Friday 21 July 2017

Yen tak nak pergi sekolah!!

Assalamualaikum...

Dari minggu lepas lagi adrien ada bagitahu mama dia tak mahu pergi sekolah. Masa mama buat makan-makan minggu lepas pun dia ada cakap-cakap dekat maktam dia yang dia tak nak pergi sekolah juga, mama dengar je dia bercerita dengan maktamnya, maktam bertanya kenapa? dia kata mualimah marah sebab tak buat kerja sekolah.

Pagi isnin tu mama pergi kerja awal, anak-anak en.azmi uruskan hantar ke rumah pengasuh dan hantar adrien ke sekolah, masa en.azmi nak mandikan adrien pagi tu mama dengar dah dia cakap dia taknak pergi sekolah, tapi mama cakap pergi jugak, mulanya menangis lepas tu ok dah siap lambai-lambai lagi masa hantar mama dekat muka pintu tu.

Balik dari kerja macam biasa mama terus ke pasti nak ambil adrien sekali penjaga transit bagitahu adrien takde, eh cuak pula mama tapi masih rilek la ambik phone call en.azmi, rupanya adrien tak pergi sekolah, haiyooo yang en.azmi pun lupa nak bagitahu adrien tak sekolah hari tu dan duduk kat rumah pengasuh je, balik tu sengih-sengih je adrien, mama pun tanya kenapa tak sekolah? katanya dia malas, ok takpe esok mesti pergi sekolah mama cakap.

Pagi selasa pun mama keluar awal en.azmi yang hantar adrien. dalam 8 lebih macam tu dapat whatsapp dari en.azmi katanya adrien meraung-raung dekat sekolah sebab tak nak sekolah, mama dah pelik sebelum ni dia tak macam tu gembira je nak pergi sekolah. En.azmi malas dah nak layan terus tinggalkan adrien dekat mualimah, mama tak sedap hati terus whatssapp mualimah sebab mama sendiri tak tahu apa puncanyakan, sajalah minta mualimah tolong kot adrien nak bagitahu kenapa kan.



hasil dari whatssapp mama dengan mualimah..hmmm itu puncanya adrien tak nak pergi sekolah. Mama tak salahkan mualimah pun, patut juga adrien kena marah biar dia tahu apa yang dibuatnya tu salah, lagi satu mungkin adrien terkejut dan kecik hati sebab sebelum-sebelum ni dia selalu puji mualimahnya baik tetiba kena marahkan terus sentaplah agaknya tu kan hehehe..bagi mama kena marah itu perkara biasalah nak pulak kalau memang kita buat silapkan. jadi tak kisah anak kena marah dengan cikgu.

Balik tu ada juga adrien cakap esok taknak pergi sekolah lagi sebab dia nak pergi selang-selang isnin tak pergi, selasa pergi, rabu taknak pergi pula. mama senyap je dulu lepas habis adrien bercakap baru mama pula bercakap, mualimah marah sebab sayang, mualimah taknak yen buat bising masa belajar mengganggu kawan-kawan nak belajar lepas tu mengganggu mualimah juga. tapi adrien masih berkeras taknak sekolah juga, mama cari idea lagi apa nak cakap. susah juga dengan adrien ni sebab dia banyak soal jawab dan selalunya tegas dengan keputusan sendiri.

"kena marah dengan cikgu tu biasalah, mama dulu pun masa sekolah kena marah dengan cikgu juga tau sebab mama pun nakal juga suka main dalam kelas, tapi mama tetap pergi sekolah.."kata mama pada adrien, "sebab apa..sebab mama tahu cikgu marah tu sebab cikgu sayang kita, cikgu nak kita jadi budak baik kan, adrien kan budak baik"..mencari kata-kata yang sesuai untuk dicakapkan dengan anak ni payah juga nak pulak dengan adrien yang banyak soal jawabnya tau. tapi bila mama cakap macam tu adrien tak banyak soal, cuma dia tanya "mama pun kena marah dengan cikgu, papa pun?" ye..semua pernah kena marah dengan cikgu sebab nakal.

Alhamdulillah sampai hari ni adrien dah ok takde lagi cakap tak nak sekolah, bangun pagi pun mudah tapi mesti mama yang mandikan. pagi-pagi kena sediakan sarapan bergantung pada apa yang hendk dimakannya, tapi anak-anak mama ni mudah je makan pagi-pagi, tak roti nugget, tak pun biskut je. walaupun mudah kadang kalut juga mama, nak pula kalau hari en.azmi out station, nak uruskan budak bertiga tu penat juga pagi-pagi, tahun ni ok lagi tahun depan tiga-tiga dah sekolah, fuhhh..tak dapat mama nak bayangkan macam mana nanti, dengan adelya nya lagi yang tahun depan baru nak mula sekolah, adrien pula dah mula sekolah pagi petang, kena adjust masa lah nanti.

budak yang tegas pendirian, tapi lembut hatinya kalau kena cara memujuknya..mama sayang adrien


Moga adrien baik-baik saja di sekolah ya.

