Sedang mama berehat-rehat melihat bunga di taman(ewaaahhh macamkan banyak sangat bunganya tu kan) telefon berbunyi menandakan mesej masuk. mama menoleh seketika. Eh banyak pula mesej masuk ni, ada kawan yang bertanya perihal bunga. dekat status whatsapp tu mama letak gambar bungakan. kawan bertanya dimana mama beli pokok bunga tersebut.Kebetulan berhampiran taman mama ni ada nursery bunga jadi disitulah mama membeli, geram tengok bunga cantik-cantik.
Terpandang satu nama yang dah lama mama tak berhubung, kawan lama ni sama-sama lapor diri masa tahun 2000 dulu. Kawan mama ni masa masuk kerja dulu dah kahwin, muda lagi pada mama. dia pjj masa tu, Ingat lagi masa dia pregnant mama lah yang hantar dan ambil dia pergi check up dulu-dulu. Seronok je..lepas tu suaminya berpindah ke sini, kami masih rapat, pergi dan balik kerja berulang dari keramat ke shah alam.
Kemudian dia berpindah ikut suami pula, dah lama tak berhubung, semalam dia whatsapp mama bagi gambar anaknya..yang ke 5 katanya dah 38 hari, yang terakhirlah katanya sebelum umur 40, pada hal lambat lagi dia nak 40 tahun. Alahaii...comelnya anak yang berbau syurga ini. Dalam bulan ni saja mama banyak dapat berita kawan-kawan dapat baby. dekat ofis mama ni satu seksyen 2 orang dapat baby, dua-dua baby girl..memang ditunggu-tunggu tu sebab kedua-duanya dah punya anak lelaki. alhamdulillah dah dapat gigirlkan..sorang nama maisarah, sorang aqeelah hayfa.
Selepas tu mama dapat anak saudara pula...adik ipar mama, adik en.azmi dah selamat melahirkan anak sulung secara pembedahan. dapat boboy..yeayyy betul tekaan mama heheheh, tapi mama tak balik tengok lagi, mereka berada dikampung. bukan tak teruja nak tengok anak buah baru,seronok weh cium bau baby tapi masa belum mengizinkan, InshaAlllah awal puasa cuti sekolah mungkin waktu itu kami balik, sekarang ni anak-anak dah sekolah memang kena tunggu cuti sekolahlah kalau nak balik kampung, lagipun dekat-dekat nak examkan, hari ni dah start exam untuk pasti, abang adam rabu ni exam, jadi kita tunggulah cuti sekolah nanti.
Comel sangat baby masing-masing, kawan mama tanya "hang taknak tambah ke?" hahaha..ikutkan hati tu memanglah teringinkan, baby siapa yang tak sukakan, siapa nak bau syurga ciumlah baby. tapi itulahkan banyak perkara perlu dipertimbangkan. usia pun dah semakin meningkat, badan pun makin tak larat. Cabaran menjaga anak kecil dalam usia 30-an ini, sangat-sangat mencabar dan sangat-sangat letih. Bukan merungut ye sekadar bercerita..tahun depan nak buka implan ni, tahun depan dah 40, jadinya mama rasa cukuplah dengan 3 orang ini, tapi ye lah semua pun rezekikan kalau Allah nak bagi Dia tetap bagi, kita punya rancangan Allah juga punya perancangan, perancangan Allah yang lebih baikkan.
anak-anak mama masa baby..terasa cepatnya masa berlalu |
letak gambar anak sendiri je lah hahaha...nak letak gambar anak orang sebab tak minta izin jadi takut pulak nak letak gambar anak orang tanpa keizinan, nak minta izin letak diblog segan pula, nanti kawan tahu mama ada blog jadi tak perlulah, bukan apa kadang mama takut nak upload gambar anak orang ni sebab takut ibubapanya tak suka, jadi bila tak dapat keizinan baiklah jangan di up kan. Kita up gambar anak sendiri sajalah hehehe... apapun memang kalau ada baby, rumah akan terasa ceria sajakan.
Wassalam
Bau anak yg baru lahir memang harum..
ReplyDeleteAkak pun tak sempat melawat cucu ke 7 ni..
Anak kakak akak bersalin hari Khamis yg lalu.
Bau baby memang best. Saya pun suka. Luar biasa wanginya. Tapi yalah, nak beranak kecil lagi tu mungkin tidaklah. Saya pun dah melepasi 40 dah ni. Tak laratlah nak berbaby-baby kecil. Segala sendi dah sakit. HD kata tunggu nak menopause aje. Hahaha!
ReplyDeleteTahniah buat adik ipar dan kawan-kawan AA yang baru dapat baby. Mesti seronok melayan baby. Bila dah meningkat umur sikit, dah petes bercakap, lagilah seronok. Mujurlah waktu saya melayan keletah anak yang meningkat dewasa masih lagi berbisa. Esok lusa bila dua-dua dah besar panjang, Mommynya bergenang air matalah mengingat zaman silam...
Akk pun suka sangat bau baby, bangun tido pun wangi, masam pun wangi juga, even beyak pun tak bucuk kan, alahaiii...sebab tulah agaknya nenek2 sayang sgt kak cucu, nmpknya kena tunggu cucu lah kan, haha.
ReplyDeleteComey2 ank mama yan masa kecik, geram je tengok yg gmbr bby2 tu.
ANAK2 KECIL ADALAH PENYERI NMEMERIAHKAN DUNIA SELAGI ADA BAUAN SYURGA ITU DUNIA BELUM KIAMAT INN SYAA ALLLAH
ReplyDeleteaah kan kak... org tua2 selalu ckp bby tu bau syurga... tp mmg betul pun... sedap di cium... baru bangun tido pun sedap di cium... takde istilah busuk kecuali dia berak hahahaha
ReplyDeletee'in pun rindu nie nak bau syurga.. tapi ecad kecik lagi.. hihi
ReplyDeleteItu baru bau je... bayangkan kalau dapat tinggal di dalamnya...
ReplyDeleteItulah kelebihan pada baby... tak mandi pun sedap juga menciumnya.
heheh betul tu tenang je kalau dapat bau baby. masam2 pun best je nak gomol..
ReplyDeleteAda kawan umur 40 still mengandung, cuma risiko tinggi je la :)
ReplyDeleteKalau dah rezeki, tak leh nak tolak kan ..hehe
Bau baby memang harum tapi bila dah besar ni nak cium pun dah bau hari...masemmm...hahaa.
ReplyDeleteNak selalu bau syurga tambah lagi lah Ilah...baru 3 tu.Akak pun bersalin kan Iman agak lewat usia tapi Alhamdulillah semua dipermudahkan baik bersalin mahupun menjaganya..
Sha memang suka bau baby.. Bau yang sangat harum..
ReplyDeleteMacam gaya nak beranak lagi ke tu hihi.... apa lagi proseslah sekarang! Raya tahun depan dah ada 4 orang hihi
ReplyDeletekita sebaya :)
ReplyDeleteaida pun rasa bersyukur dgn anak bertiga ni.
ubat hati yg bosan.
penghibur di kala sedih.
alhamdulillah...