Assalamualaikum...
Minggu exam buat anak-anak..hmm berdebar ke mama? entahlah tak tahu nak cakap macammana, mama nak berdebar pun takde makna bila tengok anak-anak rilek je macam takde pape pun.
Adrien yang bersekolah di Pasti akan periksa selama 2 minggu, bermula hari ini. ada la mualimah bagi buku bawa balik untuk ulangkaji. ada juga surah-surah yang perlu dihafal. jenuhlah mama suruh membaca ada tak ada 5 minit membaca lepas tu bermain. Takpelah anak..kita tengoklah macammana nanti. Ini merupakan peperiksaan pertama Adrien di Pasti. mama hanya mampu iringi dengan doa sajalah. selama ni pun mama bukannya jenis memaksa anak-anak belajar..hahaha. Nak paksa macammana, bila disuruh ulangkaji biasanya mereka buat tak tahu, bila ada kerja sekolah baru buat itupun bila disuruh dengan susah payah, kadang tu abang adam yang disuruh untuk membuat kerja sekolahnya...aduhaii. Petang balik sekolah mama tanya macammana periksa? senang saje..semua yen boleh jawab kata Adrien. berbulu je mama dengar.
Kerja sekolah malas nak buat tapi pergi sekolah nak smart saja, hari jumaat lepas mama tersalah iron baju, sepatutnya hari jumaat baju lain tapi mama tersalah iron baju hari jumaat. Oh ya di Pasti hari Rabu pakai baju sukan sekolah hari jumaat pakai baju sukan pasti. mama tersilap hari jumaat tu teriron baju hari rabu. Pagi tu nak pakai baju Adrien kata ini baju hari rabulah mama, baru mama perasan,teruslah cari baju hari jumaat, jumpa tu terus mama bagi dia pakai, Tahu dia kata apa? "mama..iron la dulu, nanti kedutlah baju yen" kemainkan baju taknak kedut pada hal t-shirt je, ye lah mama ironlah sebab anak-anak tak pandai nak iron baju sendiri lagi dah besar sikit nanti mama ajarlah biar dorang buat sendiri hehehe..
Ahad lepas mama dok melipat kain 2 bakul, Adrien datang bertanya
"mama baju sekolah yen dah iron ke?"
"belum" jawab mama
"kenapa belum iron esok yen periksa"
"kalau periksa pun kenapa?"
"Ye la esok periksa kenalah iron baju nanti kedut"
Amboi kemainkan..baju taknak kedut sebab nak periksa, tapi buku taknak pulak dibacanya..ada-ada je budak sorang ni kan.
Petang semalam dengan gembiranya dia bagitahu mama periksa dah habis. Eh betul ke? Mualimah kata periksa 2 minggu, minggu depan untuk hafazan pulak. Dengan yakin Adrien kata dah habis siap berlari pergi ambil kertas periksa, wah cepatnya dah dapat keputusan, mama pun tengoklah kertas jawapan Adrien tu, senyum-senyum je dia
Amboi cantik kertas soalan periksa kaler-kaler lagi, seronok budak-budak nak jawab mama pun seronok tengok hehehe, tadika sebelum ni kertas soalan putih je. Markah Adrien macam mana? Cara-cara orang tak belajar apalagi mama nak harapkan,puas hati sajalah dengan markah yang Adrien dapat, syukur alhamdulillah..ini peperiksaan pertama Adrien di pasti kan. Akan datang boleh ditingkatkan lagi.
Semalam pun gembira tunjuk kat mama mualimah bagi hadiah katanya. Itu keychain penyu pink tu mualimah bagi. Hari tu mualimahnya bercuti ke terengganu. Bagus mualimah ni ingat semua anak-anak murid. Kadang bagi gula-gula. Adrien bercerita nampak betul dia gembira, alhamdulillah...anak gembira mama pun suka. Hilanglah debaran mama untuk adrien tinggal abg adam pulak tak habis lagi periksa.
Okeh sekarang berdebar sebab tak sampai lagi tempat dituju mama urusetia pendaftaran untuk perjumpaan dengan pengarah di ciast hari ini..7.30 dah ni tapi mama belum sampai lagi, ok perlu berhenti dah nak sampai, mujur ada yang drive hari ni, boleh sambung tulis entri ni.. Oke
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
mak mana tak debar kalau anak2 nk periksa ye kak...
ReplyDeletemcm2 gelagat si adrien ni lah... nk peksa suh iron baju, takmo kedut ye... pastu confident je... msti dia tau dia blh buat itu yg dia compident tu...
bgs lah mualimah yen tu, bg cenderahati kt anak2 murid, walau sekecil mana pun hadiah tu anak2 murid msti hepi klu dpt kan... mcm aiyan, dpt stiker dr teacher nya pun dia dh sibuk cite kt mama n papa... mcm dpt hadiah beso
Amboi adrien dah pandai melaram pergi sekolah ya...Takpe Ilah baru kali pertama...insyaallah akan lebih baik lagi masa akan datang.
ReplyDeleteAkak pulak dah tak rasa debar lagi anak nak pekse...dah lali agaknya.Kalau yang 4 dulu memang kalau dorang pekse akak kena pantau mereka belajar tapi Iman ni akak kurang bertegas rasanya sebab akak kurang faham silibus pelajaran sekarang.Sekadar suruh belajar ....biasanya result nya pun tak se gah abang kakak dia dulu..Akak terpaksa redha.
Cepat adrien dpt kertas periksa. Aimy belum lg kot. Hehehe.. Ke ibu dia yg x cek bg sekolah anak. Xdpt nk ngadap sgt dia belajar, xtau la cemana result pekse dia. Hrp cuti 2 hari ni dpt la semak apa yg dia kene hafal utk ujian lisan nnt.
ReplyDeleteBestnya dpt cendarahati dr mualimah..seronok la yen tu.. Hehe..
Memang berdebar kalau anak preksa.. kdg sangup berjaga sampai pagi sbb terlalu risau (takut alarm tak bunyi). Hihi..
ReplyDeleteHebatlah tulis entri dalam kereta, AA. Saya pun tak mampu buat walaupun tak memandu tau ^_^
ReplyDeleteOh, baju tak nak kedut waktu exam tapi buku biar berkedut dalam beg sekolah ya, Adrien? Hahaha! Kelakar tau budak-budak ni. Ada-ada aje jawapan yang kita pun dah malas nak 'patah-patahkan', ya tak?
hehe budak2 kan..sabor je la..
ReplyDeletedisuh mbca mmg liat..focus 5-10 min je pastu ke laut ^o^
ijat peksa 4 hari je.
ReplyDeletenape ekk?
yes. cikgu bagi bwk balik buku utk ulangkaji tau.
hadoi. memang over rajin buat ulangkaji.
sabo jer la. langsung x nak tido.