Monday 24 July 2017

Duit raya

Assalamualaikum...

Alhamdulillah murah rezeki anak-anak mama banyak juga duit raya yang mereka dapat kali ini tapi lebih kurang sama jugalah dengan tahun-tahun sudah. Buat apa dengan duit raya tu? Biasanya akan beli barang yang mereka mahu dan selebihnya disimpan. Ada mama baca dimana entah mama dah lupa, katanya duit raya anak tu belilah barang yang mereka mahu dan separuhnya disimpan, kalau  tak betul maaflah sebab mama lupa,cari linknya tapi tak jumpa pula

Macam tahun ni anak-anak nak basikal jadi separuh duit raya mereka beli basikal cuma abg adam dah ada basikal jadinya belikan dia kasut yang dia nak. En.azmi kata nanti ganti baliklah duit raya anak-anak tu sebab katanya macam tak sampai hati je beli barang anak guna duit raya anak-anak tapi sebabkan anak-anak tak sabar sangat dah nak basikal tapi papa takde bajet lagi guna la duit anak-anak dulu. Bulan julai banyak pula duit nak guna, roadtax kereta pun tamat bulan ni, macam-macam lagilah kan kegunaannya. Separuh lagi masuk tabung.

Semalam anak-anak bertanya tentang duit raya mereka, mama kata masuk tabung haji senang nanti kalau nak pergi haji,mana tahu rezeki anak-anakkan dapat pergi haji awal. Mama kata "mama simpan tabung haji tu senang nanti kalau mama tak sempat pergi haji abg, yen dengan yaya boleh pergi Mekah sama-sama". Mama tolong simpankan je duit untuk anak-anak mama, memanglah hajat hati tu nak pergi dengan anak-anakkan tapi kita ni merancang yang sebaik-baik perancang tentulah Allah. Tapi bila dengar mamanya cakap macam tu abang adam laju je cakap taknak pergi "eh kenapa abang taknak pergi pulak?" "abang nak pergi dengan mama" katanya sedih..aduhh abang ni mama cuma cakap sajalah.

Sudahnya semalam mengikut je mama dengan muka sedih, mama dengar je anak-anak bercakap masa tu."abang ni kenapa ikut mama je, jomlah main" kata adrien. "abang taknak..nantikan kalau mama masuk tanah kubur kita tinggal 3 orang je" ahahaha..sudahlah abang ni sensitif sangat jiwa tu tau, inshaAllah abang doakanlah mama ni panjang umur mama nak tengok anak-anak mama berjaya, tapi kalau dah sampai ajal mama tu tak bolehlah kita nak tahankan. kelakar je bila ingat balik, solat pun dengan mama kat sebelah kalau tak solat sendiri je. Tengok darikan nak cerita pasal duit raya dah cerita sedih, ini abang adamlah yang punya pasal ni hehehe tak pasal-pasal sedih.


abang adam dan adrien masa join simulasi haji tahun lepas, tahun ni takde dah. ingat nak masukkan adelya pula tahun ni tapi macam tak kesampaian je. takpelah adelya lain kali mungkin ada rezeki ye.
ini simulasi nanti inshaAllah abang pergi betul-betul ye dengan adik-adik, ok mama papa sekali.

wassalam

21 comments:

  1. Bila hari raya ni anak2 lah yang suka sebab dapat duit raya.
    Dalam keluarga pakcik pulak, emak pakciklah yang paling banyak dapat duit raya. Anak2 semua bagi. Berpuluh2 cucunya dah kerja semuanya bagi duit raya.

    ReplyDelete
  2. Boleh tahan juga banyaknya tu... dapat beli basikal... alhamdulillah kan... dapat memenuhi hajat mereka.

    ReplyDelete
  3. masa kecik2 dulu pun cenggitu. dapat duit rasa sikit saja mak kasi pegang sendiri and beli apa yang nak. selebihnya memang tabung haji juga.

