Thursday 23 November 2017

Tentang Dia

Assalamualaikum...

Banyak sangat pengorbanan yang dia lakukan. Tersenarai dalam pelajar yang cemerlang. Sayang selepas SRP dia tak meneruskan pelajarannya. Dia bekerja demi membantu ayah untuk sekolahkan adik-adik.

Mama ingat lagi umurnya 16 tahun dia bekerja dirumah orang mengasuh anak ustazah kami di sekolah rendah dulu. Setiap hari berulang ke rumah ustazah tu. Masih jelas semua tu pada mama. Dah umur 17 ke 18 tahun dia bekerja kilang di Pulau Pinang. Alhamdulillah jodohnya sampai awal. Usia 21 dia dah berkahwin dengan pilihan orang tua.

Pertama kali nak jumpa setelah bertunang, mama lah yang temankan dia. Tanggapan pertama mama... Eeee tak hensem pun..jahatkan mama ye lah masa tu baru umur berapa mama ni, asyik dok tengok rupa orang ke hensem tak, bab lain tolak tepi. Tapi Alhamdulillah jodoh itu yang terbaik inshaAllah. Bukan saja baik pada mertua,isteri bahkan pada adik-adik ipar.

Masa dalam pantang anak pertama dan kedua dialah yang jaga mama, seronok bila dia yang jaga sebab boleh manja-manja, masa pregnant pun rasa nak makan apa minta dekat dialah..dia pengganti emak setelah emak tiada. Besar sangat pengorbanan dia, tapi ye lah kita merancang Allah juga merancangkan. Masa pantang yang ketiga dia dah sibuk belajar, mama pantang sendiri, itupun dia tetap datang juga tunggu mama semalam dua.

Walaupun belajar sampai SRP je tapi siapa sangka dia dapat belajar di UIA sekarang dalam pengajian al-quran, dah lulus pun, sekarang sambung belajar lagi. Sekarang dia dok mengajar kawan-kawan dan jiran mengaji, dulu tak ramai yang mengaji dengan dia tapi sekarang ramai, pagi petang orang datang mengaji.  Sampaikan dia taknak ambik upah menjahit lagi.

Dugaan untuk dia datang lagi, kali ni mungkin berat tapi mama tengok dia senyum je macam takde apa-apa yang berlaku sedangkan dia menanggung kesakitan. Mama baru je tahu tentang sakit yang ditanggung. Bukan orang yang pertama tapi mama tak kisah jadi orang ke berapa tahu pun, sekarang semua pun berusaha untuk bantu dia. Dia yang mama cerita ni...yang selalu mama sebut 'ibu' dalam blog mama ni, kakak sulung mama... Banyak dan begitu besar pengorbanan dia...mohon kawan-kawan semua doakan ibu agar kesihatannya kembali pulih.

Moga ibu sabar dan redha dengan ujian dari Allah ni, mama tahu ibu kuat dan redha cuma mama tak sanggup tengok ibu sakit, selama ni dia senyum jek nampak sihat je tak sangka rupanya ibu sakit... Doakan kakak mama ye,mana tahu ada antara kawan-kawan mama ni yang mustajab doanya.


Wassalam


10 comments:

  1. Ya Allah, terharunya...begitu besarnya pengorbanan seorang kakak, seperti tidak terbalas segala jasanya tu.

    Sakit apa mama? Semoga ibu segera diberi kesembuhan, sihat seperti sedia kala, in shaa Allah sakitnya tu tanda kasih sayang Allah pada dia, semoga dosa2nya diampunkan, sabar menerima ujian Allah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak besar sangat pengorbanan dia..inshaAllah moga Allah berikan kesembuhan

      Delete
  2. Semoga kakak Ilah kembali sembuh....akak dapat bayangkan betapa sayang nya dia pada adek2 ,sanggup berkorban demi kesejahteraan adek2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak saniah..ye dia yang lembut dan penyayang pada adik2

      Delete
  3. Moga ibu diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. Moga semuanya sabar & redha dengan ujian ni. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Puan Hazel atas doanya, moga Allah makbulkan hendaknya

      Delete
  4. besar pengorbanan dia kak. tak terbalas adik2 atas segala apa yang dia dah lakukan. semoga rahmat Allah sentiasa bersama kaka sulung akak tu, ana doakan semoga dia kembali sihat seperti biasa.

    ReplyDelete
  5. Semoga ibu diberi kesembuhan, ketabahan dan kekuatan dlm menghadapi dugaan. Allah uji tanda Allah sayang. Sabar & kuat kakak kak lah tu.. Sakit pun masih mampu tersenyum..
    Semoga kesihatannya kembali pulih.. Untung org ajar mengaji ni, ramai org kenal & ramai yg mendoakan..

    ReplyDelete
  6. jom la join n meriahkan GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  7. banyaknya pengorbanan kakak Mama, semoga dia dikurniakan kesihatan yang baik. kagum ketabahan dia menuntut ilmu. tak ramai yang macam dia.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...