Syawal 2017 - duit raya, basikal raya

Assalamualaikum...

kecik-kecik dulu mama jenuh keliling kampung masa raya sebab nak kumpul duit raya. tu puntakdelah nak cecah ratus walaupun jenuh beraya. paling besar yang mama dapat pun 50sen, kebanyakannya bagi 10sen, 20sen..pun bersyukur dengan rezeki yang ada. Tak macam sekarang duit raya kumpul dalam serumah pun dah cecah ratus..huhuhu, yelah dulu-dulu mananya mama ada mak-pak sedara yang dekat-dekat, sekarang ni anak-anak buah memang tiap-tipa beraya dengan kami, jadinya banyaklah dapat duit raya.

Arwah ayah dan arwah mak merantau ke Pahang duduk felda, dulu-dulu memang susah. nak balik kampung waktu raya memang tinggal harapan je lah sebab nak kena naik banyak kenderaan sebab kami takde kereta sendiri. nak keluar dari felda dah kena sewa kereta, ambil bas pergi KL, dari KL ambik keretapi uhhh mencabar ehhe teringat pulak cerita-cerita lama. tapi memang mencabarlah nak balik kampung dulu-dulu, seingat mama pernah beraya dikampung sekali je. lepas tu memang kami beraya di felda sajalah, suasana pun lebih meriah sebab kita kenal jiran-jiran kita kan.

Bab duit raya ni terpulanglah kepada bajet masing-masing untuk beri pada anak-anak kan, yang penting anak-anak gembira dan niat kita pun nak gembirakan anak-anak dihari raya. macam mama ni tiap-tiap tahun jumlah duit  raya untuk anak buah memang sama je tak pernah berubah lagi, untuk anak-anak sepupu dan kawan-kawan pun sama, tapi setiap tu jumlah mestilah berbezakan. teringin juga nak bagi duit raya banyak-banyak, tapi budak kecik mana boleh pegang duit banyak-banyak nanti buat pegi kedai beli aiskrim ja ahahaha..cakap je lah mama bajet ko ciput.


Beratur masing-masing nak duit raya, pada halnya ini hanya lakonan semata-mata sebab nak ambik gambar. sebenarnya makngah yang nak bagi duit raya time ni tapi makngah belum bersiap mommy yang ambik alih. ini saja-saja je untuk bergambar, yang betulnya dibawah hehehe..yang pakcik tu pun saja berlakon pada hal dia bukan dapat duit raya pun, saja nak masuk barisan. tu saja tu susun dari kecik ke besar kalau tak kejadian sebelum huru-haraaa, jenuh susun baru berjaya jadi macam tu huhuhu..sebab nakkan gambar je..


Tengok tu yang memberi duit raya bersusun dari hujung sinun ke hujung sini membentuk L dah, yang memberi lagi ramai dari yang menerima, memang seronoklah anak-anak. Dalam satu rumah ni je dah cecah ratus. Abang darwisy dengan abg adam la yang paling best sebab makngah bagi duit raya double bonus sebab puasa penuh. ibu pengasuh pun bagi duit raya lebih dekat abg adam, seronok abg bila kira duit raya dia dapat berapa. dah tu abang pergi jalan-jalan raya lagi. Adrien dengan Adelya pun banyak juga, cuma kurang sikitlah dari abang adam. Pulak tu, duit raya mamapa, mak pak sedara tak kongsi,bagi asing-asing haa lagi banyaklah memasing dapatkan. syukur alhamdulillah rezeki anak-anak, masukkan dalam tabung memasing.

Alhamdulillah...rezeki hari raya dapatlah juga anak-ank berbasikal. abang adam ambik basikal di kampung, memang basikal tu pakjang belikan. dah lama kali ini mama angkutlah bawa balik rumah. balik dari kampung tu memang penuhlah kereta dengan beg baju dan basikal lagi. Sampai dekat-dekat rumah singgah kedai basikal sebab nak tukar tayar basikal abang, sekali adrien adelya pun mengamuk nak basikal tak sempat tunggu esok dah, mama malas nak beli lagi sebab kereta penuh sangat dah, tapi dah tak sabar sangatkan beli jugalah memandangkan dah nak sampai rumahkan. bersempit jugalah dalam kereta tu dengan 3 bijik basikal, layan je laaa...



Alhamdulillah legalah semua dah dapat sorang sebijik basikal, tak tunggu lama petang tu juga semua pakat berbasikal, oklah kan dapat bermain basikal dengan kawan-kawan dah, takdelah asyik nak ambik basikal kawan je. pergi mengaji pun bawa basikal, senag jugalah kalau mama nak suruh ke rumah jiran yang jauh sikit kalau ada basikal ni, kalau tak sebelum ni berjalan kaki jauh juga kesian kadang sampai rumah mencungap sebab berlari.

