Jumaat lepas rehat panjang dapatlah mama pergi cium bau syurga nih. Pergi berdua je mama dengan kawan mama sebab yang lain semuanya ada hal sendiri ye lah kan rehat panjang semua dah plan apa nak buat, lagi pulak sabtu puasa kan. adaa juga yang sibuk menyelesaikan tugas. Takpe berdua pun rancangan tetap diteruskan.
Pertama mama dan ayu pargi ke seksyen 19, mencium bau syurga yang pertama. walaupun dah pernah pergi rumahnya tahun lepas tapi tersilap juga masuk lorong ahahaha..biasalah masa pergi tu mama co-pilot je kan, memang ada chance la nak lupa ni, kalau mama yang drive confirm ingat jalannya, tapi tak takpe dalam ingat-ingat lupa tu jumpa juga la.
Ehhh...tenang sangat aqeela tidur ni |
Inilah bau syurga yang mama nak cium tu aqeela hayfa nama diberi..sekuntum bunga dalam family, yang atas ada 2 orang abang, baik je masa mama sampai tu, tidur je mungkin kecik lagi agaknya tu, tak sampai sebulan lagi usia aqeela ni. pipi pau tu geram je mama nak cubit-cubit tau. Bila tengok baby bih rasa damai je hati..macam nak je menambah lagi..ehhh hahaha. Lepak-lepak sekejap teruskan perjalanan ke seksyen 24 pulak.
Hai mujurlah rumah kedua-duanya tak jauh sangat jadi rehat jumaat yang agak panjang tu dapatlah dibahagi untuk berkunjung ke dua buah rumah. seksyen 19 dan 24 pun agak dekat juga, jadi mudahlah bagi kami untuk ke sana. pun sama kali ini terlepas simpang jugalah kami sebab tak pasti rumahnya sebelum atau selepas sekolah, sebagai co-pilot mata mama ni kena alertlah kan. mujurlah nampak bangunan yang hendak dituju itu. buat pusingan dan terus ke destinasi.
Mengah juga hoiii mama ni dah lama tak panjat tangga, naik tingkat 4 pun dah semput. Sampai rumah adik mama yang sorang macam nak mintak oksigen hahaha teruk sungguhlah.
Eee...pipi pau tu geram je menengoknya tau |
Inilah maisarah..amacam terpacak tak rambutnya? hehehe dalam gambar nampak bulat je badannya tapi realiti orangnya halus je, tapi pipi tu memang tembam okeh dan rambut memang lebat dan terpacak, geram je mama tengok, lepas tu muka dia tu asyik tengok ibu dia macam tak puas hati je, kenapa maisarah tak puashati ye acik datang ganggu? hehehe...Akhirnya tercapai juga hasrat nak mencium bau syurga.
Ada seorang lagi adik mama yang baru bersalin 2 ramadhan hari tu, itu lagi hebat kisahnya tak sempat sampai hospital, sempat sampai KK kapar je, sampai kk pun tak buka lagi sebab pagi sangat, mujur ada sorang nurse disitu, bersalin dalam kereta je, kalau nurse takde mau suaminya yang sambut baby. apapun syukur alhamdulillah semuanya selamat. dapat baby boy. Alhamdulillah adik-adik mama ni semuanya dimurahkan rezeki anak. dan dimudahkan urusan bersalin.
Minggu ni inshaAllah nak balik kampung pula, disamping nak berbuka dengan keluarga dikampung nak cium bau syurga lagi..adik ipar mama yang bersalin hari tu, mama tak tengok lagi babynya. InshaAllah kalau takde apa-apa aral esok baliklah kami ke kampung. Saja mama ambik cuti 2 hari dapatlah lama sikit dekat kampung. Nanti tunggu raya pulaklah baru nak balik, Ok tak sabar nak jumpa Muhammad Adwa Khalish pulak.
Wassalam.
Rindunya bau baby..
ReplyDeleteSuka sgt bau baby, lagi2 bau kepala diaorg.. Tapi mcm aisyah hr tu, lepas cukur masa 7 hari, xde bau sgt da mcm br lahir tu.. Huhu..
Comelnya baby kawan kak lah.. Rambut lebat tu.. Hehe..geram tgk..
Balik kg ni gomol si khalish la ye..
Wah Ilah ramai nya jumpa baby2 baru....seronoknya dapat gomol pipi pau si kecil kan.Yang dah pandai senyum2 tu lagi best nak agah2.
ReplyDeleteBestnya dpt ramai ank sedara, bestnya dpt peluk cium baby, akk pun suka sgt bau bby. Kadang tu tingin nk ada bby lagi, satu impian yg mustahil dah, haha.
ReplyDeletesedapnya bau bby nih kan kak... tak mandi pun bau dia wangi je...
ReplyDeletebesstnya akak nk balik kg, dana pun nk balik ke terengganu tp sebenarnya nk antar adik ke unisza, jd blh la singgah kg mil....
Best bau baby ni kan AA..
ReplyDeleteAkak hari tu balik kg..
Jumpa cucu kakak..
Gomol2 jugak..
Wanginya..
Nak cium bau syurga selalu nampaknya kena beranak lagilah Azra hihi....
ReplyDeleteDuit raya kena tambahlah tahun ni ek
Nampak gaya bolehlah hint kat En Azmi, nak cium bau syurga selalu, AA ^_^ Manalah tahu, kotnya boleh jadi kenyataan. Suka Adelya dapat adik baby katanya. Mamalah pening kepala lepas tu. Hehehe!
ReplyDeleteLebatnya rambut baby Maisarah tu. Tetiba teringat kat anak-anak saya masa baby dulu, boleh tahan juga lebat rambut. Tapi takdlah saya teringin nak beranak lagi, AA. Hahaha!
Seronok sangat cium baby baru lahir kan kak.. Bila cium baby rasa cam nak berbaby juga tapi.. hehehe.. cium baby orang jelah Sha nie..
ReplyDeleteAwesome write-up. I am a regular visitor of your web site and appreciate you taking the time to maintain the nice site. I’ll be a frequent visitor for a long time.
ReplyDeletegold serum