Syawal 2017 - open seksyen

Assalamualaikum...

Semalam Jabatan mama buat open seksyen, mulanya nak sewa dewan buat jamuan raya di dewan tapi akhirnya tak jadi. Mesyuarat putuskan buat jamuan raya di ofis saja dan sambutan dibuat by seksyen..kiranya open.seksyen la. Siap ada hadiah lagi untuk deko-deko raya yang menarik. Tengok seksyen lain punya deko raya memang meletoplah dengan atap rumbia,meriam buluh, pokok pisang...dasyattt sangat memasingkan,seksyen mama non hadooo..payah nak buat macam-macam kalau ada yang tak support apa yang kita nak buat, jadinya kita follow je la idea mereka, bukan apa takut dari nak suka-suka jadi malapetaka, bermasam muka, so kita chill chill je..

Memang meriahlah rasa suasana raya disetiap seksyen makanan pun berlambak-lambak siap boleh bungkus bawa balik, tak laratlah perut nak makan banyak-banyak memang kenyanglah. Makan di seksyen sendiri pun dah kenyang, bila pergi beraya ke seksyen lain makan yang ringan-ringan je la tapi kan pagi ni rasa menyesal lak bila teringat menu sedap tapi tak makan semalam,mampu tengok je semalam ko takut meletop pulak perut mama makan banyak-banyak, hari ni berpuasalah mama sebab semalam dah terlebih makankan. Esok konon nak makan-makan lagi, jadi ada baiknya mama rehatkan perut hari ni kan.

Ok jomlah kita tengok kemeriahan raya di ofis mama semalam, rasa malas pula nak karang banyak-banyak..bukan apa jari domok ni asyik salah type je, nak tekan huruf lain tertekan huruf lain keypad enfon ni kecik benor. Dah la layan gambar ye sambil tu mama ceritalah berkaitan gambar tu kalau ada benda yang mama nak bebelkan la


Permulaannya haruslah bergambar diseksyen sendiri, konsep deko-deko persandingan di aidilfitri katanya hehehe,buat ala-ala pelamin je konsepnya dan makan bersila didalam rumah, sayangnya takde rezeki kami nak menang, ye lah seksyen lain lagi cantik kot, tapi takpe kita saja suka-suka kan.


duduklah bersanding sorang-sorang pengantin lelakinya takde hehehe


Biarlah adik berdua ni yang bersanding sempena anniversary dorang ye, huntunglah kawin satu opis dapatlah bergambar sama-sama gitu, kat seksyen mama ni ada 4 orang yang berkahwin dengan orang satu ofis tapi suami mereka seksyen lain-lain la jadi kami panggil je dorang suruh bergambar kat pelamin ni, tapi ada yang malu taknak bergambar, kalau malu takpe kita bagi je pasangan merpati sejoli ni yang bergambar, gembira je budak berdua ni, isterinya tu baru naik dari cuti bersalin haaa.

Moh beraya ke seksyen lain pula...


Permulaan beraya di seksyen pentadbiran dan kewangan, deko-dekonya cantik tapi terlindung pula dengan gadis-gadis cantik.di depan tu, mereka buat replika rumah kampung, memang cantik sangat tapi tak menang juga. mungkin sebab konsep makannya bersila jadi juri tak suka, dari apa yang mama tengok konsep makan bersila tak menang tapi yang konsep makan bersila dan ada kerusi menang, tapi tak kisahlah menang kalah tu sebab kita nak suka-suka je kan.


Ini di seksyen perkhidmatan siap ada photobooth lagi, konsepnya menarik tempat makan ada bersila dan ada yang duduk di kerusi, deko-deko pun cantik.. seksyen ni dapat tempat kedua.


Ini seksyen lama mama, seksyen industri..tengok dorang punya deko memang kebaboomm tapi takde rezeki untuk menang. tu nampak ada pintu gerbang, ada meriam buluh lagi, cantik dan menarik.



Masih diseksyen lama sebab tempat jatuh lagi dikenangkan jadi bergambar lebih sikitkan hehehe..takdelah tadi depan pintu gerbang ini dekat photobooth pula kan, saja nak seronok-seronok, kalau bukan ada jamuan raya tak dapat nak buat macam ni kan semua pakat dok dekat tempat sendiri je. walaupun seksyen lama tapi dah tak pergi pun lepak-lepak sana sejak dah bertukar seksyen ni, bukan apa segan pula nak pergi menempel lepak-lepak kat situkan, macam tak manis pula



ini di seksyen isi rumah, terpaksalah mama cilok gambar yang mereka kongsikan dalam group sebabnya masa pergi beraya tu ruangan ni tak kosong ada tetamu tengah makan jadi macam tak sesuai pulak nak mencelah amik gambarkan, jadi kita pinjamlah gambar seksyen mereka saja.


sekarang kita di seksyen perkhidmatan..haaa kalau nak tahu seksyen inilah yang dapat tempat pertama, nampak macam biasa je deko-dekonya? tak..tak...dekonya cantik dan bertepatan pula dengan seksyen itu sendiri, tempat hidang makanan pun dah ala-ala hotel 5 star okeh siap ada pokok pisang lagi  terpacak, pokok pisang betul ye bukan palsu punya, siap beralas kain batik lagi meja tempat letak makanan tu. Masa juri datang pun ada gimik yang dibuat, memang menariklah mama tengok videonya, siap jadi patung dulu semua orang, bila juri lekatkan kad listing pada replika rumah barulah semua bergerak...hmmm menarik okeh sebab semuanya ambil bahagian dan support idea yang dibuat. bagus-bagus.


