Hujung minggu kami

Assalamualaikum...

Ahad pagi walaupun kaki dan tangan ada sikit-sikit sakit kesan dari main bola jaring dan pingpong tapi gigih juga memasak sebab ada kawan kata nak datang rumah. Nak tengok rumah baru mama katanya. Alang-alang masak mama masaklah lebih sikit pada hal yang nak datangnya sorang je. Dah alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ketiak masam.. Eheh ke situ pulak mama, masak lebih ajaklah adik-beradik yang berhampiran datang, adik-beradik mama dan en.azmi sekalilah.

Sedang sibuk didapur sekali kawan mama wasap kata tak jadi datang..hmm takpelah nak buat macam mana kan, mujur dah ajak adik-beradik kalau tak mengadaplah bihun sup, nasi impit, rendang tu 3hari 3malam hehehe..takde kecewa pun walau kawan tak jadi datang, berlapang dada sajalahkan takkan nak paksa, mama pun cakap ok je takde pun cakap dah masak ke apa takut kawan serba salah pula kalau tak datangkan. Lainkali sajalah kan kita jumpa.

Kek aiskrim untuk besday abah, abah baru 24 kenapa tulis 42 ni, kata abah huh perasan muda ke abah hehehe
Pukul 4ptg adik-beradik mama sampai, riuhlah rumah, abg aliff (anak buah mama yang sulong) belanja kek sebab besday abahnya semalam, ramai-ramai.sambut kat rumah mama, sajalah tu sambut dekat rumah mama sebab nak bagi anak-anak mama makan kek, abg aliff beli kek aiskrim apalagi bertambah-tambahlah makannya, sempat jugalah simpan sikit untuk tetamu berikutnya, itupun dapat sepotong je sebab anak-anak pun join makan kek lagi. Adik-beradik mama balik dalam 6 lebih, kemudian sambung dengan adik-beradik en.azmi pula, seronok terima kunjungan tetamu, walaupun mama masak biasa-biasa je tengok dorang makan kembang juga rasa hati..heheh

Beratur makan kek, kusyuk je memasing
Alhamdulillah...lega makanan yang mama masak habis juga, bukan apa risau takde yang datang tak habis dan membazir pula nanti. Itupun sempatlah mama merendang kali kedua. Hehehe..yang 1st buat tu macam tak cukup mama buat lagi sikit, alhamdulillah dah tambah tu memang cukup-cukup, maktam pun sempatlah bungkus bihun sup dan rendang. Bagi tukang masak ni takde apa yang gembira melainkan tengok juadah yang dimasak habis dimakan sedap tak sedap belakang kira yang penting habis hehehe

Bihun sup mama...kira bolehlah rasanya hehehe

Lepas tetamu balik sibuk mengemas pula, tapi tak banyak dah yang hendak dikemas sebab pinggan yang digunakan tetamu basuh sendiri kikiki...mama tak guna pinggan pakai buang guna pinggan dan cawan yang ada je, lagipun tetamu bukannya ramaikan, tapi baguslah tetamu mama sebab basuh pinggan dan cawan sendiri. Teringin tu memang teringin nak buat open house tapi kata en.azmi nantilah tunggu rumah dah siap buat betul-betul baru nak buat kenduri. mama ok je..

Wassalam.

Comments

  1. wlpun penat tapi puas kan dpt beri org makan..sedap sgt nmpk kek ice cream tuuuu

    ReplyDelete
  2. Akk pun tkde buat open house, kalo ada adik ipar, kakak ipar bgtau nak datang, kita masak apa patut.

    Betullah tu mama Yan, seronok kalo apa yg kita masak habis, lega kan. Sedap take sedap lain cerita, tapi biasa kalo makan kt umh org semuanya sedap.

    Tu meehuun sup tu nampak sedap sangat tu.

    ReplyDelete
  3. kira oklah gini kak... dpt jgk menjamu sedara mara... takpe tak bt openhouse, nnti umah dh betul2 lengkap jgn lupe jemput dana seklai

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Ada rezeki kami nk merasa rendang yg marbeles tu.. Hehe.. Icong makan x toleh kiri kanan, laju je..

    Itu la.. Seronok tetamu dtg, seronok juga bila tgk org selera makan kan..
    Teringin jugak nk ajak org dtg rumah, tp rumah kecik + x pandai masak.. Tapi kalau org ckp nk dtg rumah, dialu-alukan je.. Tapi kene roger dulu la.. Kalau main terjah, dpt air bujang je la.. Hihi..

    ReplyDelete
  5. Saya biasa juga hadapi situasi tu.. (kwn kata nak dtg tp kansel). Siap beli pinggan baru takut tak cukup (maklum baru pindah masa tu). Kekeke.. rupa2nya tak jd dtg pun.

    ReplyDelete
  6. Seronok jugak adik beradik dekat, boleh jumpa2 dan makan2 selalu.
    Macam imm ni, adik beradik semua dok luar, tinggal kite sorang je jd penunggu setia kelantan haha

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, alang2 sampai ketiak masam mama tu, berbaloi juga sebab semua makanan habis. hihihi. Rezeki adik beradik la tu dapat makan masakan mama ni. Selamat Hari Raya ya. Lagi beberapa hari je nak habis syawal dah.

    ReplyDelete
  8. Haish...tak sabarnya nak tunggu awak bukak rumah Azra hihi.... Jgn terkejut tau kalau i tetiba terjah rumah. Ai kan ada alamat you hihi....
    Nasiblah adik beradik dekat ye Azra, boleh mintak tolong depa settle hihi....
    Kek aiskrim tu tak payah mintak tolong depa mmg tau tau sendiri settlekan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. terjah jangan tak terjah tapi bagitau dulu jangan terus depan pagar je kang ada yang macam mak lampir tunggu depan pintu kang hahaha

      Delete
  9. bihun sup tu memang mengiurkan pehhh hirup sup sekali

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts