Wednesday 31 May 2017

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Assalamualaikum...

Ada orang dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikirkannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak,
pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti

Ada orang, ada anak tapi hanya seorang, pun terfikir
kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti

Ada orang, anaknya semua lelaki, juga terfikir,
siapalah yang akan jaga aku nanti, mahukah menantu perempuan jaga aku nanti

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga
terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing-masing
siapalah nak jaga aku nanti

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita ditangan manusia
ditangan anak, ditangan suami

Walhal yang jaga kita itu Allah.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya,
namun masih terabai hidup bersendirian dirumah usangnya
sehingga meninggalnya juga seorang diri

Berapa ramai juga orang yang tidak bertemu jodoh,
namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik
daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut,
jalan bertongkat walau anak-anak ada disisi menjaga

Itulah kita kata rezeki dan rezeki itu hak Allah..yakinlah...
Jangan runsingkan kerja Allah
Runsingkan kerja kita yang asyik tak siap-siap ni

Jangan runsing belum bertemu jodoh
jangan runsing belum ada zuriat
jangan sedih hanya kerana beranak seorang.
jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
jangan cemas jika hanya ada anak perempuan

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki dan perempuan

Jangan pertikaikan eh nanti tua siapa nak jaga kau,
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti

Masa depan kita sentiasa ditangan Allah
Dan Allah itu adil
Setiap orang akan dapat apa yang dia layak dapat

pendek kata,
Allah ada..jangan takut

Hasbunallahu wa ni'mal Wakil.

Perkongsian dari seorang sahabat...ya adakalanya mama begitu juga, tua nanti siapa yang akan jaga mama? terlupa mama.. pergantungan yang sebenarnya hanyalah pada Allah.

pic pinjam pakcik gugel je..

Ya Allah bukakanlah hijab kepadaku untuk mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian takdirMu

Wassalam

14 comments:

  1. Biasanya begitulah kan tapi setakat ini akak tak pernah berfikir siapa yang akan menjaga....kalau boleh akak tak mahu menyusahkan anak...Allah kan ada .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah kak kalau boleh kita ni memang taknak menyusahkan anak2 kan.

      Delete
  2. Suami sha selalu pesan.. kita nie besarkan anak2 je.. Esok2 kita dah tua, u jaga i, i jaga u.. hehehe.. Jangan nyusahkan anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sha,akak pun tak mahu susahkan anak2 atau sesiapalah kalau boleh..inshaAllah

      Delete
    2. Insya Allah kak.. semoga perancangan kita dipermudahkan Allah..

      Delete
  3. honestly, sya ade je terfikir bende2 cmni kadang2. sya pulak kan kak, berpegang pade konsep kite merancang, allah yg tentukan. so pape pon kene usaha.

    macam hari tua, make sure we have our retirement plan, ape kite nk buat hari tua, tak boleh harap 100% kt anak, tp apa kita punya sumber income, etc. utk hari tua nnt.

    lepas dah usaha, kita serah kan pada allah.. harap semua berjalan lancar.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sya..yang penting kita rancang dan usahakan masa depan yang baik untuk kita selebihnya kita serahkan pada Allah yang menentukan.

      InshaAllah semuanya pasti berjalan lancar nanti

      Delete
  4. betul lh kak... pernah jgk terpikir mcmtu...

    sedangkan kita lupa Dia senitiasa ada untuk kita...
    kita je yg sering lupe pada Dia

    ReplyDelete
  5. Kita berusaha dalam masa yang sama cuba untuk REDHA atas ketentuan ILLAHI kan? dengan itu, hidup lebih gembira dan tenang. InshALLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul nany kita berusaha dan bertawakal untuk masa depan kita...inshaAllah jika kita redha dengan apa yang Allah bagi pasti kita lebih tenangkan

      Delete
  6. So far tak pernah terfikir secara details.
    INSYALLAH ada yg menjaganya kan.. Plus we have ALLAH.berserah padanya..kalau umur panjang, dan kalau umur pendek lain ceritanya.

    ReplyDelete
  7. Bestlah entri ni Azra. Yelah....semua dari kita akan merasai tua satu hari nanti. Entah apalah nasib kita agaknya.
    Jalan yg terbaik, serahkan ajelah pada Allah.

    Kita ni doa ajelah yg baik baik kan Azra

    ReplyDelete
  8. Betul juga tu, AA. Ada masanya saya pun suka bergurau dengan anak-anak kata Mommy ni dah tua. Untunglah mereka bila dewasa nanti mungkin Mommy dah takda. Takdalah susah nak menjaga Mommy. Padahal, semua tu bergantung pada Allahkan. Manalah tahu kita hidup hingga 100 tahun walaupun sakit sendi di usia muda. Kena selalu ingatkan diri supaya jangan bergantung harap terhadap manusia saja!

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...