Assalamualaikum...
Sebenarnya mama ni kan sebelum ni tak pernah pun buat kari daging, lagipun mama memang kurang sikit makan daging kecuali daging goreng kunyit je, itupun jarang-jarang makan, kalau ada ayam mama lebih suka ayam dari daging. Hari tu kenduri kat rumah jiran, ada kari daging, disebabkan takde kuah lain, makanya mama pun rembatlah kari daging tu beserta dagingnya, bila makan..eh sedap pulak dagingnya lembut je. kadang ada yang mama makan liat.
Hari tu en.azmi beli daging, kebiasaannya mama memang akan buat daging goreng sajalah. tapi hari tu rasa macam teringin sangat nak buat kari, bahan pun ada jadi mama pun buatlah kari daging campur kentang. Bau aroma kari tu memang menyengatlah..kikiki, mama masak ni berdasarkan ingatan mama dulu-dulu pernah tengok arwah mak masak kari (pernah tengok ye..bukan pernah tolong masak..mama bukan rajin sangat nak memasak dulu-dulu), harap-harap menjadilahkan. tak jadi pun nak buat apakan, makan je lah.
Inilah rupa kari mama tu bila dah siap, rasanya sedaplah bagi tekak mama ni rasa karilah tak rasa tom yam, kira jadilah kan..hahaha. cumanya takdelah rasa macam kari daging yang mama makan dekat rumah jiran tu, itu mama rasa guna rempah sendiri tu dari kelantan, ye lah gulai kawah kelantan rasanya guna rempah yang memang dibeli dari sana rasanyakan, sapa orang kelantan, betul tak mama cakap ni? so sapa ada rempah kari tu bagitahu mama boleh mama mintak sikit hehehe..terasa-rasa pulak tekak ni nak makan kari yang macam dekat rumah jiran mama tu, jiran mama siap import mak dan adiknya dari kelantan tu untuk masak masa kenduri tu tau..sedapp oiii.
Kari mama ni mulanya macam tak mendapat sambutan je tau...en.azmi ok memang makan, anak-anak memang tak mendapat sambutan. tapi lepas tu adrien tanya "apa tu mama?" " kari daging nak ke?" tanya mama, adrien menganggukkan kepala, mama beri sedikit untuk rasa, tengok adrien ambil adelya pun nak juga. lepas habis mereka minta lagi, kemudian minta lagi "sedaplah kari daging" kata adelya..wahhh ini sudah bagus, sudahnya dua beradik tu makan kari daging dengan berselera. gembira mama ok sebab dapat satu lagi menu yang anak-anak suka.
Malam tadi mama buat kari lagi, dengar je mama masak kari terus adrien nak makan nasi walaupun pada mulanya adrien kata tak mahu makan nasi. Makan nasinya sikit, makan dagingnya yang lebih, takpelah kan. Adelya yang demam semalam pun dengar mama masak kari terus ke dapur "yaya taknak nasi nak makan daging je" ok boleh saja. adelya makan kari daging je semalam. Demam pula anak dara mama tu masa ambil dari pengasuh petang semalam, tapi alhamdulillah dia takdelah merengek sangat. Adrien Adelya suka kari daging ayam goreng pun tak pandang dah kalau ada kari daging, abang adam? setakat ni abang adam tak berminat lagi dengan kari daging sebab bila dengar daging je, dia tak mahu cuba makan. ok takpe selera masing-masing berbezakan, macam mamalah.. masak je kari daging tapi yang mama makan kuah dan kentang je, dagingnya tak makan hahaha...aci tak? sebab mama nak gulai kawah kelantan juga..kikiki
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Akak pun kurang minat kari daging tapi Iman sukaaa sangat kari daging/ ayam walaupun tak pandai makan pedas tapi bab kari peds macam mana pun dia berselera.Kann...anak2 punya selera berbeza .
ReplyDeleteIlah lepas ni selalu lah masak kari ya....
Lama dah PC tak masak kari daging ni...kalau masak memang tak makan dengan nasi..makan dengan roti...tak pun roti jala...hihi...
ReplyDeletesuke tgk anak2 akak yg jns selera mkn daging ngn lauk2 nih, aiyan ssh betul nk suh dia mkn lauk kecuali tlr grg ngn kicap... tp tu pun dh lama tak suap dia ngn lauk tu
ReplyDeletedana suke kari daging, tambah2 lak kalau ada roti canai segera cicah ngn dia perkkkh tak pyh mkn ngn nasi... tp dana pun jarang2 sgt msk kari daging... kami jarang2 sgt beli daging... ayam ngn ikan mmg selalu ada daging ni kalau lama dh tak mkn dua ke tiga bln sekali kadang baru beli daging...
Makan dgn cekodoh,lempeng sedap nie
ReplyDeleteAah mama Aryan, rempah kari dari Kelantan tu lain dari kari biasa... mmg sedap. Saya pun suka. Dia jual timbang. Daging yang sedapnya di masak.. daging fresh tempatan... kalau daging kotak atau yang dijual kat pasaraya tu mmg kureng... tak manis dah.
ReplyDeleteSedapnya.. Lama dah tak makan daging.. Cicah roti or cekodok pun sedap nie..
ReplyDeleteYang rasa tak macam tomyam tuh memang dah terbaik kan? HAHAH! Husband Nany orang kelantan. Memang lain derang punya gulai. Sedap terlajakkkk....rempah tuh satu, then derang guna nise ( manisan dari gula kabung kot ) lepas tuh kaler kuah derang pun lain. Macam pucat sket. Tapi sedap yang amat! Okey,..jap lagi nak buat kari juga lah. Tapi kari ayam lah kot ..heheh..
ReplyDeleteUh.....tengok pun dah nampak sedap, belum dapat semangkuk dua lagi hihi...
ReplyDeleteKita semua belasah Azra, daging ke ayam ke arnab ke puyuh ke janji lalu depan matalah pendik kata.
Org Kelantan guna kari cap Ros kalau tak salah. Ha a kari depa mmg sedap entah apalah ramuannya kan.
Mak aii mama yan, anak dah 3 org tu baru belajar masak kari daging, hihi..nasib baik menjadi ye, takpe biar lambat asal masak juga kan, anak akk yg sulung cukup suka kari daging
ReplyDeletesaya suka lagi kari ayam. pekat ni sedap makan dengan roti jala
ReplyDeleteSuami saya suka kari daging. Saya pun suka. Pernah dengar tetel tak? Itu lagi sedap buat kari atau dalca. Lagi berlemak, lagi kolesterol, lagi terangkat rasanya. Saya suka juga gulai kawah. Janji ada daging buat kari letak kentang memang sedap di anak tekak saya.
ReplyDeleteNasib baik anak-anak saya tak suka kari daging. Jadi saya dan suami yang selalunya syok sendiri. Masak-masak, lepas tu kami makan berdua ^_^
ha ha ha kari rasa tomyam ke AA ?
ReplyDeletesabo jer la :)
kari daging + skit tetel. sedap nyer. lemak-lemak gitu.
aida jarang masak daging.
biasa nyer kalau kari, ayam jer la.
anak2 kurang makan daging.
sedapnyaaaa... :)
ReplyDeleteNampak sedap kari tu pekat dan mereciks!
ReplyDelete