Monday 8 May 2017

Keria Gula Melaka

Assalamualaikum...

Cuti 2 hari duduk dirumah sajalah kami, nak kemana pun kan dah 2 hari je cutinya, tapi kan kalau ada yang nak bawa berjalan-jalan 2 hari pun ok je hahaha, tapi harapan sajalah sebab takde siapapun yang nak bawanya. ok takpe kita simpan bajet maklumlah tak lama lagi nak ramadhan dah persiapan ramadhan dan syawal pun memang tak dibuat lagi.

Tema dah ditetapkan..hamboihhh belum pun ramadhan menjengah syawal dulu yang dirancangnyakan, begitulah manusia lemah macam mama ni, ramadhan tetap dinanti, syawal juga tak ditolak ketepi, persiapan pun perlu dirancang awal supaya tak kelam kabut dihujungnya, tema jelah yang dah difikirkan pun belinya tidaklah lagi huhuhu..tunggu bajet itu berkunjung tiba dulu ye. lagipun takde apa sangat yang nak dibeli pun sebab dah tahu apa yang nak dibeli, baju melayu nanti kita terjah je ke pkns tu, inshaAllah ada untuk en.azmi dan anak-anak bujangnya.. baju mama pun senang je beli yang dah siap saja nanti, baju anak dara mommynya dengan rela hati nak sponsor dan dah beli pun..haaa lega dah mama untuk adelya dah settle.

Eheh..tajuk keria gula melaka tapi mukadimah dah cerita raya apa kes mama ni. beginilah ye..dah lama berhajat nak buat keria ni, sebelum ni dah pernah buat masa balik kampung, sekarang ni kononnya naklah buat lagikan, saja suka-suka hajatnya nak buat dan berkongsi dengan jiran terdekat, ye lah pengasuh anak-anak tu rajin juga memberi makanan, sebelum ni mama bagi juga balasan, cuma yang terbaru ni mama tak sempat lagi nak balas. mangkuk jiran sebelah yang adelya bawa balik pun tak dipulangkan lagi.

Pagi ahad balik dari beli lauk dan sayur-sayur, kami singgah kedai jual buah-buahan disimpang jalan. senang dekat sini kedai jual buah-buahan banyak, kedai sayur dan ikan-ikan pun mudah. dan lagi kedai jual bunga pun adooo..sempat jugaklah rembat  2,3 pokok bunga. ok berbalik pada keria mama tadi. mama pun singgah beli keledek, oklah sekilo rm4, pilih punya pilih bayarlah rm10, memang ingat nak buat lebih sikit, hajat dihati tu adalah jugakan, dapat apa yang diingini ke kedai bunga pula lepas tu..kikiki dekat pula dengan rumah, nanti mesti singgah lagi tu.

Balik rumah bergegas ke dapur masak juadah untuk makan tengah hari. cukup sekadar rendang kerang, udang goreng kunyit dan sayur. settle makan semua terus gigih mengerjakan keledek yang dibeli tadi, anak-anak pun menyibuk jugalah didapur bertanya itu dan ini, haii naik geram juga bila kita nak cepat ada je tangan-tangan kecil yang nak menolong sama. buat punya buat banyak jugalah dapatnya tu, dapatlah diagihkan pada jiran tetanggga yang terdekat, takdelah sampai 1 taman hehehe, dapat bagi beberapa jiranlah, tanpa merasa dulu sedap ke tidak terus bungkus bagi anak-anak hantar, sebabnya mereka yang tak sabar-sabar nak menghantar.

Dapat whatsapp dari jiran mengucapkan terima kasih dan mengatakan keria mama tu sedap..tu dia kembanglah hati mama ni. mujur sedap risau juga bagi dekat orang tapi tak sedap kikiki. terus masa makan malam tu cakap dekat en.sombong tu, nanti belikan keledek lagi ye nak jual keria dekat ofis sebab dorang kata sedap. dengan muka takde perasaan en.sombong tu tanya " sapa kata sedap?" ehhh.. lantak dia dengan muka sombong dia tu, dengan bangga mama cakap "jiran-jiran la kata sedap" heheheh..ada adik tu siap suaminya tanya beli dekat mana? haaa...nampak macam orang jual dah tu kikiki..inshaAllah bolehlah jual nanti. haa tengok secara tak langsung jiran-jiran jadi juri pula pada masakan mama kira ok la tu kan, kembang hati bila orang suka .



Setalam keria gula melaka mama ni tau, alhamdulillah rezeki yang ada dapat dikongsi bersama. Anak-anak pun kemain suka, mujurlah mama tengok yang baki dalam pinggan tu kalau tidak en.sombong tak sempat nak rasa hahaha, itupun mama simpan 5 ketul, tapikan ada pula yang dok cakap "alaaa..yen nak satu je lagi" tengok tu tak cukup la tu, sudahnya mama tengok tinggal dekat en,azmi 3 ketul je huahuahua...hmmm nampaknya kena buat lagi nanti, tak sangka pula anak-anak suka. takpe keledek mudah didapati nanti mama buat lagi ye. InshaAllah.

Wassalam

12 comments:

  1. Kalau dekat, saya pun nak order..
    Saya pun dah jatuh hati dgn keria gula melaka

    ReplyDelete
  2. Rajin mama buat kuih ya...dah tentu sedap lah tu sebab anak2 nak lagi.Akak tak pernah lagi buat walaupun tringin,Berjiran dgn Ilah boleh minta seketul 2 :-)

    ReplyDelete
  3. SEDAP TU KERIA GULA MELAKA..COMEL BENTUKNYA BOLEH YAN BUAT JUAL..RAMADAN NI MSTI BNYK PRMNTAAN

    ReplyDelete
  4. kak, pasni try bt keledek pepel lak, msti lawo colornya kak...

    dana ni takat bg idea pandai lah nk bt sndiri kirim slm hehehhe

    ReplyDelete
  5. Hihi...sukalah tu orang puji!....
    Pernah jugaklah buat kuih keria ni, tapi dah lama sangat sampai tak ingatlah bila. Rasanya zaman anak kecik. Tapi masa tu belum ada viral keria gula melakalah. Oleh kerana tak ada org yg puji, maka semangat pun berhenti setakat itu ajelah hihi....

    Kita pulak belum ada mood nak soping baju Raya weyh...

    ReplyDelete
  6. tengok rupa paras pun menarik, tak hitam sgt, just nice..
    mesti rasanya pun sedap..nak cikitttt hihii

    ReplyDelete
  7. Sedapkan AA keria gula melaka ni..
    Rajin AA masak.. anak2 pun suka..

    ReplyDelete
  8. cantik elok gebu keledek akak tu. kalau kira ni takde chemistry dengan kuih. tak pernah yang jadinya hahahaha

    ReplyDelete
  9. Done follow 152
    Nampak sedapnyeee.... ^^ Anak anak memang suka makan ^^

    Saya datang nak jemput join giveaway http://akhalilah.blogspot.my/2017/05/giveaway-by-butik-julita-anje-saya-nak.html

    ReplyDelete
  10. gebu sangat.mesti sedapp sungguh ni.terliur pulak mama.

    ReplyDelete
  11. Oh, itu asalnya kisah keria gula Melaka ni ya! Nasib baiklah cik abangnya dapat juga merasa tiga ketul. Kalau tak sedap, tak akanlah dia minta beli keledek lagikan. Hahaha!

    ReplyDelete
  12. sedap nyer !!!
    cantik rupa paras. confirm sedap rasa nyer, AA :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...