Tuesday 4 July 2017

Syawal 2017- raya pertama

Assalamualaikum...

Arwah mak dulu-dulu kalau hari raya je awal mak bangun, buka pintu tingkap semua pagi-pagi tu, siap mandi sunat hari raya lagi.Hari baik bulan baik perlu dirai selepas sebulan berpuasa katanya. 1 syawal hari tu, mama bangun awal juga iron baju seisi keluarga, keluarga mama sajalah yang lain sila iron sendiri kikiki. Lepas tu panaskan rendang dan kuah kacang. Ibu pula dah bersedia nak masak lontong.

Selesai semua kerja baru kejutkan anak-anak. rumah pun dah mula riuh diawal pagi tu dengan suara mak-mak yang bising bak murai suruh anak-anak mandi dan bersiap. Bila dah lengkap semua, makan dahulu hidangan yang dah disediakan sebelum ke masjid, Hero-hero mama ikut en.azmi ke masjid, mama dan adelya tak ikut tunggu dirumah saja.

Kali ni tak sempat nak bergambar ramai-ramai macam tahun sebelumnya sebab ada tetamu yang datang awal, kawan ibu dan abah kemudian mereka ikut kawan mereka berjalan ke rumah jiran. Sudahnya kami bergambar sajalah sikit-sikit ehh gambar tetap ada juga ye, walaupun tak cukup korum, bergambar yang mana ada sajalah.









   
















Kami berlima saja, sepatutnya berenam cukuplah kami geng gugurl tapi ibu dah pergi berjalan jadinya berlima sajalah. geng lelaki dah bosan didalam rumah menunggu nak pergi berjalan raya. kebiasaannya mama dan adik beradik di hari raya ni memang akan pergi beraya ke rumah jiran, bawa suami dan anak-anak, walaupun mak ayah dah takde tapi silaturahim dengan jiran tetangga lama jangan dilupakan, kita dari kecil dengan mereka kan. pun begitu ada juga yang telah pergi mengadap Ilahi, tok guru mengaji mama dah pergi tahun lepas, makcik depan rumah pun dah takde.


Ada juga la gambar mama berdua dengan anak dara sorang ni, gambar dengan abang-abang non hado sebab dua-dua sibuk beraya, adrien raya sekejap pastu balik, abg adam dengan sepupunya kemain beraya kutip duit raya hehehe..banyak juga dapatnya tu, rezeki abanglah kan sebab rajin berjalan raya, haaa ini barulah raya abang, bukan duduk rumah tengok tv je, pergi jalan-jalan rumah jiran walaupun jiran mama, takpe pergi je hari rayakan, lagipun atok-atok dengan nenek-nenek tu semua tahu abg anak mama.



ini 2 orang je cucu perempuan sebelah family mama, kemain dua-dua pun bergaya tu. Arwah tok dan wan, anak-anak ramai perempuan mari kat cucu ramai lelaki pula. cucu perempuan yang ada tu kakak daeisha tu oklah nampak la macam gigirl, kalau adelya tu hmmm..bak kata abah muka je comel tapi garang bukan main kikiki, jumpa pakjang bukan nak salam siap dia cakap "tumbuk nak?" aduhh anak dara mama ni jangan garang-garang sangat ye. Baju sama je dua-dua ni, sekali dengan mommy sama, mommy yang belikan mama ok je cuma mama je la tak mampu nak pakai bukan takleh beli tapi macam segan nak pakai baju kepok-kepok gitu heheh.

sedang sibuk bergambar en.azmi bagitahu familynya nak bertandang nanti, okeh moh bersiap sedia. panaskan apa yang patut, isi kuih yang kurang dan tambah-tambah apa yang patutlah sementara tetamu belum sampai. memang mama jemput FIL datang beraya, dekat je kan senanglah nak berkunjung, macam tahun-tahun sebelum ni jugalah saling kunjung-mengunjung. tapi gambar takde pula sebab enfon entah campak ke mana pun tak tahu lah.

Lepas FIL datang beraya mama,en.azmi dan anak-anak ikut mereka beraya ke temerloh pula, ke rumah saudara abah mertua. Rumah yang biasa kami pergi setiap tahun cuma 1 rumah tu ini pertama kali kami pergi. sebelum ni tak pernah pergi. oklah kan dapat kenal lagi saudara yang ada. itulah pentingnya hari raya ni kita ikut orang tua beraya supaya kita dapat kenal saudara mara, nak harapkan hari-hari biasa memang tak berkunjunglah mama ni. ini kalau bertembung tengah jalan ada yang tak kenal saudara gamaknya. 3 buah rumah je kami pergi lepas tu baliklah. malam tu tak balik kampung en.azmi lagi.jadinya tidurlah dikampung mama semalam lagi..yeayyy, lagipun malam tu ada buat bbq dan sambut besday paksu dan anak buah, dailami darwisy.


nak juga la gambar berdua..feeling-feeling romantik dipetang syawal tapi tak lah sesweet mak hainom okje  dengan pak jilapah tu dorang sweet tahap diabetes hehehe mama ni sweet takat semut hurung je kikiki. berlatarbelakangkan rumah lama. menurut en.azmi ini rumah lama saudaranya sebelum dibina rumah baru dibelakang, tapi rumah lama ni masih dikekalkan, ok juga tu kan kenangan..jadi kita pun ciptalah kenangan disini.

Wassalam

Kisah syawal 2017

sehari sebelum raya

25 comments:

  1. hehe... mmg romantik n romantika sis... salam syawal...

    ReplyDelete
  2. Merah2 raya tahun ni
    Nasib baik tak ikut warna keta kat belakang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun depan kita ikut warna kereta belakang pula wp hehehe

      Delete
  3. raya akak th ni bagaikan kurang serinya sbb berpantang makan pulut dan rendang

    ReplyDelete
  4. dh beberpa family dana tgk tema sedondon color merah...
    thn depan hati dh teringat2 nk guna tema merah gini lah...

    seronok lah gini kak, walaupun mak ngn abah akak dh takde tp ttp jgk kumpul adik beradik utk raya kt kampung... ada org dana tgk bila mak ayah takde, nk balik kg pun ssh

    jeles la dia pun ada gambar mentik2, dana takde gambar ber2 ngn edy... sbb aiyan sentiasa akan menyelit

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la dana ramai yang sedondon merah tahun ni, kawan2 akak pun ramai.

      ye dana kami masih lagi beraya dikampung walaupun ada yang dah kawin kan, masa ni lah nak berkumpul ramai2, syukur juga sebab akak kawin dengan org dekat hehehe

      Delete
  5. merah ang ang cantik jgak dibuat tema. selamat hari raya aidilfitri. suka dengar celoteh mama dalam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ain cantik juga warna merah, tapi akak ni macam segan nak pakai hahah

      Delete
  6. Merah sangatlah mak ngah, hihi mcm lama je tak dengar caption ni.
    Salam Aidil Fitri buat mama Yan sekeluarga, maaf Zahir Batin ye Mana yg tersalah silap tu.

    Eh, suwetla gmbr bawah sekali tu, berlatar belakang rumah lejen lagi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang merah sangat la makngah ni kak hahaha

      salam aidilfitri kak, maaf zahir batin juga

      Delete
  7. Salam syawal kak lah..
    Lawa tema merah mak ngah ni.. Hehe..
    Ada jgk gmbr romantik.. Kami x berkesempatan..
    Da raya ke 3 br teringat, eh kita xde gmbr berdua la.. 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam syawal ira..lawa tu lawa tapi macam menyerlah sangat warnanya tu hehehe

      sempat juga bergambar berdua

      Delete
  8. Merah tu mak ngah..😊😊😉

    Kemain meriah AA..
    Sedondon merah ni ye..

    Selamat hari raya maaf zahir batin ye AA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah kak yati, semangat nak sedondon ramai2 ni

      selamat hari raya kak

      Delete
  9. merahnye..hehe..selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  10. sweet gak gambar bawah, tapi cam biasalah mak jilap ngan pak jilap mana boleh lawan.comelnya anak dara dua orang tu ye.merah menyala

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak jilap ngn pak jilap memang takleh lawan la sweet sanagt deme berdua tu

      Delete
  11. Cepat mintak maap!!! Hujung hujung entry pandai pulak mengata den! Ingat den tak perasan? Ingat den baca entry sekeratlah tu haha.....

    Seronoklah tengok adik beradik hang Azra, sepakat membawa berkat. ANgkat kaki pulak tu . Lepas tu orangnya semua slim slim dan comey....Bertambahlah meriah Raya kan!!

    Pak mertua adik beradik lain tak datang jugak ke? hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ampun makkk..ingat mak tak baca sampai abis hahaah.

      adik-beradik saya memang slim2 je mak, tapi takdelah slim mana pun.

      family mertua semua datang beraya ke rumah saya raya pertama tu mak

      Delete
  12. Salam aidilfitri kak..
    Meriah sekeluarga sedondon warna merah. Alhamdulillah, walau org tua dh x ada..still bkumpul adik beradik.. Kngan bersama org tua sgt mgamit memori kan kak..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...