Assalamualaikum....
"Kalau kaki kita ini tak bawa kita ke masjid, ke surau ke taman-taman syurga didunia ini, mampukah kaki kita ini untuk membawa kita ke Syurga Allah di akhirat kelak"
- Ustazah Nurul Hidayah.
Dalam bulan ramadhan ni ada musuh yang lebih kuat lagi, musuh itu adalah nafsu kita sendiri. Kita berperang dengan nafsu kita sendiri di bulan ramadhan ni. nafsu yang menghalang kita untuk berbuat kebaikan. Betulkan niat kita berpuasa kerana apa, cakap pada diri sendiri, sebut nama sendiri fazilah kau berpuasa kerana Allah, jangan terpesong dari niat sebenar. Contoh niat terpesong bila kawan2 tegur "amboi kaklah nampak kurus sejak puasa ni" haaa mulalah kita berniat kena puasa sungguh2 ni nanti raya boleh kurus dan pakai baju cantik2.jaga2 jangan sampai itu berlaku. Ingatkan diri kita puasa kerana Allah. Sentiasa ingatkan sebab biasalah manusia mudah terlupakan.
3 nikmat dalam bulan ramadhan.
1. Kitalah yang mendapat nikmat tu, semua yang sedang baca tulisan mama ni, kita dapat nikmat yang pertama ni lah, nikmat masih dipanjangkan usia ketika bulan ramadhan. Ya Allah nikmatnya berada dalam bulan ramadhan kita tak dapat rasa nikmat seperti ni dalam bulan2 yang lain. ehemmm ke ada yang nikmat berada di bulan syawal ehehee. sebab apa nikmat berada dalam bulan ramadhan ni sebab terlalu banyak nikmat yang Allah bagi pada kita.
2. Kita berada dalam keadaan sihat ketika di bulan ramadhan. Ada orang dia dapat berada di bulan ramadhan, tetapi tak dikurniakan kesihatan yang baik dalam bulan ni.Tak dapat nak lakukan ibadah dengan sempurna, jadi bersyukurlah bagi insan2 yang dikurniakan kesihatan yang baik dan akal fikiran yang waras ketika berada didalam bulan ramadhan ini. Tak ramai yang dapat nikmat ke 2 ni, yang ramai dapat nikmat pertama sebab ada yang masih hidup tapi tak dikurniakan kesihatan yang baik.
3. Nikmat ketiga dapat beribadah di bulan ramadhan,alangkah nikmatnya jika kita dapat beribadah dibulan ini, buat ibadah yang sunnah pahalanya menyamai ibadah yang wajib,manakala yang wajib digandakan sehingga 70kali ganda. Kalaupun tak buat yang sunnah kita buat yang wajib je kita tetap dapat keampunan dari Allah. Kalau nak cari lailatul qadr jangan hanya cari di malam 27, tapi carilah seawal 1 ramadhan. Apa yang perlu kita buat cari masa untuk baca al-quran, siapa yang nak Allah akan bantu,jangan cakap takde masa sedangkan scroll fb ada masa, apakata masa untuk scroll fb tu kita guna untuk baca quran.
Ibu2 yang ada anak kecil nak tarawih di masjid takut mengganggu jemaah lain, bukan itu je takut kita pun tak kusyuk sebab dok pikir manalah anak kita kan jadinya lebih baik solat sendirian di rumah. Solat tarawih yang berkualiti dibuat sambil berehat2, buat 4 rakaat kita rehat2 makan2 dulu, tengok anak2 dulu, kemudian sambung solat balik. dengan cara itu kita lebih tenang bersolat.
Terima kasih kak yati kerana memberi buku yang sangat berguna ni sebagai panduan untuk mama. Ya mama lebih selesa bertarawih dirumah dari di masjid bukan tak suka ke masjid tapi memikirkan anak2 mama lebih rela di rumah, bukan saja takut anak2 mengganggu jemaah lain tapi risau anak entah kemana2 lagi pulak risau anak kepenatan pula sebab siangnya bersekolah.
Sekian, Perkongsian dari kuliah zuhur di tempat kerja mama.
Wassalam.
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Sama2 AA..
ReplyDeleteSemoga bermanfaat..
Terima kasih kongsi tazkirah zohor.. membuat kita lebih bersyukur dgn rahmat dan kasih sayang Allah.
Alhamdulillah akak pun dh terima dari yati,dan telah pun akak menafaatkan untuk solat tarawih yang sebelum ni banyak kekurangan nya.Akak pun solat di rumah ,dapat lah berhenti dan sambung semula.Biasalah dah tua ni tak dapat lari dari sakit bahagian lutut.Nak habiskan 11 rakaat terpaksa lah berhenti berkali2.
ReplyDeleteSharing yang bagus. Selamat berpuasa. Dah hari ke 20 dah
ReplyDelete