Sunday, 12 June 2016

Cerita di kampung

Assalamualaikum...

Cepat waktu berlalu,hari ni dah ahad 7 ramadhan dah kita. Mama pun kejap lagi dah nak balik klang, jalan sesak ke tak agaknya hari ni. Memandangkan esok sekolah,kami akan gerak awal kejap lagi,tak sempatlah tunggu berbuka. Alhamdulillah dapat juga balik berbuka dan bersahur dikampung.

Hari jumaat memang berbuka dengan nasi ayamlah seperti yang mama minta,syukur alhamdulillah dapat juga makan nasi ayam mak mertua yang memang kena dengan tekak mama ni,bertambah mama makan. Gambar takde la pulak sebab tak sempat nak snap hihihi. Lega rasanya tekak ni,akhirnya dapat nasi ayam yang diidamkan.

Sabtu..mama,en.azmi dan anak-anak keluar ke temerloh,nak mencari dan membeli kasut anak-anak, hari tu cari tapi anak-anak tak berkenan yang berkenan pula takde saiz. Mulanya kami ke temerloh, masuk kedai yang kedua,alhamdulillah jumpa kasut abg adam dan adrien, kasut adelya tiada saiz. Yang adelya dari dalam kereta nak kasut princess sofea,jenuh cari memang takde. Nampak kasut frozen terus jerit "yaya nak kasut frozen" tapi tiada saiz.

Kemudian kami tuju ke star mall sebab mama tak larat dah jalan kat luar macam tu, panas berdenting,kalau star mall tu ada la aircon..haa mama korang berlagak nak beraircon, bukan berlagak tapi panas sangat dah la kena dukung tuan puteri adelya yang malas berjalan, deme sedaplah beli air kotak..srooot...sroooot...sedut depan mama, aiii menyirap juga mama hahaha.

Pusing-pusing dalam starmall jumpalah apa yang dicari,en.adelya nak kasut pink en.azmi pilih warna biru,mujurlah adelya mengikut saja. Mama pun beli kasut juga sebab kasut yang mama pakai sikit lagi nak terkeluar ibu jari,apa taknya itulah buat pergi kerja,itulah buat pergi jalan. Hajat nak beli sepasang je,sekali katanya beli kasut ke-2 dengan harga RM1..ehh biar betul? Yerr memang betul, pilihlah en.azmi sepasang lagi kasut untuk isterinya, dapatlah 2 pasang kasut pada harga RM62..oklah tu kan. Lepas membeli baliklah kami.


Abg adam pening memujuk adelya yang tetiba ternampak baju super wings, terus mengamuk disitu nak baju...haiii anak dara ni macam-macam, sudahnya en.azmi belikan juga tapi bukan untuk adelya je abg adam dan abg adrien juga dapat.gambar kiri bawah, bukan main bersantai tengok tv,habis bersepah rumah wan dibuatnya. Itu seronok main tanah tetengah panas, haiii sesekali dapat macam tu seronoklah anak-anak.

Petang pergi bazar dekat kampung, tak tahu nak beli apa beli ayam percik dan air herba untuk pak jang, kemudian kami ke kampung mama untuk jumpa pakjang (adik mama). Rupanya dia dibengkel baiki kereta,kami pun balik semula ke kampung en.azmi, pakjang menunggu kami disana,sebab dia berada dibengkel berhampiran,terus mama ajak buka puasa bersama,pakjang ni kenallah juga adik lelaki en.azmi walapun bukan sebaya.


Gambar atas itulah air herba...haa buat sendiri pun boleh tu...laici,serai, lemon, daun pudina, asam boi, biji selasih dan aiskrim soda..kalau serai itu diketuk lagi sedap terasa dan lemon itu diperah sedikit. Gambar bawah juada berbuka hari sabtu, yang mama pulun makan kulat sisir masak lemak cili padi je,sampai sengkak perut makan, kebetulan en.azmi pergi pasar malam ada jumpa kulat sisir terus dibelinya...haa memang kegemaran mamalah kan kalau sayur-sayur kampung cenggitu. Sebelah gambar mama dan pakjang.. Duduk seorang tak tahulah pakjang bersahur dan berbuka dengan apa, sedih juga bila memikirkan dah la pergerakan masih terbatas, patah kakinya belum sembuh sepenuhnya, masih bertongkat. Lepas berbuka pakjang pun balik.

