assalamualaikum...

Susah hati dibuatnya bila terpaksa tinggalkan anak yang sedang menangis...aduhhh pagi tadi anak dara mama tu buat hal pulak. Biasanya pagi pergi sekolah en.azmi yang akan hantar adelya ke sekolah. Dan memang kebiasaannya pun begitulah en.azmi uruskan anak2 kalau dia tak out station.

Semalam en.azmi kena ke Kota Bharu, jadinya pagi ni haruslah mama yang kena uruskan anak2. Bila mama yang uruskan semua pun kena bangun awallah. abang adam dengan adrien takpelah memang dah biasa bangun 5.45pagi kan, cuma yang menjadi masalahnya anak dara yang seorang tu la, kalau dengan en.azmi dia akan bangun lambat, dengan mama kena cepatlah, dia ok je bangun awal dan mandi, cumanya banyak kerenah lain pulak.

Biasanya kalau en.azmi out station mama akan biarkan adelya pergi dengan jiran yang anaknya juga sekolah di pasti yang sama, tapi pagi ni dia taknak pulak pergi dengan acik ida, nak mama hantar. Mama bukan taknak hantar tapi kalau mama hantar kena pergi awal sangat, samapai pasti pun sebelum pukul 7 dan waktu tu memang takde sesiapa lagi di pasti tu, pernahlah mama hantar awal sekali, tapi rasa macam eh tak bolehlah nak biar dia sorang2 pagi2 macam tu.


Sebelum pergi sekolah nak buat puzzle la, nak minum tamar koko la semua adalah. Pagi tadi beria betul.adelya menangis sampai buat mama susah hati je nak pergi kerja. Tapi ct cakap takpa pergi je kerja, tapi ye lah mama ni kan tetap juga rasa tak sedap hati. Parking je kereta terus wasap ct tanya adelya nangis lagi tak? Ct kata tak nangis dah lega lah mama kalau tak maunya mama EL pulak hari ni. Itu pun hari2 cakap taknak duduk transit, tapi bila petang mama ambik dia cakap seronok duduk transit mualimah baik bagi gula2😂, mavam2 lah dia tu.

Lagi susah hati memikir balik kang mesti kena cukai...adehhhh entah bila pulak ada kedai runcit baru dekat dengan pasti tu, dah satu hal asal ambik je dia nak 🍦 aiskrim, fengsan la mak nakk kalau hari2 aiskrim 😂. Dah la tu dia je 3 jenis untuk abg dengan yeyen pun dia tak lupa juga. Lepas gaji bole nak layan kalau dah hujung2 gaji... mak ko layan je la anak menangis dalam kereta kikiki.

Harap2 en.azmi sampai awal la dari KB nanti hehehe...apak eh je mampu nak layan anak.dara sorang ni...

Wassalam

9 comments:

  1. Adelya saja usik mama dia tu. Dia tau mama dia akan cepat cair. Hehe.

    ReplyDelete
  2. LAYAN JELAH YAN SEMENTARA NK BESAR..MASACPT SGT BERLALU

    ReplyDelete
  3. gitulah kak, sesekali dia nk bermanja ngn akak kot... itu yg buat hal tu si anak dara tuh

    kadang2 nk tarik perhatian tu yg nngis, tp bila kita dh takde dia tak kisah pun... hehhehe

    ReplyDelete
  4. Budak2 kt tadika akk tu pun sama, kadang mak htr lebih2 nangis, kalo ayah htr ok je, kadang tu ada juga ayah htr nangis2, mak htr ok je plak.

    Biarlah adeylia transit, sebelah petang biasa ada aktiviti.

    ReplyDelete
  5. Saja dia nak manja2 tu Ilah...hihii sabo je lah.

    ReplyDelete
  6. Memang susah hati kalau anak nangis. Terlebih manja bila mama yang hantar ni ☺

    ReplyDelete
  7. Anak bongsulah katanya.... sure hiba je rasa hati tu nak tinggalkan sorang sorang dlm keadaan nangis pulak tu kan. Budak budak ni biasalah Azra ikut mood dia. Kadang ok kadang buat pasal hihihhi...Untung Adelya, dapat mak penyabar dan penyayang....

    ReplyDelete
  8. mcm sama la kita, AA.
    mr.asben akan uruskan si bongsu, Izzat. kalau dgn aida, byk songeh nyer. tak nak gi skola pun ada. and balik dari skola, Izzat skola pasti juga, mesti ajak aida singgah 7eleven :) hu hu hu... kalau dgn ayahnyer, tak plak anak singgah kedai beli jajan. hadoi lah ...

    ReplyDelete
  9. rindu ayah kot tu. biasalah anak perempuan. hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...