Kini kita di seksyen harga, seksyen ini mendapat tempat ketiga sebab kata juri masa mula-mula masuk ke sini dekat tempat kami bergambar ni dah tersedia menanti gadis-gadis manis yang bertutup kepala dengan kain songket ala zaman dulu kala, (inilah idea mama cuma mama nak guna kain batik kemudian selit bunga di tepi telinga tapi hampalah juga takde sambutan kihkihkih) tapi gambar gadis-gadis manis yang juri cakap tu takdelah, ini adanya gambar mak-mak dara manis sajalah, terselit kumbang seekor tu haa penyeri taman hehehe..

haaa amacam meriah tak beraya open seksyen mama ni? tapi mama rasa konsep open sksyen tak best sangatlah sebab dalam satu hari beraya lepas tu banyak makanan yang tak dapat di rasa sebabnya dah kenyang, tahun depan kena ubah konseplah, 1 hari 1 seksyen atau 1 hari 2 seksyen barulah berbaloi nak pergi makan kan. ini macam semalam tengok makanan sedap-sedap tapi tak boleh nak makan sebab perut dah penuh huhuhu nak rasa kuah kacang fattah amin pun tak boleh dah sebab dah kenyang..hahaha kemain menu nama retis lagi.


nah sebelum mama stop membebel terimalah dara pingitan yang sedang menanti tetamu di petang raya..hahaha.. Jemputlah datang rumah


Gambar sangat banyak, letak sikit je la nanti pening tengok gambarkan.

Wassalam


Comments

  1. Amboi meriahnya raya ofis mama ye...seksyen pun seksyenlah hikhik... Keja ke tak tu semalam :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haruslah tak kerja PH, kerja makan saja kami hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasih singgah blog ni mamajue, saya dah follow mamajue juga

      Delete
  3. Uiii..sakan ek Raya, meriah sungguh tu,sia ada kuah kacang fattah Amin lagi, rendang neelofa ada tak? Wakaka.
    Elok sangat cadangan mama tu, buat sambutan raya day by day, atau pun dalam seminggu tu dua atau tiga seksyen yg buat,next week seksyen lain plak, barulah tk membazir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sakanlah kak, itulah siap ada nama fattah amin, nelofa takde kak takut bergaduh ehh hahaha.

      betul kak kalau tak buat sekali rasanya takde pembaziran kita yang nak beraya ni pun seronok dapat makan ini sedih je tengok makanan sedap tapi takleh nak makan dah sebab kenyang

      Delete
  4. meriahnye kak.. best betul..

    ReplyDelete
  5. Wah.. Meriahnya raya ofis kak lah..
    Siap ada pertandingan lagi..
    Satu seksyen ada berapa org?
    Menyesalkan bila tak rasa makanan yg sedap sbb perut dah kenyang.. Ira pun rasa cam rugi nye tak makan.. Haha..tapi sbb perut da kenyang, xleh nk masuk da..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah sangat.
      setiap seksyen anggotanya tak sama, macam seksyen kaklah ada 20 lebih je orang nya, kalau ada sambilan ramailah, seksyen lain ramai sikit sebab campur dengan sambilan.
      betul tu rasa terkilan je tak dapat makan makanan sedap2 ahahaha

      Delete
  6. MERIAHNYA SAMBUTAN RAYA OFIS YAN...SPORTING SEMUA RAIKAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu PI sporting semuanya dan meriah

      Delete
  7. Happening nya sambutan Raya. Seronok bergambar Kan kalau dh dihias gitu cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mamapp bukan nak makan sangat tapi nak bergambar je lebih

      Delete
  8. menariknya jamuan raya ofis macam ni. meriah sungguh. siap ada hadiah bagai. selamat hari raya ya.

    ReplyDelete
  9. Akhir-akhir syawal open house masih lagi rancak berjalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah hujung2 syawal pun masih banyak open house

      Delete
  10. Bestnya ada deko deko...saya suka betul benda benda mcm ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la nini seronok macam ni siap ada pertandingan untuk deko2 lagi, sebelum ni ada deko2 juga tapi takde hadiah, tahun ni ada hadiah pula lagilah meriah

      Delete
  11. Aduh..... tak tahan tau tengok gambo paling bawah tu.... Dengan ucapan ...masih dara kah? haha...
    Alahai seronoknya.... Memang meriah sungguh tu. Teringat dulu dulu masa kerja. Yang paling best, time deko deko macam nilah, sebab tak payah buat kerja hihi...
    Betullah Azra, kalau perut dah kenyang, makanan sedap macam mana pun kita tengok pun tak teringin. Esoknya baru terbayang bayang....alahai ruginya semlm tak makan makanan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehemmm ucapan tu kena jawab dalam hati la hahaha

      betul tu sibuk berdeko-deko tak payah kerja hahaha boleh goyang kaki kejap.

      itulah dah kenyang tengok makanan sedap pun dah tak selera, tapi masalahnya dah malam termimpi2 pulak kikiki

      Delete
  12. Tengok gambar tu memang meriah open seksyen ini siap ada pertandingan ya.
    Di office Mrs. A sekadar makan-makan dan karaoke ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan2 dan karaoke pun meriah juga mrs A, sini pun ada seksyen yang siap ada karaoke tapi mama tak sumbangkan pun suara yang sumbang ni

      Delete
  13. Meriahnya open house AA... semua nampak happy ja, sporting... kami buat port luck raya ja baru2 ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah atie..semua pun sporting

      Delete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts