Assalamualaikum....
Penangan raya 5 tahun sekali sangkut dalam kesesakan sampai 7 jam, balik raya setiap tahun pun tak macam ni kan, tapi takpe demimu negaraku Malaysia ku redah jua..eceh nasiblah bukan mama yang drive, tapi walau tak drive pun tahan jugakla mata ni supaya tak ridurkan, penat tahan masa kat bentong tu terlelap jugakla hahah.
Untunglah mama dengan en.azmi balik mana2 raya pun tak payah nak berebut mana dulu. Asa kawan mama tu berebut juga nak balik mana dulu tapi berebut2 manja je la takde gaduh pun tapi kadang tu teringin jugak nak gaduh macam tu..heheh ada pulak yang terpisaj suami isteri, suami undi di timur isteri di utara, pun begitu semua pun sanggup demi negara bukan selalu pun kan 5 tahun sekali, meriahnya rasa macam nak raya la.
Mama takde la keluar awal mengundi tunggu en.azmi mengundi dulu baru pergi kampung mama pulak. Itupun pergi lambat juga tunggu makngah dan ibu sampai. Ibu ngundi kat sana abah kat sini jadi lepas ibu mengundi baru balik sini. Dorang sampai kami tunggu lepas zohor baru ke tempat mengundi, bajet kalau pergi awal mesti ramai orang, tengok kawan2 update ada yang beratur 2 jam ohoii tak sanggup lak mama nak berdiri lama2 dah senja2 nih ketor lutut.
Alhamdulillah...masuk je tempat mengundi tak ramai orang masa sampai tu, ahaa sekejap je la prosesnya tak perlu beratur panjang dan tak perlu menunggu lama pun, lega sangat2 lah kalau sebelum ni beratur panjang, tapi mama dapat potong barisan masa 5 tahun sudah sebab waktu tu mengandungkan adelya, perut tak nampak pun tapi makngah la pergi bagitahu kawan dia yang jaga waktu tu, teruslah dapat masuk terus heheh. Best juga balik mengundi nih meriah je tengok kawasan kampungkan.
Jejari pun nak posing dekat bungaan gituu..alhamdulillah dah tunaikan tanggungjawab. Yang menang pun kita dah tahukan. Mama idak la tunggu sampai.habis tak daya nak tahan mata wehhh tapi gerak hati macam dah tahu la siapa yang menang tu. Taknak ulas banyak sebab mama tak reti sangat bab2 politik ni, cuma mama berdoa semuanya baik2 saja. Apapun semuanya dalam kekuasaan Allah...Allah yang dah tentukan kerajaan mana yang bakal memerintah negara, kita cuma jalankan tanggungjawab je kan.
Tahniah...kehadirn ke sekolah sangat memberangsangkan. Terkejut anak2 tengok makpak atok nenek semua pergi sekolah. Jenuh mama menjawab dengan adrien apa itu mengundi siap bagi contoh lagi tapi dia kata masih tak faham apa itu mengundi...duhhh mama da habis idea nak terangkan.
Semoga malaysia terus aman dan makmur, jangan kita putus silaturrahim kerana politik... Rapatkan saf.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Done tunaikan tanggungjawab masing-masing
ReplyDeleteinai mahal nie..5 tahun sekali jer dapat pakai..;)
ReplyDeleteInai 5 hari baru hilang ni AA..
ReplyDeleteYg penting jln kan tanggung jawab.
P/s nanti email alamat pada CH ye.. cer intai blog CH 😆
Dah hilang ke blm inai mahal tu, hehe. Mcm2 cara org guna, ada guna clorok dgn campuran limau kasturi, jom cuba.
ReplyDelete5 tahun sekali turun mengundi dh mcm pesta..seronok dan teruja kan
ReplyDeleteSalam singgab, follow done.
ReplyDeleteSampai arini dh sgkut kat kuku je inai ni 😁
Ana dengan suami paling bahagia last week. KL lengang selengangnya. Raya pun tak macam tu.haha. ana beratur tak sampai 5 minit selesai. Alhamdulillah. Semoga Malaysia terus maju di bawah pimpinan baru. InsyaAllah.
ReplyDeleteUntunglah mengundi kat kampung tak ramai orang. Kita naik lenguh kaki oii... punyalah ramai. Mengundi kat sini je . Tak gaduh nak berebut balik mana. Sama sama pergi mengundi tempat yg sama.
ReplyDeleteSampai sekarang tak hilang lagi inaiku huhu...
Dah lebih seminggu, masih melekat inai di jari. nampak macam tersepit pintu pun ada jugak. Hahaha
ReplyDeleteinai oh inai.
ReplyDeleteinai merubah segalanya...