semestinya sedih

Assalamualaikum...

Kita tetamu, tapi sebelum kita pergi orang dah gembira nak menyambut tetamu yang lain, semestinya kita sedihkan..




Dah masuk 16 ramadhan dah kita,cepat waktu berlalu sedikit masa lagi, tetamu kita ramadhan bakal meninggalkan kita,sedih pula terasa..bagaimana semangat ibadah kita? Ibadah kita biarlah Allah saja yang tahu dan menilainya.

Nak menjelang syawal kesedihan pasti terasa bila mengingatkan syawal dahulu bersama arwah mak dan ayah. Nyatanya bukan kami adik beradik saja yang ingat akan mereka


Anak-anak jiran yang rapat juga teringat akan arwah,apatah lagi bila menjelang syawal.. Adalah juadah yang disediakan arwah akan diingati, baru-baru ni anak jiran post ni dekat fb, teringat buah rotan arwah mak dipagi raya, kawan mama pula teringatkan kuih makmur, ada yang rindukan rendang dan lemang arwah,jika mereka ingat apatah lagi kami anak-anak mereka...semestinya sedih

Rindunya lemang dan rendang arwah mak dan.ayah, rindu nak pukul telur berjam-jam untuk buat bahulu,dah lah kena pukul berjam-jam bagi kena cahaya matahari pulak tu, bakar pun menggunakan arang dan sabut kelapa diatasnya. Menggentel kuih siput bersama kawan-kawan.sejiran, mengejar ayam beramai-ramai untuk buat rendang, siap buat umpan untuk tangkap ayam tu..seronok terasa.

Zaman kanak-kanak,bila puasa terasa lambat waktu berlalu, syawal yang paling ditunggu-tunggu. Sekarang ni cepat saja terasa ramadhan hampir berlalu,bagaimana amal ibadahku?

Entah kenapa hari ini terasa sedikit syahdu...

Wassalam


Comments

  1. Entri kita hari ini mengimbau kisah zaman kita kanak-kanak dulu yg pastinya anak-anak kita tak merasa nikmat itu semua AA..

    Semoga semua almarhum dan almarhumah ditempatkan bersama kalangan para syuhada.

    ReplyDelete
  2. betul lah Ilah sekejap je Ramadhan dah nak meninggalkan kita kan.Akak sendiri tak pernah mengira dah berapa hari kita berpuasa..
    Kenangan bersama arwah makayah kita memang terasa sangat bila saat menjelang raya ni kan.Apatah lagi arwah ayah akak meninggalkan kami ketika bulan syawal ...sedih sangat.

    ReplyDelete
  3. As/kum mama aryan... mengingatkan semua itu mmg membuat hati kita sebak... lebih-lebih lagi di saat-saat bakal menjelangnya syawal. sob..sob..sob... tak mo kenang2 sangat nanti berjurai airmata.

    ReplyDelete
  4. DULU N KINI JAUH BEZANYA KAN YAN...RAMADAN SEMAKIN BERERTI DIRAI SEPENUH HATI SEMOGA ALLAH TERIMA IBADAH KITA DI BULAN MULIA WALAU XSEBANYAK MANA

    ReplyDelete
  5. Jauh bezakan dulu dan sekarang. Zaman kita dulu-dulu rasanya lebih meriah untuk dikenang. Tak tahulah apa yang mampu dikenang dek anak-anak kita ni akan datang.

    Betullah tu, kalau kita sebagai tetamu tentu dah terasa hati. Kita masih ada, tetamu lain yang belum sampai pulak yang sibuk nak diraikan.

    ReplyDelete
  6. bila masuk ramadhan dan syawal ni, jika terkenang orang tersayang yg dah tiada memang lah terasa sayu dan sedih. zaman2 kita dgn mereka semasa kecil memang tak boleh diulang kembali. hanya tinggal kenangan manis utk dikenang.

    alfatihah utk mak ayah Ilah yg telah kembali mengadap Ilahi.

    ReplyDelete
  7. takde rasa nak dengar lagu raya lagi..nak menikmati ramdhan

    ReplyDelete
  8. sayu dan sedih ja kan sis... sabar lah..mesti teringat semua nostalgia bersama org tersyg..doakan mrk tenang di sana..
    sy tak buat apa2 lg persiapan..

    ReplyDelete
  9. Huhu....itulah, kadang kadang terasa sedih tp persiapan menyambut Syawal bukan main lagi mak ni Azra huhu.... camne tu?
    Mak kita pun suka buat buah rotan tu Azra. Biskut biskut raya ni mmg tak ada dlm booklah....
    Alfatihah buat ayah bonda tercinta awak ye Azra

    ReplyDelete
  10. saya tahun ni kena beraya kat tapah, jadi tak dela excited sangat, tapi terasa jugalah masa yang cepat berlalu ni.. tup tup dah tak lama ramadan ni nak tinggalkan kita.. agak2 terasa malas masak pun cuba ingatkan diir, pahala masak bulan lain takla sebanyak di bulan ni, maka rajinla masak.. hihi

    jangan sedih2 ye kak. insyaAllah insan2 yang dah tiada tu sentiasa dalam keadaan terbaik, kita panjatkan doa terbaik buat mereka sentiasa..

    ReplyDelete
  11. Sedih rasanya bila rindukan kemeriahan sambutan hari raya dulu. Siqah faham kak AA. Siqah pun rindukan arwah mak juga. Dulu hari raya sibuk dia yang memikirkan segala. Sekarang, semua kena buat sendiri. Takde orang nak bebel semua tak siap. Rindu 😔

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts