Monday 6 November 2017

Sudah berbunga

Assalamualaikum...

Alhamdulillah bungaan di taman mama tu dah mula banyak yang berkembang. Tengok bunga ros yang sekuntum hari tu dah layu, kembang sekuntum lagi dalam pada tu ada 5 kuntum lagi yang bakal berkembang. Ya Allah seronok sangat tengok, balik dari kerja penat-penat tengok pokok dah berbunga rasa seronok je, sampaikan jiran sebelah pun tumpang seronok.

"Kaklah syoknya tengok pokok bunga kaklah berbunga" itulah sebelum ni pokok bunga ros tu dah tinggal batang dan ranting je, hampir lagi nak cabut buang sebab mama puntak reti nak jaga kan, tapi dalam pada tu tetaplah disiram dan dibaja, bab siram dan baja pokok ni yang paling rajin tentulah en.azmi, sebelum pergi kerja dia siram pokok dulu, balik kerja sebelum masuk rumah dia siram juga pokok-pokok tu. Lama-kelamaan mama tengok dari ranting pokok tu tumbuh daun-daun baru terus bersemangat dan bercakap-cakap dengan pokok tu.



Nah sekarang dah banyak bunganya yang. Mulanya letak baja bunga tu macam tu je main tabur je, tapi ada sorang jiran mama ni cakap, baja tu larutkan dulu dalam air lepas ti siramlah pada pokok 2,3 hari sekali dan sekarang mama tengok berhasillah, terima kasih untuk jiran mama tu, jiran yang merangkap kawan ofis..dulu kami satu seksyen sekarang dah berlainan seksyen, oh ya dulu ada yang tanya tak berkongsi kereta ke mama dan kawan mama tu, tak berkongsi pun sebab kawan mama tu lelaki, jadi tak  manislah nak berkongsi kereta nanti timbul gosip liar pulak.



Mak hainom okje hari tanya kan bunga matahari ni ambil masa berapa lama nak berbunga, ni haaa dah berbunga pun tapi takdelah besar lagi bunganya tapikan bila da berbunga tu besarlah hati mama ni nak amik gambo upkan dalam entri kikiki..satu kejayaan okeh bila mama tanam bunga dan mengeluarkan bunga, ye lah tak pernah tanma bungakan sebelum ni, tapi bila tanam dah ada hasilnya terasa maca, seronok sangatlah. mama up entri pasal bunga ni dulu dalam bulan 9. jadi pokok bunga ni takdelah ambil masa yang lama sangat untuk keluarkan bunga tapi dalam 3 bulan jugalah dari mama tanam benihnya dulu tu.

Entri bersambung..sabtu seharian tak bangun entah apa yang silapnya mama pun taktahu lah malam tu sakit perut taktau nak cakap macammana, jadi sabtu tu terbaring je ahad tu barulah dapat bangun dan buat rutin macam biasa, petang jenguk taman mini kami tu, pokok bunga ros berkembang banyak sampai 5 kuntum..wahhh seronok je mama rasa..


Bunga selepas hujan

Wassalam.

19 comments:

  1. Cantik bunga2 mama..
    Memang berbunga hati tengok bunga2 cantik mcm ni :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Kalau dijaga rapi pasti hidup subur pokok2 tu.
    Tengok bunganya boleh menenangkan jiwa.

    ReplyDelete
  3. Eiii, cantiklah bunga Ros tu mama Yan, merah terang warnanya, semerah hati mamalah tu agaknya, banyak kuntum plak tu, sejuk tangannya sebab tu menjadi bunganya. Akk dah surrender tanam bunga Ros ni, mula2 tanam elokla berbunga seround dua, lepas tu mati, fedap sudah.

    Ada salah makan ke Tak sedap perut tu? Ke ada baby, hehe?

    ReplyDelete
  4. Wah.. Cantiknya bunga-bungaan kak lah.. Seronok tengok..
    Kalau yg tgk gmbr ni je pun seronok tgk, apatah lagi yg menanam kan? Mmg berbunga2 hati bila tgk pokok bunga yg ditanam membuahkan hasil. Lepas ni boleh tambah lagi koleksi bunga kak lah..

    ReplyDelete
  5. Cantiknya bunga-bunga mama. Teringinnya nak ada taman bunga sendiri kat laman rumah.

    ReplyDelete
  6. Wah bestnyer mama aryan. Rose ni mmg agak payah sikit nak jaga. Ia pokok yg agak 'manja' dan nak kena 'belai' selalu. Sehari tak bersiram mulalah ia buat hal.

    ReplyDelete
  7. Berseri-seri bunga mama tu. Tengok bunga pun dah boleh hilang stress balik keja kan. Kita tak penah lagi tanam bunga ros. Nak try jugaklah nanti :)

    ReplyDelete
  8. aduh2 cantik nya rose merah akak tu, bunga matahari tuh pun walaupun kecik tp ttp menarik...
    msti pasni akak lg berkobar2 nk tnm mcm2 bunga kn

    ReplyDelete
  9. Cantiknyer bunga bunga tu....teringin nak tanam bunga tapi kat rumah siput bbi byk sangat.

    ReplyDelete
  10. Cantiknya semua bunga2 berkembang mekar Dan nampak sihat laa

    ReplyDelete
  11. Kembanh cantik bunga2 tu kak. Bertambah semangat lah nak bercucuk tanam lepas ni ye.

    ReplyDelete
  12. bunga memang cantik.saya rasa perempuan yang cakap tak suka dapat hadiah bunga tu tipu.hahaha

    ReplyDelete
  13. CATIKNYA ROS YAN TU.BILA MELIHAT BUNGA2 BERKEMBANG DI TAMAN YA PUN TMBH SEGAR MOGA CPT PULIH DARI DEMAM

    ReplyDelete
  14. Wah, cantiknya bunga tu..teringin nak tanam bunga bunga macam tu

    ReplyDelete
  15. Cantik..... Terapi jgk ni kan... Lya pom ada angan2 nk tanam bunga..tp smpai ke sudah tgl angan² jer

    ReplyDelete
  16. Itulah berkat sabar agaknya Azra.... timbul jugak bunga akhirnya. Patutlah org ckp berseri seri taman kalau ada bunga ye. Sama mcm kita kalau ada anak dara berseri serilah rumah.... setakat pompuan tp maknya apa hal... dah kusam hihi

    ReplyDelete
  17. Saya suka tengok aje, bab tanam menanam ni memang takda pengalaman dan skil. Minat pun tidak. Nanti kalau banyak bunga-bunga di taman, tentu berseri-seri aje laman rumah AA kan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...