Friday, 26 May 2017

Marhaban ya Ramadhan

Assalamualaikum...

InshaAllah dalam beberapa jam lagi kita akan bertemu ramadhan,moga dipanjangkan usia kita untuk bertemu dengan ramadhan. Sudahkah kita mempersiapkan diri kita untuk bertemu ramadhan? Sejak bila kita persiapkan diri? Kalau nak kahwin setahun kita buat persiapan kan, untuk ramadhan bila persiapan kita?

Moga ramadhan kita lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya. Bagaimana kita nak jadikan ramadhan kita adalah yang terbaik? Boleh kita cuba bermula malam ini, yang pertama kita perlu buat, jadikan ramadhan ini tanpa televisyen...simpan tv dalam stor hehehe sebab apa bila takde tv kita takde apa nak buat jadi kita hidupkan malam ramadhan kita dengan solat tarawih dan membaca al-quran. Ganjarannya sangat besar...

Ada 1 cerita..sekumpulan pemuda yang menziarahi kubur pada waktu malam, ada satu kubur sangat bercahaya. Esoknya pemuda bertanya kepada imam dan ajk masjid siapakah pemilik kubur ini, kata imam arwah hanyalah orang biasa, pemuda tadi tidak berpuashati mana mungkin orangnya biasa-biasa sahaja sedangkan kuburnya bercahaya luar biasa, pemuda bertanya dimana rumah arwah dan berkunjung ke sana. Kata isteri arwah, suaminya seorang lelaki biasa yang buat amalan biasa sahaja, cuma 1 arwah suaminya tak pandai baca al-quran tapi setiap malam selepas solat arwah akan membuka al-quran dan akan menunjuk setiap baris ayat al-quran sambil berdoa dan menangis, berikanlah aku syafaat dari al-quran ini ya Allah. Walaupun tak tahu membaca al-quran san hanya menunjuk setiap baris sahaja, tetapi arwah telah khatam al-quran beberapa kali. Amalan inilah yang membuatkan kuburnya bercahaya luar biasa, jadi kita...nikmat Tuhan yang manakah hendak kita dustakan... Marilah kita hidupkan ramadhan dengan al-quran.

Dah simpan tv dalam stor, kita cuba pula untuk tidak ke bazar ramadhan. Kerana kita tak pasti keadaan orang yang menyediakannya, katanya ustaz jangan tengok apa yang dijual tapi tengoklah pada siapa yang menjual. Jangan beli dari tangan-tangan yang tidak takut dengan Allah, jangan beli dari orang yang tidak menutup aurat, jangan beli dari orang yang tidak solat. Kita berpuasa menahan lapar akhirnya kita berbuka dari makanan orang yang tidak taat pada Allah. Ustaz kata lebih baik berbuka dimasjid, yang sediakan makanan adalah ajk surau, disamping kita tahu siapa yang sediakan kita juga boleh ambil peluang untuk berdoa sebelum tiba waktu berbuka, sebab dikatakan sebelum waktu berbuka adalah waktu yang sangat baik untuk berdoa.

Maaf andai ada tersalah kata dan tersilap bicara, sedikit yang dapat mama kongsikan dari ceramah yang diberikan oleh ustaz sebentar tadi. Mama ambil sikit-sikit tak sempat pula nak salin laju-laju. Dikesempatan ini juga dengan ramadhan yang bakal menjelma mama mohon ampun dan maaf dari kawan-kawan semua andai.ada penulisan mama diblog atau komen mama diblog kawan-kawan membuatkan kawan2 terguris hati, maaf dari mama ye..

Adik-adik ajak wefie sebelum ceramah...layannn hehehe

Selamat menyambut ramadhan, selamat bertarawih dan semoga kita dapat tingkatkan amalan

Wassalam

8 comments:

  1. SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN YAN N FAMILI

    ReplyDelete
  2. Ramadhan kareem mama yan.

    Tertarik ngn idea simpan tv dlm stor, cukup bernas tu, haha.

    ReplyDelete
  3. Ramadhan Kareem sis...

    Moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya insha Allah.

    Tadi pun kita dah inform anak2 no TV during ramadhan nights. Siang tu maybe bolelah sbb depa cuti sekolah tapi ada jadualnyalah.. Tengok lah berkesan ke tidak hehe...

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa ...

    ReplyDelete
  5. selamat berpuasa mama yan!

    suka sangat entry ni sarat denga pesanan yang sangat2 hikmah..mohon share point2 ye mama yan. syukran. 💕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa husna.

      Dipersilakan.share andai bermanfaat

      Delete
  6. Salam Ramadhan AA walaupun dah masuk hari ke-10 kita berpuasa. Semoga Ramadhan kita kali ni lebih dipenuhi dengan amalan-amalan yang baik. Saya pun takda masa bulan puasa ni nak menghadap TV. Nasib baik juga cerita Korea semua tak best. Membantu juga tu supaya tak lagha menonton TV aje ^_^

    Alhamdulillah, setakat ni rasa puas hati jugalah sebab Ramadhan kali ni jauh lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya. Harapnya terus istiqomah dan bertambah baik lagi amalan kita semua di bulan Ramadhan ya, AA!

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...