Assalamualaikum...
Alhamdulillah dah lepas 1 ramadhan, moga terus diberi rezeki untuk berada didalam bulan ramadhan ini. Alhamdulillah juga hari ini abg adam berjaya puasa penuh, walaupun penuh dengan dugaan dari adik-adiknya. Mudah saja abg bangun sahur bila mama kejut. Lepas sahur terus mandi dan mengaji sementara tunggu.subuh... Alhamdulillah moga abg istiqomah.
Adelya tengoklah tu, maunya keimanan abg tak tercabar dah la makan kat sebelah abg, lepas tu tanpa rasa bersalah dia tanya abg nak tak? Terkulat-kulat abg memandang. Mama suruh abg bersabar saja. Adrien awal-awal lagi dah cakap tak mahu puasa. Memang jujur budak sorang tu. Takpelah mama tak paksa pun, nanti kita cuba ye adrien.
Abg senyum dalam kesabaran. Ada juga abg mengadu dahaga sebabnya dok pergi bermain di taman. Mama dah pesan jangan bermain do taman, cuaca panas maunya tak dahaga. Mama pujuk jugaklah sebab rasa rugi pula nak buka bila dah pukul 6. Termakan jugaklah abg dengan pujukan mama. Sambil tu bagi layan youtube sekejap, bagi terlupa rasa lapar tu..hehehe kira aci lah kan. Makngah pun dah cakap kalau puasa penuh duit raya dapat double...haa mesti banyaklah kalau double tu.
Walaupun puasa tetap rajin menolong mama didapur. Hari pertama buat buah melaka. al-maklum cuti hari ni bolehlah nak buat kuih kan. Kegemaran en.azmi nih. Harapnya esok abg dapat berpuasa penuh lagi. Bukan sebab ganjaran tapi sebab abg nak buat tapi ye lah macam mama kecik-kecik dulu la puasa sebab nak dapat duit raya lebih tapi bila dah besar barulah niat tu berubahkan. Apapun puasa ini sebab nak.dapat ganjaran dari Allah. InshaAllah satu hari nanti abg faham sekarang pun abg tahu sebab nak dapat pahala. Kalau abg tak dapat penuh sebulan pun tak apa, asalkan abg dapat juga berpuasa.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Alhamdulillah abang dah berjaya puasa semalam ....walaupun ada dugaan si kecil.
ReplyDeleteIman terpaksa buka puasa semalam sebab demam panas,dah tak upaya nk tunggu waktu ifftar.Harini pun tak bagi dia puasa dulu.
Hampir tewas juga tu kak, tapi mama memujuk abg teruskan.
DeleteYe lah kalau demam kesian pula nak berpuasa, takpelah nanti dah sihat iman teruskan berpuasa
Tahniah abg Adam! Rajin dia tolong mama ye.
ReplyDeleteAngah puasa juga, sampai pukul 6.20. Sayang memang sayang tapi sebab dah muntah perut masuk angin teruslah kita suruh berbuka.
Sesekali je tu mahu menolong, tp biasanya ada jugalah abg menolong mama didapur.
DeleteKesian angah ye muntah, ikutkan sayang jg tu lg sejam, tp ye lah dah muntah tu kesian pula nk bg terus berpuasa
wah bagusnya abang. tahniah.alhamdulillah sejuk hati mama dia, dah puasa rajin membantu mama kat dapur pulak.
ReplyDeleteTerima kasih aimi, kdg2 rajin juga abg bantu mama dia ni didapur
DeleteUmar Zikri pun berazam no puasa penuh tu, tapi hari ni pecah rahsia dia terror..minum air katanya lupala puasa hihi.
ReplyDeleteRajinlah any tolong mama, kagum Acik tau, bagus2x, gembirakan hari mama, ank yg solehla kiranya abg ni;)
Oo umar zikri, ada rahsia kekal cergas berpuasa ya hehehe...mcm acik kecik2 dulu je nih, lupa xpekan umar.
DeleteAbg kdg2 mmg rajin tolong mama didapur, suka dia buat keje2 dapur, bila mama minta tolong laju je dia tolong.
InshaAllah kak, itulah yg didoakan moga ank2 kita menjadi ank yg soleh
Alhamdulillah.. Chayook.. Chayook abang.. Bagusya dia, walaupun berpuasa rajin menolong di dapur..
ReplyDeleteKalau kita tabur janji macam-macam, memang lagi bersemangat mereka nak berpuasa tapi itulah, takut tak tertunai pulak berjanji macam-macamkan. Yang penting kena didik mereka yang berpuasa tu wajib supaya dapat lebih ganjaran dari Allah. Kita yang dah tua ni pun kadang-kala tak menahan lapar bila berpuasa (hehehe...buruk rupakan!) inikan pulak budak-budak. Anak saya Adik Cute kuasa, kuasa juga tapi bila tak tahan, minum ajelah susu. Makan dia tak seberapa sangat. Tapi, pandai malu tau kalau berbuka di luar kita suruh dia makan dulu. Toleh kiri-kanan segan orang tengok dia tak 'kuasa'!
ReplyDelete