Tuesday, 22 May 2018

Hari ke 3 berpuasa

Assalamualaikum...

Dah 6 ramadhan kita. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati ibadah dibulan yang mulia ni.


Budak ni haa baru belajar berpuasa, semalam hari ke 3 berpuasa, balik rumah je terus cari mama dekat dapur "mama hari ni yen puasa" katanya..alhamdulillah..peluk2 & cium sikit bagi semangat sebab balik dari sekolah tu kan tengok macam dah tak bermaya je, biasa sampai rumah terus capai basikal tapi bila puasa terus melepek je atas kerusi. Dekat2 nak berbuka lagi hebat "mama yen dahagalahhhh..." sebab nampak air atas meja, nak bagi berbuka sayang pulakkan, walaupun tak wajib lagi adrien berpuasa, takpelah kita belajar2 ye sayang.

Sambil2 masak dok layan dia berboraklah. Abg adam steady je la siap pegi kayuh basikal bila balik dari sekolah. Mama tanya esok nak puasa tak? "Esok yen taknak puasa sebab yen ngantuk nak bangun sahur" ok takpe puasa selang-selang pun takpe, hari ni puasa esok tak puasa kata mama "eh yen taknak,yen nak puasa,esok je yen taknak puasa, esok dengan esok dengan esok yen puasa la"😂 ok lah nakkk apapun boleh lah. Tapi adrien ni kalau dia cakap dia memang akan buat, kalau kata nak puasa dia memang akan puasa, kalau taknak memang jangan harap dia nak puasa, hari ni dia taknak puasa, kejut sahur pun dia taknak bangunlah. Takpelah..

Kata ustaz Halim Hafidz masa kuliah zuhur "Selagi tak 10 tahun tak puasa pun takpe, kalau dah 10 tahun tu bolehlah ajar dan ajak anak berpuasa, tapi tak boleh pukul kalau anak tak puasa, cuma kalau dah akil baligh tu kenalah paksa berpuasa. Antara solat dan puasa yang wajibnya adalah solat, ini orang sekarang kata ustaz anak tak solat takpe, tapi kalau anak tak puasa jenuh dipaksa2 walaupun puasa tu tak wajib lagi untuk anak2 kecik".

Wassalam

10 comments:

  1. alahaaai comel Yen.. semoga jadi anak soleh harta ibu ayah dunia akhirat =)

    ReplyDelete
  2. Gitulah ragam anak2 berpuasa mama. Betullah tu, kalo akk pun takde paksa2 even kalo skrg pun umar zikri dah drj 3 pun kalo dia tak larat akk bagi je buka puasa, tapi takat ni ok je, tapi kalo bab solat mmg akk paksa siap pegang hanger.

    Selamat menunaikan ibadah puasa kpd mama sekeluarga. Kem salam buat yen yea.

    ReplyDelete
  3. Bab ni ramai yg terkhilaf kan... Ramai yg marah anak tak puasa tapi tak tekankan bab solat huhu...seeloknya biarlah diseimbangkan dan diberi kefahaman pada anak2 sedari kecil.

    Apapun good luck Yen hehe...

    ReplyDelete
  4. Yen yg ensem, selamat berpuasa.
    Betul tu, kita ni kdg xnak paksa anak puasa. Tapi bila dia mtk berbuka kul 6 lebih tu, rasa syg pulak nk suruh berbuka. Aimy hr 1st day puasa dia tahan sampai ptg, tapi masa ira ambik dia kat umh pengasuh, terus dia capai botol air n minum. semua org ckp ngan dia, aimy puasa la.. Sbb masing2 igtkan dia mengigau bgn dr tidur. Bila tnya dia, dia ckp dia da x tahan sgt. 😅😅
    Semoga yen terus bersemangat utk berpuasa ye.

    ReplyDelete
  5. bgs yen.... slow2 nnti dpt lah puasa penuh tu kan...
    aiyan pun tak puasa kak, siap bwk bekal lg...
    puas la mama papa nya terangkan psl kene puasa itu ini tp ssh la...
    cikgu pun pesan siap2 suh bwk air n bekal makan.... bila org tanya dia kata puasa tp lps tu dia mkn bekal hehheheh

    ReplyDelete
  6. alahai yen...sian acik tengok muka letih puasa tu

    ReplyDelete
  7. bagusnye Yen..teringat anak-anak dulu masa belajar berpuasa, balik sekolah tidur tapi lebih banyak tak puasa dari puasa hehehe..

    ReplyDelete
  8. Masa untuk belajar.. lama-lama nanti fahamlah anak tu.. ;)

    ReplyDelete
  9. pernah dengar sorang ustaz tu cakap benda sama. latih anak solat. sebab jarang orang solat tapi tak puasa. orang puasa tapi tak solat tu ramai

    ReplyDelete
  10. betul kata ustaz tu.
    aida pun tak stress kan Ijat utk puasa.
    kat skolah dia puasa. dia kata dia nak kat cikgu.
    balik aje kul 5 tu terus nak susu lah, nak air lah, nak nasi lah :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kisah cuti 4 hari..ijab qabul maklang & paklang

Assalamualaikum... Cuti 4 hari kemanakah kita? ni mama nak cerita cuti 4 hari mama hari hahaha..bertabahlah baca sebab berjela panjangnya,...