Thursday 26 October 2017

Saja nak mengena

Assalamualaikum...

Isnin mama ambil cuti, setelah berbincang sebelumnya, mulanya taknak pergi sebab kerja banyakkan, tapi tetiba rasa macam..ehhhh sedih pula kalau tak pergi. sudahnya ambik jugalah cuti. Isnin tu pakcik konvo, mama, maktam, makdak dan paksu pergi ke majlis tu, mommy dan makngah baru balik dari korea jadi takmahu lah cuti lagi. tak kisahlah kan janji ada wakil yang pergi.

Gerak dari rumah mama pagi isnin tu pukul 4pagi, bajet sampai 7.30pagi, memang taknak tidur sana pun sebab kalau tidur sana susah pulak nak tinggalkan anak-anak je dengan en.azmi, dengan pakjang lagi nanti makan minum susah pulakkan..makngah maktam belikan bunga dan bear untuk pakcik. mama memang takde bajetlah untuk itu, jadi mama sediakan juga untuk pakcik saje je nak mengenakan pakcik tu kan..hehehe


Orang bagi bunga, coklat dan bear mama bagi bunga petai je untuk pakcik hehehe...bengang je pakcik masa suruh amik gambar itupun ambik jauh je takut kawan-kawan nampak..ellehhh konon bandar sangatlah tu malu pegang petai. tapi mama pun bukanlah nak bagi petai tu pun saja nak mengena je, lepas ambik gambar tu mama bawa balik semula petai tu sebab orang kat rumah dah tak sabor nak makan petai tu hehehe


Bergambar dengan pakciklah kan, masa dalam dewan mama duduk sebelah seorang makcik sempatlah beramah mesra sekejap. Makcik tu dari kelantan tengok anaknya konvo juga. Mama datang tengok adik...lepas tu dengar makcik tu cakap dengan suaminya "9 beradik mak ayah dah takde datang tengok adik..bagusnya" senyum je lah mama kan.. Ye lah kalau tak datang tengok mesti pakcik sedihkan, jadi kami buatlah apa yang termampu



Ini bersama kawan baik pakcik..ini kesian juga sebab familynya tak datang pun hari tu. Jadi kamilah yang sama-sama raikan dia. Mama siap suruh paksu belikan bunga untuk kawan pakcik ni hehehe...mama tukang suruh je bukan mama yang beli, bukan apa mama rasa sedih pulakkan, kurang-kurang dapat bunga dengan bear tu ok jugakkan. Paksulah yang jadi fotografer hari tu nampak gembiralah kawan pakcik tu kan. Oklah kan dapat gembirakan orang lain kita juga rasa gembira. Moga keduanya lebih berjaya pada masa akan datang, dua-dua pun dah kerja sekarang, kerja sementara sebelum tahu posting ke mana lepas ni.

Dalam pukul 12 lebih dah gerak balik, satu hal nak cari kedai makan. Adik-adik nak makan nasi apa entah katanya dekat mamak, kata mama taknak lah mamak hehehe...lepas tu nak cari kedai mee kicap tapi ikut waze tutup pulak kedainya sudahnya singgah aeon, kita makan je lah apa-apa kat situ kan. Selesai makan teruskan perjalanan balik. Lambat juga sampai rumah, hantar makdak dulu ke taman dato' haron, nak ke rumah mama jalan dah mula sesak... Alhamdulillah perjalanan hari itu dipermudahkan.

Wassalam

16 comments:

  1. Wahh. Kreatipnya packed petai dihiasi bunga gitew :)

    ReplyDelete
  2. hihihi..singgah pagi..petai pun petai la yaa

    ReplyDelete
  3. Haha, petai, belacan, kicap.. best juga kan kalau buat prank... hihi