Alhamdulillah sebelum berbuka hujan turun lebat, walaupun siangnya panas berdenting, syukur alhamdulillah. Oklah mama nak kemas-kemas beg dah..tu dia mama sempat lagi nak menulis kat blog kikiki...sempat je walaupun dok berdukung adelya ni haa...meragam je dari malam tadi.

Wassalam

13 comments:

  1. Salam singgah.

    Mmg best bila berpuasa dikg. Nak2 time buka posa. Meriah.

    ReplyDelete
  2. Sedap tu air herba homemade ye.. ada serai atau limau mesti segarkan..ai Yaya dah atas lantai terpaksa la beli tu, rezeki abang-abang jugak ye :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya kulat sisir masak lemak..dah lama tak makan..huhu..

    atok nenek kalau dgn cucu, rumah bersepah pun takpe..sesekali balik kpg..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya, mudah pulak dapat kulat sisir kat sana ya Ilah...sedapkan masak apa je.
    Air herba tu pun unik resepi nya kan...akak tak pernah rasa lagi.
    Tentu penat lagi baru balik kg kan tapi tentu dapat satu kepuasan dapat bertemu keluarga dan makan masakan mak.

    ReplyDelete
  5. Seronoknya berbuka puasa di kampung. Makan ramai-ramai, lagi berebut lagi sedap!

    Untunglah dapat dua pasang kasut sekaligus. Saya hujung minggu baru ni duduk rumah aje. Malas nak keluar. Nak bershopping pun malas. Punyalah baik bulan puasa ni!

    ReplyDelete
  6. Smlm akk dah singgah sini, tapi tk sempat komen.
    Air herba tu, air serai la rupanya, mmg terangkat kan.
    Wah..kemain lagi seronok dpt dua pasang kasut yea, jalan sakanla raya nnt, hhihi

    ReplyDelete
  7. Betullah Azra sekarang ni mmg panas tak menahan rasa mendidih rambut haha...
    Hihi...kena buli ngan Adelya ek. Sabar jerlah mama. Lain kali nak soping tunggu period senang boleh minum hihi...

    Sedapnya kulat sisir. Lama tak makan....masalahnya tak pernah jumpalah kat sini.


    ReplyDelete
  8. Slamat brpuasa kak.. :)
    Seronoklaa tu dorang dapat baju baru. hehe

    ReplyDelete
  9. Berbuka kalau di kampung ramai-ramai lagi memang selera terbuka tak sedar tahu-tahu sengkak perut. Jumpa pulak hidangan yg lama tak jumpa macam kulat sisir tu. Lama kakak tak jumpa tau AA. Teringin juga tau:)

    ReplyDelete
  10. alahai.. dh pndai request ye adelya..mmg bdk2 klo dia suka satu2 karekter tu..dia nk jugak..

    eyh.. kasut vern kan.. lya pon ade beli.. trs simpan raya la.. berbaloi-baloi dpt trs 2 psg kasut

    ReplyDelete
  11. bawak anak2 berjalan di bulan puasa ni memang mencabar kesabaran. Akak kalau benda takde benda penting malas betul nak keluar rumah, tak larat.

    seronok kan balik kampung. makan ramai2, makan apa pun sedap.

    ReplyDelete
  12. murah kak harga kasut tu. alhamdullilah. ada rezeki tahun ni :)

    seronok berbuka puasa ramai2 kat kampung. siqah minggu lepas tak sempat nak berbuka bersama keluarga di kampung sebab sampai kampung lepas berbuka. sempat sahur je bersama..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...