Friday 14 July 2017

Biru mata hitamku

Assalamualaikum...

Kemain membara semangat mama ni ha berkobar-kobar je kan, siap beli seluar dan kasut sukan, tapi tak tahulah macammana rupanya dihari kejadian esok. Esok akan diadakan SUKPES sukan dalaman DOSM selangor. Kami dibahagikan kepada 4 rumah sukan. Mama rumah apa? Tengok tajuk mesti.dah tahu kan. Mama rumah biru la.

Semangat tau sebab dah lama tak join sukan-sukan macam ni dulu rajin la juga. Selalu main futsal masa bujang-bujang dulu, masa awal-awal kawin aktif lagi, en.azmi pun support malam-malam teman main futsal tunggu la tepi gelanggang tengok isteri dia ni menyepak bola. Best lah waktu tu enjoy je masing-masing. Saja buat aktiviti setiap bulan, main pun takdelah bersungguh mana gelak je lebih tapi bestlah.

Ini untuk sukan esok nama mama ada untuk 3 game futsal, bola jaring & ping pong, kalau tak bola tampar pun ada nama mama, ko dah kenapa mama??? Gila kuasa??? Hahaha sedar diri sikit dah tua, esok kang tak pasal-pasal kejang urat saraf..kahkahkah mujur bola jaring main dipadang lain kalau tak letak gak nama tu. Ye lah susah nak cari pemain kot, ada 1 rumah tu lagi kesian ahli wanita ramai yang injured dan mengandung, pening cari pemain.



Nahhh mentang-mentang rumah biru, kasut pun biru kebetulan je ni ada sale masa tu yang ada pun 2 kaler je mama ambik yang ni kalau ada pink mama ambik pink dah tapi takde. Inipun beli sebab kononnya nak aktif balik berjoging dan nak join #fitdosm itu yang semangat tu ye lah dah kertu ni kenalah jaga kesihatan kan, bukan nak kurus tapi nak sihat inshaAllah. Mana tahu nak buat geng sukan taman pulakkan hehehe.. Okeh semoga mama berjaya untuk esok bukan berjaya menang tapi berjaya bersukan hahaha mana tahu tetiba gelabah biawak datang terus tak jadi bersukan. Moga-moga juga urat tak alami kejutanlah esok sebab takde training tapi nak bersukan..adoiii

Oh ya dalam entri sebelum ramai nak tengok mama sekeluarga yang berbaju biru dimalam raya setaman tu kan..alahhhh bukan taknak ambik gambar tapi kami pakai baju recycle yang raya tahun lepas je, ada sape-sape ingat tak baju apa? Olohhh tak ingat la tu ye lah mama tak fofuler kannn marilah mama tepek gambar lama kot Puan Hazel boleh bagi markah kikiki...agak-agak berapa bintang mama boleh dapat ni Puan Hazel? hehehe... tapi gambar lamalah ye



Haaa...ku lihat biruuu...hehehe. Inilah baju sedondon yang dipakai malam tu. Amacam..cun tak mama? Hahaha.. Ok lah nanti mama membebel lagi nak pergi sucikan hati pulak di pagi jumaat yang indah ini. Nak dengar ceramah ustaz abdullah khairi sekejap. Nanti mama boleh share apa yang mama dapat nanti.

Wassalam

7 comments:

  1. waaaa.. good luck kak.. :)

    ReplyDelete
  2. Good luck Ilah...semoga semangat bersukan akan berterusan.Nu mesti pelajar aktif masa time sekolah dulu.

    ReplyDelete
  3. wahh bersukan..good luck akak semoga menang se…ua kategori haha.. imm dah lameeee tak sukan. nak lari2 anak pun mengah hoiii

    ReplyDelete
  4. WAH RAJIN BERSUKA BAGUS TU UTK KSHTAN

    ReplyDelete
  5. Good luck AA...semangat biru tu..hehee.. chaiyokkk... :)

    ReplyDelete
  6. Wahh..ini bru btl² bersemangat..


    Hehe. Lya igt bju dress biru tu. Cantik.. Recycle pom ok.. Selagi elok dipakai kan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...