Wassalam

29 comments:

  1. adrien terkejut ea sebab tak penah kena marah dengan mualimah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah e'in terkejutlah agaknya tu sebab sebelum ni mualimahnya baik je hehehe

      Delete
  2. InsyaAllah lepas ni ok lah adrien. Anak2 biasalah mcm ni. kita dulu pun sama kan kak. Ada yg lg teruk. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ana..samalah kita pun, rasanya mama dorang ni lagi teruk dari anak2 nakalnya dulu kikiki

      Delete
  3. Budak2 biasalah kalau ada yang tak kena ,mulalah tak suka ke sekolah.Akak dah rasa pengalaman ni Ilah cuma anak2 akak tak sebut tak mahu pi sekolah...biasanya meragam je lah masa waktu nk pegi tu.
    Insyaallah ....akan dipermudahkan kelak ketika ank2 semua sekolah kelak.Kalau kita bayangkan memang nmpk sukar tapi bila dh lalui ok2 je nnti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah kak moga dimudahkan urusan sekolah anaka2 ni. betul tu kak kadang saya ni bayangkan je lebih2 pada hal takde apa pun heheh

      Delete
  4. Bila tiba2 anak tak nak pegi sekolah ni, mesti ada sebabkan..
    Hehe.. Semua org penah kena marah yen..
    Tapi rugi la kita kalau x pegi sekolah sbb kena marah dgn cikgu kan..
    Mencabar jadi cikgu tadika ni kan..
    Dalam lembut dan mesra dgn ank murid, kalau salah tu tetap kena garang jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah cuma mama ni taknak lah layan sangat bila dia macam tu, tapi takpelah kena marah tu perkara biasakan, cumanya ye lah bila tak pernah kena marah sekali kena marah sentaplah kan, kalau dengan mama ni dah selalu kena marah jadi takde rasa apa2

      Delete
  5. yen2... itulah.... sapa suruh main2 kt sekolh kan dh kene marah....

    bdk2 gitu la kan kak.... takpe lah bila akak nasihat dia terima, klu tak haru jgk lah nk mujuk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 macam tu lah dana, itulah mujur dia nak dengar ckap mamanya ni, gembira je nak pergi sekolah sekarang

      Delete
  6. Comel ja adrien ni kan AA.. budak2 biasalah kadang mcm tu kan..teringat abg Pae masa mula2 tu sllu ckp tak nak sekolah.. huhu.. pujuk punya pujuk akhirnya ok jgk.. kadang kita nak salahkan cikgu 100% pun tak bolehkan..mana tau anak kita pun ada ternakal.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel sangat atie tapi kadang2 tu bikinhati mama membara jugaklah hehehe. ye lah akak memang tak salahkan cikgu sebab tahu perangai anak sendiri macammanakan sebab tu lebih selesa tanya cikgu dulu apa yang berlaku, tak mahu denagr cakp anak je

      Delete
  7. Budak2 kalau tak nak pergi sekolah ada lah sebabnya tu. Sama macam anak saya ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fiza, kita kena selidik juga kan

      Delete
  8. Oh, marah budak tu biasa, kita terangkan apa kesalahan dia, tapi lepas tu kena amik hati dorang semula.
    Budak kan, Tak penah kena marah ngn guru, sekali kena marah terasa plak yea.

    ReplyDelete
  9. hihi sentap dengan mualimah rupanya.. nasib baik yen dah faham kenapa mualimah marah. pasni mesti dah x berani nak main2 kat skolah dah..

    ReplyDelete
  10. hihi kena pandai pujuk balik la si yen ni supaya pergi ke sekolah =)

    ReplyDelete
  11. Kesiannya dia. Dia Budak lagi kan. Belum faham yg sebenarnya.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah yen dah OK. Risau juga takut tiba2 je taknak sekolah kan...Tapi biasanya anak2 ni kalau tetiba je cakap taknak pegi sekolah tu adalah yang tak kena tu. Mujur mama prihatin... Sentap dgn cikgu rupanya ye hehe

    ReplyDelete
  13. Cabaran budak2 kesekolah macam Tu lah. Dulu Syafi pun Ada juga kes macam.ni.

    ReplyDelete
  14. MAcam-macam kan deal dengan anak-anak ni. Dulu pun Hannah masa tadika pun tetiba ada masa yang dia langsung taknak ke sekolah. Rupa-rupanya die takut ade soran teacher ni pegang rotan masa kids tengah solat. Masa tuh die 4 yrs old. Dia tak biasa dengan rotan. Huhuhu..

    ReplyDelete
  15. baru ni, anak saya tadika pasti pun kata taknak ke sekolah. seminggu jgak macam tu. kita risau la kenapa tiba2 tak nak ke sekolah kan. Rupa2nya kes sama macam adrien, kena marah dengan muallimah sebab nakal (ini anak saya tu jawab sendiri bila saya tanya). dah pujuk2, cerita2 konon dulu umi walid atok opah pergi tadika pun kena marah sebab nakal, dia boleh faham alhamdulillah. Semoga anak2 kita makin bijak berfikir. amiiinnn

    ReplyDelete
  16. lama2 ok la tu. Dia cuma terkejut rasanya.

    Jom join chocolate giveaway segment di https://ciknurul23.blogspot.my/2017/07/chocolate-fan-giveaways-by-sii-nurul.html

    ReplyDelete
  17. Yelah tu, pasal tulah agaknya.... dah selalu puji mualaimah tu tetiba pulak dia kena marah haruslah sentap dan bopeng Yen tu hihi...kelakarlah Yen ni. Mmg gitulah budak budak ni Azra, nasiblah dapat mama pandai pujuk, termakan pujuk jugaklah... Patutlah En Azmi selalu main angkat angkat, ni mesti termakan pujukan bini ni hihihi

    ReplyDelete
  18. Xpe...nanti lama² ok la tu yen,terkejut agaknya tu...
    singgah petang membalas kunjungan... :)

    ReplyDelete
  19. Siannya dia. mmg dia fobia tu..
    cikgu mmg tak boleh garang2 sangat dgn kanak2 yg kecik2 ni.
    depa kan baru nak mula belajar..mengarut.. i bekas cikgu u.. tau lah cam ne..

    ReplyDelete
  20. Harap2 yen dah ok ya.. biasalah anak2..mudah kecil hati

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...