    ReplyDelete
  4. Alahai abang jiwa lembuy sangat kan AA.. cute ja gaya depa adik beradik ni. Syukur bila dpt menabung utk anak-anak, duit raya depa pun simpan sekali. Samalah kami pun simpan kan duit raya abang PAe kt Tabung Haji gak. tiap tahun dah jadi rutin... alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. Anak2 akak Iman je lah yang dapat lebih sebab dia sorang yang kecil.Yang besar ada lah sikit .Akak ni dah jadi orangtua ,ada lah juga yang bagi ....beratus juga lah.

    ReplyDelete
  6. Akk duit Raya ank2 suami masuk ptptn, cuma thn 2015 tak dpt masukkan sbb duit kkena kebas dgn pencuri pecah masuk rumah,habis disapunya.

    Hihi, nak gelak pun ada ni bila baca pasal abg Adam yg takut kehilangan mama tu, sayang sungguh kt mama ye abg Adam, ank yg soleh ni.

    ReplyDelete
  7. COMELNYA ANAK2 SOLEH YAN...DUIT RAYA REZKI ANAK2

    ReplyDelete
  8. Byk duit raya mrk tu AA..
    Mcm sama pulak dgn nabil nak basikal ..
    Jadi belikan guna duit rayanya..

    ReplyDelete
  9. duit raya ecad e'in simpan kat sspn-i..

    ReplyDelete
  10. duit raya aiyan tak kira lg kak... pas raya ni baru nk kira nih...

    selalunya mmg dana simpan dlm bank terus.... tgk lah kalau ada rezeki kot dia nk beli apa2 kn... tp selalu jarang nk pakai duit dia.. syg lak

    ReplyDelete
  11. Duit raya aisyah dgn aimy tak simpan lagi dlm tabung haji. X sampai hati nk guna duit anak2 utk beli apa yg diaorg nk. Mcm aisyah tak reti mintak lagi.. Aimy masih boleh kawal.. Kalau dia berzikir kat telinga ni tiap hari, beli jugak kot apa yg dia nak tu pakai duit raya dia.. Hehehe..
    Ira simpan kat tabung haji bkn utk pegi haji je.. Utk diaorg belajar jugak nnt..sbb ira mmg x amik insurans utk diaorg. Tu je mampu..

    ReplyDelete
  12. ana pun masukkan duit raya syafi dlm tabung haji. dr dia lahir semua duit masuk dalam tu. mana tau rezeki Allah nak bg awal dapat jadi tetamuNya kan.

    ReplyDelete
  13. lebih baik untuk simpan..nak merasa belanja duit raya pun boleh tapi jgn byk2 sangat la kan...

    Insyallah moga kita semua berkesempatan ke rumahNya, Makkah AlMukarramah..

    ReplyDelete
  14. Saya pergi beraya tapi tak ada orang nak beri saya duit raya.

    ReplyDelete
  15. Syafi punya suit Raya tak Kira lagi. Tahun lepas punya pun Ada lg x masukkan lg dlm tabung hj haha

    ReplyDelete
  16. comel je budak2 ni acah2 pakai kain putih untuk ihram. duit raya anak2 saya pun masuk Tabung Haji, senang kumpul siap2 mana tau rezeki dorang boleh gi haji masa muda kan.

    ReplyDelete
  17. Ramai betul orang kat tbung haji baru baru ni...suma pakat p simpan duit raya...hihi

    ReplyDelete
  18. Eloklah tu Azra...simpan dlm Tabung Haji tak payah nak risau pasal zakat. Budak budak kat sini, dulu masa kecik kemanalah menghilangnya duit depa agaknya. Hihi... Mcm tak de simpan je gamaknya....

    ReplyDelete
  19. seronoknya... duit raya dapat banyak tu.. hmm.. sofea dulu masa tadika join simulasi haji juga.

    psstt.. salam kenal dan follow sini...

    ReplyDelete
  20. Bila sebut duit raya, teringat pula duit raya anak bongsu akak, tahun ni langsung tak kira, dia kira dan simpan sendiri.

    ReplyDelete
  21. Sensitifnya jiwa abang..
    Samalah macam sha juga.. Tak sampai hati nak guna duit anak-anak..
    Selalunya memang simpan semua duit dia..
    Kalau nak apa-apa, beli pakai duit sha.. hehehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...