Dah habis ke mama cerita raya? hmmmm...ada lagi kot, minggu depan jamuan raya opis haruslah mama up nanti, kebetulan mama puasa nak abis dah, boleh lah sambut raya sekali jamuan opis minggu depan, macam meriah je. ahad ni ada kawan nak datang rumah, cemas pulak mama nak masak apa nanti ye?? eh...bukan open house tau, kawan nak datang je,tapi kenalah masak-masak jugakan. kawan-kawan yang dialam maya mama ni kalau nak datang boleh je,buat biras mama ira, bawalah aisyah dan aimy datang rumah makngah ahad ni. tapikan bersila atas tikar mengkuang je tau sebab rumah mama takde sofa..huhuhu

Tunggu mama buat kerusi pulak, tu kayu banyak tu mama nak buat kerusi pula hahaha... Kerusi macammana tu kena tunggu, tapi tak tahulah bila jadinya sebab en.azmi sibuk ke sekarang ni, ramai pula orang yang berpindah, takpelah rezeki juga tu ka.


Wassalam

Comments

  1. zaman sekarang budak-budak dapat duit raya terus buka tengok kat situ juga..

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Masa Ana kecik2 dulu satu kampung ronda nak beraya dan kumpul duit raya, tak sampai rm100 pun jumlah semua. Compare dgn budak2 zaman skrg. Hehe

    ReplyDelete
  3. best laa ea dapat basikal baru sorang satu.. tapi betul laa kak.. kite dulu kemain excited nak round collect duit raya.. tapi sekarang ramai budak-budak dengan gadget aje.. nak nampak dorang raya takde sangat.. huhu

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Untung budak2 skg kan..
    Ira dulu pun duit raya x penah cecah ratus2. Dapat rm40 tu pun da seronok sgt rasanya.. Bila dgr kwn2 cerita diaorg dpt duit raya 100 lebih.. Kagum rasanya.. Haha.. Budak2 hingusan masa tu..

    Duit raya anak2 masuk tabung je kot, xde plan nk beli apa2 utk diaorg. Walaupun aimy ada dgr abg adam ada basikal, dia pun nak juga.. Ibu dgn ayah buat pekak je.. Hehehe..

    Bestnya nk abis da puasa.. Ira ada 3 hari lg. Hr ni jamuan raya, minggu depan la sambung nmpknya..

    InshaaAllah.. Kalau berkesempatan.. Sbb ada jemputan lain juga ahad ni..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki anak2... Dapat duit raya, dapat basikal raya :D

    Betul lah, dulu2 dapat 50 sen kira besar dah nilainya kan..siap bgtau kawan2 suruh pergi rumah tu, tuan rumah bagi duit raya banyak hehe...

    ReplyDelete
  6. wah2 dh selamat jd basikal duit raya nya yek...
    dana tak kira lg duit raya aiyan.... edy kata pas2 gaji nnti lah kite kire hehehhe

    selalunya mmg msk tabung je, thn ni tak tau lah

    ReplyDelete
  7. wah banyak anak2 ya dpt duit raya tu Alhamdulillah rezki mrk dpt berbasikal baru

    ReplyDelete
  8. Hahaha gambar lakonan mestilahlagi cantik dari gambar sebenar....ekeke

    Wahhhh bestnya dapat basikal...seronokla nnanti petang petang boleh berbasikal kan

    ReplyDelete
  9. Mama AA..
    Saya pun sama masa kecik2.. beraya sampai ujung kg pun blom tentu dpt lebih dari RM20. Bebudak skg dpt RM5 pun dikata kecik (teringat status kenalan fb sy smlm).

    ReplyDelete
  10. Hehehe....comel je semua beratur kutip duit raya walaupun berlakon :)

    ReplyDelete
  11. wahhh...dapat basikal baru..raya ni memang budak2 paling happy kan kak..apalagi nak collect duit raya ni..hehe

    ReplyDelete
  12. Iman pulak sebab dia sorang yang kecil kat rumah ni,raya dia dapat lebih .Bukan beraya sangat pun tapi sedara2 yg dtg je yg bagi.Alhamdulillah cukup lah dia beli henpon utk keperluan dia....yg murah je Olah.

    ReplyDelete
  13. dulu x penah dapat join kawan2 keliling kampung.. sbb x kenal pun sapa2 area situ.. jadi dok rumah ja tengok jela depa ngutip duit raya..

    ReplyDelete
  14. Duit Raya ank2 simpan ptptn, dr dulu bust camtu, ank ramai ni camnilah mama Yan, nasib baik dorg redha je, hehe.
    Wow bestnya smp dpt beli basikal Raya ni, mmg berbaloi2 lah rayanya budak bertiga tu kan.

    ReplyDelete
  15. ingat pun nak beli basikal, belum sempat lagi. maybe minggu depan

    ReplyDelete
  16. Mmg dulu2 mencabar.. Tp y mncabar itulah seronok n jd kenangan bila diingati.. Skrang smua mudah.. Jln raya elok.. Byk sgt kemudahan tu..


    Alahh..comeynyer bersusun tu. Hehe..
    Alhamdulillah..rezeki

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts