Sunday 26 November 2017

Tahniah anak-anak mama

Assalamualaikum...

Tak habis lagi cerita graduasi anak2, sana-sini kawan-kawan cerita hari kecemerlangan anak-anak. Alhamdulillah...mama tumpang gembira melihat kejayaan anak kawan2 mama. Tahniah juga buat anak2 mama kerana berjaya lalui exam akhir tahun dengan jayanya dah kira cemerlang dah tu untuk anak2 mama walaupun tak de anugerah yang diterima, tahun depan usaha lagi ye anak2 mama, perjalanan masih jauh.

Semalam hari graduasi dan kecemerlangan di Pasti Adrien, minggu lepas dah konvo minggu ni sekali lagi nampaknya Adrien naik pentas ambik sijil. Berakhir sudah sesi pembelajaran 6 tahun. Tahun depan dah masuk fasa baru dalam hidup Adrien, akan sarung uniform darjah 1 pulak. Semalam sekali lagi en.azmi tak dapat join hari graduasi Adrien, mama pergi dengan anak2 je. Tak kisah pun sebab dekat dengan rumah tak perlu gugel map kali ni hehehe



Antara yang terawal datang hihihi...sebab senang nak cari parking kalau awal tak perlu berjalan jauh, tempat duduk pun senang nak cari. Tapi takdelah mama ambik tempat duduk depan sekali, duduk jauh je dari pentas. Takde pulak nak ke depan.amik gambar anak sebab segan pulak rasanya kikiki, tapi takpe kita ambik je gambar yang mualimah kongsi.


Budak ni bukan suka letak apa2 atas kepala, pergi sekolah pun kopiah tak pakai. Tengoklah gaya pakai topi tu..orang lain elok je tapi dia..ikut suka dia je nak pakai macammana. Sebab nama A jadi dialah nama mula2 yang dipanggil. Masa nama dipanggil dia rilek je macam takde perasaan berjalan pun lemah gemalai je, sampai mualimah kena dorong dari belakang suruh.cepat sikit, ye lah ramai.lagi kot yang nak ambik sijil bukan dia sorang 😂😂.


Tengok tu muka takde perasaan..orang suruh senyum pun buat tak tahu je. Ini masa exam dulu mama tanya la macammana exam? Senang kacang je jawabnya..amboi bukan main dia kan. Lepas tu katanya lagi mualimah ada tolong juga..Mama tanya tolong yen jawab ke? Eh mana ada..tolong kawan yen la, yen kan dah pandai...adehhh jawapan dia tu konfiden je bunyinya tu kan 😂. Ini dia dah cakap taknak sekolah darjah 1 sebab tak boleh tido petang katanya...dia memang jenis tido petang. Tak tahulah tu tahun depan.sekolah pagi petang pulak tu, bertabahlah Adrien ye.


Bertuah nama Adrien ni..rezeki lagi kali ni dapat cabutan bertuah lagi, tapi mamalah yang punya, bagus nih hadiahnya 🍅🍅 sayur-sayuran. Lain dari.kebiasaan ni hampernya. Balik dari majlis terus mama guna hadiah yang diberikan ni. Untunglah tak perlu beli sayur 2,3 hari guna saja sayur yang dapat ni kan.

Pada majlis ni bukan saja pelajar 6 tahun dapat hadiah tapi pelajar tahun 5 dan tahun 4 turut dapat hadiah kesemuanya berupa beg sekolah. Ok lah tu boleh digunakan tahun depan tapi untuk digunakan di sekolah rendah tak muat tu sebab buku banyak, untuk.dibawa pergi Pasti memang sesuai sangat. Adrien jadikan beg tu untuk isi iqra' buat pergi mengaji, oklah kan banyak kegunaannya beg tu. Selain tu dapat juga coklat bouquet, botol air serta tabung. Seronoklah anak2 dapat banyak hadiah.

Tamat sudah kisah graduasi anak2, tahun adelya pula ambik.alih belajar di Pasti, itu ada harapan masuk nasyid tahun depan tu kikiki sebab suka menyanyi semalam kawannya bernasyid didepan dia pun sibuk menyanyi dibelakang. Tahun depan ramailah kawan2 adelya bersekolah sama. 3 stoges sekolah dah tahun depan. Harus mama cuti seminggu ni awal persekolahan nanti.

Gambar adrien semua dari mualimah..nak letak jugalah gambar yang mama ambik


Gambar separuh tiang pun jadilah ye..hehehe mama malas nak bangun

Wassalam

7 comments:

  1. Tahniah anak2 kak lah..
    Tahniah adrien, dah berjaya buktikan kat mama yen dah pandai. 👍
    Bagus tu ada confident.
    Aimy over confident pulak. Hihi..
    Tahniah juga buat kak lah atas kejayaan anak2.
    Sekejap je da nk darjah 1. Adelya pun da nk tadika 5 tahun. Mesti kecoh mak cik bawang tu.. Bnyk la cerita dia ye nnt.. Hihi..

    ReplyDelete
  2. Tahniah Adrien. Aunty suka hadiah lucky draw tuh. Sihat menyihatkan! hehe...

    ReplyDelete
  3. Kikiki, senget pakai topi knvo ek, penat sangat ke tu.
    Tapi hamper sayur tu mmg happening ah, nnt boleh akk buat gak tahun depan, hihi.
    Tahniah buat semua ank2 yg berjaya bergelar sarjana tadika, hihi.

    ReplyDelete
  4. tahniah untuk semua anak2 mama. semoga jadi motivasi untuk belajar lebih rajin lagi

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat anak dan ibunya..

    Hamper sayur? Menarok ni..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Tahniah buat adrien... Comel je mukanya tu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...