Thursday 17 May 2018

Pesta Ibadah

Assalamualaikum..

Bulan pesta ibadah dah datang jadinya rebutlah peluang yang ada, tahun depan belum tentu kita dapat bertemu lagi dengan ramadhan ni. Apa yang nak kita capai dalam bulan ramadhan ni?

Takwa - puasa orang beriman boleh capai takwa tapi puasa orang islam belum tentu akan mencapai takwa. Puasa orang beriman ni dia memang betul-betul puasalah tinggalkan semua apa yang dilarang, tapi puasa orang islam hanya sekadar menahan lapar dan dahaga.

Rahmatullah - Rahmat Allah, bulan ramadhan ni memang Allah berikan banyak rahmatNya, antaranya dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu neraka

Maghfirah - Keampunan Allah. Kerugian besar bagi seorang hamba itu bilamana masuk bulan ramadhan dia tidak mendapat keampunan dari Allah. Buatlah sebanyak mana amnalan di bulan ramadhan ni walaupun sekecik2 amalan, kerana kita tidak tahu amalan kita yang mana satu kah yang akan mendapat keredhaan Allan.

Domanullah - Jaminan Allah, Allah jamin sesiapa yang berpuasa sebagaimana orang yang beriman maka dia akan mendapat takwa, itulah jaminan Allah sepertimana dalam surah al-Baqarah ayat 183 "Hai orang-orang yang beriman,berpuasalah kamu sebagaimana orang-orang sebelum kamu berpuasa, agar menjadi orang yang bertakwa.

Ikhsanullah - Ihsan Allah, dalam bulan ramadhan ini Allah beri pahala yang cukup banyak, jadi buatlah sebanyakmana juga amalan2 sunat. Puasa itu untuk Allah, maka Allah yang layak memberikan ganjaran. Ganjaran Allah itu tidak terhitung. Jika kita memberi makan orang yang berpuasa hatta sebiji kurma, pahala orang yang makan kurma itu kita akan dapat sama, bayangkan kalau hari tu orang yang makan kurma tu baca satu juzuk Al-qurang maka kita juga akan dapat ganjaran pahala seperti orang itu juga. itu baru seorang bayangkan kalau kita bagi makan untuk surau, yang makan sedekah kita tu imam..masya Allah boleh bayangkan berapa banyak pahala kita dapat?

Nikmatullah - Nikmat Allah cukup banyak di bulan ramadhan ni. 2 kegembiraan bagi orang yang berpuasa adalah ketika ia berbuka dan satu lagi nikmat gembira bila kita bertemu dengan Allah diakhirat kelak.

Jangan terlepas pandang bulan ramadhan ini banyakkan berdoa, berdoa dengan sungguh-sungguh macammana nak sungguh2 tu, kalau kita nak doakan suami kita sebut nama suami kita, nak doakan anak2 kita sebut nama anak2 kita, waktu sebelum berbuka tu doa sungguh2 inshaAllah doa pada waktu sebelum berbuka itu sangat mustajab.

Tambahan dari ustaz :

Orang yang akaun solat fardunya ada tertunggak dia tidak boleh solat sunat. ye lah mana tahu jika zaman2 selepas baligh dulu kita kejap-kejap solat,kejap-kejap tak solat. kita kena qada' solat2 yang kita dah tinggalkan tu, jika kita tak pernah qada' kita tak boleh solat sunat, tapi jika kita qada' sedikit2 diselang seli dengan yang sunat  maka kita boleh solat sunat.

Kerugian yang amat besar bagi seorang hamba bilamana masuknya bulan ramadhan dosa2nya tidak diampunkan oleh Allah. Mari perbanyakkan amalan di bulan ini, jangan tinggal solat tarawih, jangan tinggalkan sedekah, tak kisahlah apa bentuk sedekah pun, kerana ganjarannya sangat besar.

Wallahu'alam ..perkongsian dari kuliah zuhur

Wassalam.


5 comments:

  1. Salam ramadhan kareem mama yan, semoga kita beroleh puasa yg menjadikan kita hamba Allah yg bertakwa yea. Jangan kita isi di celah2 puasa tu dgn perkara2 yg lagha yg boleh menzerokan pahala puasa kita kan. Alhamdulillah dpt kita bertemu lagi dgn ramadan tahun ini.

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan kareem kak. Perkongsian yang baik untuk kita saling ingat-mengingati. semoga kita semua mendapat pengampunan di bulan mulia ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...