Thursday 2 June 2016

makan dan makan lagi...hehehe

Assalamualaikum...

2 hari ni, semalam dan hari ini, penuh dengan acara makan-makan sajalah, alhamdulillah rezeki yang ada dikongsi bersama.

Semalam rehat tengah hari adik-adik yang dapat anugerah perkhidmatan cemerlang di seksyen mama yang lama menjemput mama join mereka makan-makan, adik-adik yang dapat APC ni belanja makan di antan batura..haaa nama kemain mama tak pernah dengar tapi tempatnya sekakngkang kera je dengan opis mama nih, mama tahulah mana restoren tu tapi tak tahu namanya hehehe


Makan ramai-ramai macam nih memang best, lupakan hal kerja dan berbual santai sahaja, alhamdulillah ingat juga adik-adik ni dekat mama walaupun dah bertukar seksyen, tempat jatuh lagikan dikenang apatah lagi tempat bekerja dan berkawan, 16 tahun di seksyen itukan dah sebati dengan jiwa, tapi terpaksa jugalah berpisah.


Hari ini pula buat makan-makan di seksyen baru mama ni yang mama baru masuk mac hari tu..sambutan besday untuk 2 quarter dari jan - jun, mama pun sambut lagi sekali hehehe dulu dah sambut dengan seksyen lama, rezeki mama lagilah kan dapat potong kek...layankan gambar mama vouge bergaya ala-ala nak potong kek (vouge la sangatkan heheheh)

Banyaknya makanan sampai tak tahu nak makan yang mana, semuanya sedap-sedap, seksyen baru mama ni staffnya ramai wanita jadi memang rajin sangatlahkan, bila cakap kita buat pot luck makan-makan...nahhh makanannya penuh meja semua rajin-rajin tu, ada juga yang mama tak sempat nak merasa makanan yang ada tu,maklumlah perut cepat penuh sekarang ni, lagipun kena control makanlah sekarang ni tak boleh nak bedal sesuka hati je.

Alhamdulillah moga terus dimurahkan rezeki adik-adik yang belanja mama dan kawan-kawan lain makan. Begitu juga dengan semua yang berkongsi rezeki pada hari ini, moga semuanya terus dimurahkan rezeki. Lepas raya boleh buat makan-makan lagi, tu diaa belum puasa dah fikir lepas raya hehehe...biasalah kan kita merancang, tapi Allah jua merancang..

Terima kasih sudi singgah dan baca

Wassalam

20 comments:

  1. Unik sungguh nama restoran tu. Sebelum bulan puasa tiba, kita makan-makan ajelah. Dah bulan puasa nanti, bukan boleh makan banyak mana pun. Eh, orang sibuk nak beramal lebih, kita ni sibuk nak makan lebih pulak. Hehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ok lah tu MD, orang beramal kita tolong makankan, alhamdulillah rezeki kita dan moga bertambah juga rezeki mereka

      Delete
  2. Ini betul-betul rezeki melimpah ruah AA
    Puas semuanya kalau macam ini selalu tahu-tahu berkilo-kilo naik:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, kena control sikit makan nanti terlupa berkilo-kilo pulak naik nih, risau juga hehehe

      Delete
  3. Amboi AA acah acah potong kek tapi makan betul betul tau hehe.. betul ni rezeki besar ni dah nak ramadhan.. moga bulan mulia ni bertambah-tambahkan.. sedap kan kek jap lagi nak cari :)

    ReplyDelete
  4. bestnya kalau psl mkn2 nih
    best nengok kek tuh kak

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki dikongsi lebih terasa nikmatnya..

    ReplyDelete
  6. makan2 ajer lah kita sebelum puasa ni yer
    nti puasa, perut rehat sebulan
    lepas raya open house pulak
    makan lagi..hehe
    gambar bwh tu, byknyer kek..sampai 3 bijik

    ReplyDelete
  7. Ermmm,,bestnya..murah rezeki namanya tu mama yan.
    Kitorg pun arini ada parent belanja kfc, tapi tk teringat pun nk snap gmb, wat citer, hihi, tau2 dah licin

    ReplyDelete
  8. BESTNYA MAKAN2 SEBELUM PUASA RAMADAN FREE LAGI...

    ReplyDelete
  9. Takpelah rezeki menjelang Ramdhan ni ,makan je lah ,Baik sungguh kawan2 Ilah ya tak lupa walaupun Ilah dah berpindah.

    ReplyDelete
  10. Untung nampaknya tu.....ke sana sini kenyang hihi.... Jimat duit 3 hari hihi...Kakak yg comel lagi baik takkan mereka nak lupa pulak mestilah depa sayang awak Azra

    ReplyDelete
  11. Mmg seronok makan beramai-ramai dengan kawan-kawan sepejabat sekali sekala. Tak kira pot luck ke atau berduyun-duyun ke restoran. Tunggulah raya nanti lagi meriah pot luck kat office.

    yang nak sambut birthday tiga mak dara tapi berebut juga nak potong kek yang tengah tu ya.

    ReplyDelete
  12. Bestnye ada makan2..
    Hehe.. alhamdulillah untung org belanja..
    rezeki jgn ditolak.. :)

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah murah rezeki akak

    ReplyDelete
  14. murahnya rezeki, alhamdulillah

    ReplyDelete
  15. wah! kek sampai ada tiga tu!
    seronok kan time camni
    habis musnah plan nak diet! haha
    memang makan lupa diri punya. dapat pula menu marvelous. perghh!

    ReplyDelete
  16. Meriahnya makan-makan. Seronok tengok :)

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah
    rezeki dikongsi bersama
    tahniah pd yg berjaya dpt APC

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...