    ReplyDelete
  4. Konvo kat mana tu? Awalnya gerak. Tapi ye la kan, nk bwk org yg konvo, org konvo kene dtg awal. Mcm adik ira hr tu, dia g dgn kwn, kami dtg kemudian. Mmg betul, kita kene raikan adik beradik wp konvo je. Nk g konvo ni bkn mudah, adik ira hampir xnak pergi konvo sbb kene byr. Tapi kita usahakn jgk la sbb kita konvo sekali tu je, melainkan ada plan nk belajar lagi. Kreatif jgk bunga petai tu. Bunga bear coklat tu bkn murah.. Sejambak je da berpuluh ringgit. At last togel je nnt. Tapi kalau xde, x cantik pulak bergambar. Hehe.. Ikut bajet masing2 la kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Pnjg sgt komen, lupa nk wish.. Tahniah buat adik kak lah.. Semoga terus cemerlang dlm kerjaya nnt.

      Delete
  5. Baca entri terasa sebak pulak Azra.... Entah apa yg disebakkan pun tak taulah huhu.....
    Sebagai mak ayah, makcik tu mesti rasa kagum Azra. Adik beradik sanggup bersama sama meraikan hari bersejarah adiknya.... Lepas tu bukan sikit adik beradik tu. Tu dia 9 orang .... Sapa yang tanggung belanja adik beradik yg belum kawen ye Azra.....Tetiba terbizi bodi pulak hihi....

    Haha...dah namnya adik, kot mana pun mmg kena buli jugaklah hahaha......

    ReplyDelete
  6. Tahniah adek dan Ilah sekeluarga atas kejayaan adek.Adek beradek yg berpakat...dapat rasa gembira bersama.
    Kesian adek tu bengang lah dpt petai....

    ReplyDelete
  7. Kita memang salute dgn mama & adik beradik, ukhuwah tetap terjaga even mak ayah dah takde. Kalau ada tips yg parents mama buat utk mama dgn adik beradik share ye mama. Bukan semua org dapat nikmat ni. Rezeki mama sekeluarga.

    Siapa yg habiskan petai tu mama hehe...

    Congrats ye utk adik mama & kawan2 nya. Perjalanan baru nak bermula bagi depa kan...

    ReplyDelete
  8. Kuikui..petai pun petai lah, janji Ada ingatan Kat situ, Tak gitu mama Yan.

    Terharu juga perasaan ni, tetiba terbayang kasih sayang seorg kakak, duduk beejauhan ni hanya ingatan, doa mampu dikirim...

    Tahniah buat pakcik tu, dah grade yea, mudah2an cepat dapat kerjanya.

    ReplyDelete
  9. Tahniah buat adik akak. Ana pun br blk convo adik ana di segamat minggu lepas. Bawa mak ayah sekali. Gembira rasanya bila convo family kita datang raikan.

    Tapi bab petai tu kelakar tau kak. Hilang lah macho pegang bunga dgn petai tu. Hehe

    ReplyDelete
  10. nakal juga mama aryan ni yeh! cer bagi kat saya petai tu... kite tengok pulak sapa yang kena dan di kenakan... hehehhe

    ReplyDelete
  11. tahniah pakcik..teringat masa knvo dulu.haish..haha, comel je pekena bagi petai ye

    ReplyDelete
  12. tahniah utk adik. alhamdulillah... da pun abis belajar dgn cemerlang.
    ha ha ha nakal AA bagi hadiah rare tu.
    lom pernah dibuat org. tapi lebih bagus kot.
    boleh dimakan, kan.
    dari bagi bunga rose sejambak, pastu kering di sudut rumaha ha ha ha...

    ReplyDelete
  13. Bagus juga idea 'jambangan' petai tu AA, walaupun sekadar nak mengena aje. Untuk peminat petai, sayang oi nak beri hadiah petai kat orang lain. Lebih baiklah rembat makankan! Kasihan pakcik, mesti jenuh cover line supaya tak nampak petai dalam bakul. Hahaha!

    Baguslah AA sekeluarga ni. Walaupun makayah dah takda, adik beradik saling ambil berat antara satu sama lain. Itulah gunanya ada adik beradikkan...

    ReplyDelete
  14. Hi, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    ReplyDelete
  15. Hehe..kretipp..ok ape bg petai..leh mkn.. Bg bunga, dh kering lama2 buang gak.. Haha

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...