Macammana mama isi tu?

Assalamualaikum...

macam takde mood pulak nak menulis 2,3 hari ni entah lerr mungkin kesan-kesan penuaan agaknya hahaha...

Semalam sedang mama memasak abang adam pun menyibuk di dapur. kemudian abang adam bertanya "macama mama isi tu?" isi apa pulaklah abang adam ni kan. "isi apa?" mama pun bertanya untuk kepastian. "itu..isi tu lah" mama pun tengoklah benda yang abang adam tunjuk tu...ooo isi itu rupanya hehehe.

"Cuba teka macamamana mama isi?"
"ala...abang bukan tau la mama" sambil dok belek-belek benda tu, hairan agaknya macammana boleh jadi macam tu
"mama kan pandai buat magic"jawab mama, terus muka tak puas hati dah pergi ke depan datang pula adrien menyibuk bertanya juga, mama pun tunjuklah macammana mama buat. terus adrien panggil abang adam.

"adik tahu dah macam mama buat" kata adrien pada abang adam
"macam mana?"
"tu mama dah potong tengah-tengah hanger tu" terjengket-jengket dua beradik tu nak ambik hanger tu hehehe saja mama letak tinggi kalau letak rendah pasti akan jadi bahan mainan mereka.
Nak tahu ke apa yang menarik perhatian abang adam tu? hehehe takdelah apa sangat bendanya... tengok je lah ye kat bawah ni






Ini je lah bendanya tu...apa yang boleh diy kita buat je lah sendirikan asalkan nampak kemas. Banyak tu yang mama fikir nak diy sendiri tunggu masa je sebab kena buat sikit-sikitkan bergantung pada masa lapang yang ada. mesti abang adam terfikir macam tisu boleh masuk dalam hanger macam tu sebab tu abang adam tanya pada hal benda ni dah lama pun tergantung kat dapur tu, agaknya semalam baru terasa nak tanya la tu.

sekian bebelan mama untuk hari ni, ada masa dan kerajinan mama membebel lagi, agaknya sebab makan rendang lemang banyak sangat raya hari  tu jadi kemalasan mula melanda mama nak berkata-kata.

Wassalam


Comments

  1. Tulah mcm sunyi dua tiga hari ni AA.. hihi. semangat nak menulis ni pun on off.. haha..
    kreatif lah AA buat hanger mcm tu... patut lah abg adam tu kagum... tak payah dah DIY ..buat sendiri ja... :)

    ReplyDelete
  2. Hihi...comel pulak...lepas ni hanger tosak jangan dibuang sebab ada gunanya kalau kreatif kan =)

    ReplyDelete
  3. Makna hanger patah tengah tu jgn dibuang..
    Boleh buat penyangkut tisu ye AA..
    Good magic AA hihihi..

    ReplyDelete
  4. Wah kreatif sungguh Ilah ni...ada saja yang DIY .Bagus kan boleh berjimat.Akak banyak hanger yang patah tengah ,tak terfikir pulak idea ni.Ilah akak pun jarang beli tisu gulung ni ...tu yg tak terlintas idea menyangkut tu.

    ReplyDelete
  5. kreatif betul akak.. e'in pun tak terfikir boleh buat macam nie.. :)

    ReplyDelete
  6. Kreatiflah mama.. seronok pula sha tengok..

    ReplyDelete
  7. Kreatif la kak lah..
    Kemas pun kemas sbb gantung kat dinding. Kalau pakai yg stand tu, kena ada space.

    ReplyDelete
  8. Haha mula-mula tengok gambar tu pon macam nak tanya "eh macam mana letak tisu tu?"
    rupanya cut tengah hanger. Memang kreatif! 😆

    ReplyDelete
  9. Wahhhh......Bijak ah....
    Tak pernah terpikir you. Kat rumah tak guna paper ni. Guna kain lap. Tu yg tak bijak sampai sudah tu hihi..

    ReplyDelete
  10. jgn berhenti menulis kak...nanti dunia blog akan sunyi dari entry2 akak..hehe....akak kreatif sungguh...hehe...boleh cuba juga ni

    ReplyDelete
  11. Cantik kan. Pernah nampak kat 1 video..
    Ingat nak buat juga lah nt.. tp nak bubuh
    kain pengelap yg roll2 tu.. nak letak kat dapur.

    ReplyDelete
  12. akak mmg kretip n ratu diy...suke3...

    msti abg adam dok puas mikir mcmne yek heheheh...

    ReplyDelete
  13. Suka orang otak kreatif ni. Kadang tak terfikir pulak kita kan nak buat cengginih. Memang magik ni kalau tunjuk kat anak2. Hehehe...

    ReplyDelete
  14. Wah hebatlah mummy.. Cuba wat tutorial sikit mcm mana nak buat gitu.. mama pun nak Tanya gak ni hihi

    ReplyDelete
  15. hehehe comel je dua bradik tu hehe.. mesti heran macam mana mama sumbat kasi tembus dalam hanger tu hehe cute..

    ReplyDelete
  16. hi hi hi kata jer, mama magician tau.
    h aha ha...
    perasaan ingin tau diorang tinggi!

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts