Monday 1 May 2017

Cuti 3 hari

Assalamualaikum...

Cuti hari ni hari pekerja, cuti 3 hari tak pergi mana-mana pun, bosan sungguh dibuatnya tapi nak buat macammana layan je la. Minggu lepas dah cuti-cutikan minggu ni duduk rumahlah pulak.

Apa nak membebel pun tak tahu ni, otak rasa tepu sebab takde buat apa kalau dapat keluar kalan-jalan sekejap pun ok, ingat nak pergi tengok-tengok bunga untuk taman cinta mama tu tapi hujan pula diluar tu. Hmmm...dah habis layan novel sebuah kita menulis dekat sini pulak.

Sabtu pagi dah abis pasal surat cinta abg adam pada entri mama yang sebelum ni, mama teruskan tugas-tugas didapur. Membersihkan ayam,udang dan sotong. Lauk dan sayur biasanya memang en.azmi yang beli, kalau mama ikut sekali membeli pun memang en.azmi juga yang memilih ikan,ayam dan semuanya lah mama tunggu kat tepi je,entahlah mama tak reti nak membeli dari dulu lagi heheh.


Bersihkan sotong kulit yang purple kat badan sotong tu memang dibuang bersih sebab en.azmi tak suka,mama ok je sebab mama pun tak suka,kadang kalau en.azmi tak kerja dialah yang tolong bersihkan. Udang tu buang kepala dan belah belakangnya untuk buang kotoran dibelakangnya saja.


Hasil cuti 3 hari takdelah hebat sangat memasak tapi cukuplah untuk mama anak-beranak.
Daging goreng, terung berlada, masak lemak ayam(kesukaan adrien), sambal sotong petai, sup cendawan, rendang pedas udang & sayur campur. Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah bagi...maka nikmat Tuhanmu yang manakah hendak engkau dustakan?

Oklah tak tahu nak bebelkan apalagi..otak rasa tak berfungsi dengan baik perlu cari ketenangan dulu.

Wassalam

16 comments:

  1. Manjanya mama AA ni ye, semua cik abang yang buatkan...^_^
    Akak sekeluarga pun tak jalan mana2 pun cuti 3 hari ni, dok rumah je. Tp penatnya ya ampun sampai tak terasa 3 hari!

    Sedap lauk2 tu...beraneka jenis masakan.

    ReplyDelete
  2. Hehe....dalam pada tepu...tu dia menu..terbaiklah..

    ReplyDelete
  3. Kalau keluar pun jalan jammed, hotel-hotel dan tempat penginapan semua penuh... lebih baik duk rumah jer...! memasak dan makan dgn keluarga pun seronok juga mama aryan

    ReplyDelete
  4. Sedap nampaknya lauk pauk air tangan mama tu :)

    Kita terbalik..last week dok umah, this week jalan2 cuci poket :p

    ReplyDelete
  5. Wah cuti 3 hari masak sedap2 nampaknya.Takpelah cuti lain kan ada ,boleh saja jalan2.

    ReplyDelete
  6. Masak-masak masa cuti macam ni pun nikmat jugakan, AA. Dapat tengok anak-anak makan dengan berselera, memang seronok!

    Tapi saya takdalah masak pun masa cuti ni. Saya JJCM aje walaupun hujan ^_^ Saya lagilah sedih. Siap ambil cuti ganti hari Jumaat makanya saya bercuti 4 hari lamanya. Pun takda ke mana-mana berjalan, AA. Eh, yang JJCM tu tak kiralah ya!

    ReplyDelete
  7. CH cuti 3 hari ni penuh aktiviti..
    Hari sabtu adik aqiqah anaknya di Kuang
    Ahad gi kenduri kahwin anak sepupu suami di Greenwood gombak..
    Isnin sibuk masak2 utk anak balik asrama..
    Hari ini CH sakit gigi pulak huhuhu..
    Cuti sakit lah pulak..

    ReplyDelete
  8. Takpe... next holiday jalan puas2 plak.

    ReplyDelete
  9. best2 semua menarik anak2 ada kan suka sangat betul tak

    ReplyDelete
  10. wahhh semua menu akak sedap2 belaka...

    oklah kak, dh cuti duk umah pulak... dana penat kt kampung...
    ujung minggu ni kene pi kenduri lg... baru nk rehat2 kt umah

    ReplyDelete
  11. rajin dia memasak ye..
    akak ni, eemmm.. malas sangat nak masak..
    org kat rumah tak ramai.
    masak jadi penat.
    makan sikit je. dah tu banyak buang.

    ReplyDelete
  12. Habis botak licin hang kerjakan sotong tu Azra hihi....
    Untunglah ek jadi penunggu troli...kalau mak terbalik, pak Jilap yg menunggu troli.

    Sedapnya.....tang terung sambal tu terliur sangat ah ni

    ReplyDelete
  13. a'ah la. licin sungguh body sotong tu :)

    ReplyDelete
  14. sy pun kalu cuti xde pa nak buat, memasak je la kerja ye hihii
    sotong tu bersih siang..

    ReplyDelete
  15. kadang kalau cuti duduk rumah lagi seronok rasanya. badan tak letih. duit tak keluar. kerja rumah dapat settle. tapi selalu tu pagi2 lagi otak dah proses arini cuti kalau dapat jalan2 cuci mata pun best ni ekekekeke. sama la kira kalau sotong cuci bersih mcm akak.

    ReplyDelete
  16. yaya kalau time cuti yee yee je konon plan nak masak itu ini
    bila smpai masa, dtg pula pnyakit malas..huhu =p
    sedap nmpk msak tu..lme xmkn seafood..haihh

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...