Friday, 10 June 2016

Jom balik kampung

Assalamualaikum....

Alhamdulillah dah selamat sampai dikampung. Mama ambil cuti hari ni saja nak balik kampung berpuasa bersama family, lagipun dah lama juga kami tak balik kampung ni. Dapat juga rezeki nak jenguk family dikampung hari ni.


Anak-anak pun gembira bila dapat balik kampung, maklumlah dah lama ajak balik kampung sekarang baru dapat balik. Sampai tecer taska pun tahulah sebab terdengar abg adam bercerita dengan kawan-kawan dia nak balik kampung. Lagipun cuti sekolah ni tak bawa anak-anak ke mana pun, dapat balik kampung kira ok lah walaupun sekejapkan.

Next week dah buka sekolah,ahad pagi balik klang la tak dapat nak tunggu berbuka kot bukan apa takut jalan sesak pula sebab dah hari akhir cuti sekolahkan. Mama nak balik 1 ramadhan hari tu mama tak dapat cuti pula. Kira oklah ni dapat juga balik kampung. Rezeki juga ni dapat balik kampung berbuka,bersahur dengan mak dan abahkan.

Yang seronok balik kampung sebab nak makan masakan dikampunglah ni hihihi sebab sekarang mama malas sangat nak memasaknye, teruk sungguhlah malasnya mama ni tau. Kalau boleh hari-hari nak masak nasi, goreng telur dengan cili kicap je.

Haa kita tunggulah juadah apa berbuka petang nanti hahaha...

Oklah terima kasih sudi singgah dan baca.

Wassalam

9 comments:

  1. Sampai kampung bau udaranya pun dah cukup buat hati rasa tenang kan AA
    Memang seronok kalau balik kampung ni.

    ReplyDelete
  2. seronok anak2 balik kampung nak jumpa tok dgn nenek ya.
    Takpe Ilah balik kampung boleh mak masak kan pasti sedap airtangan mak..

    ReplyDelete
  3. Balik kpg ni dptlah rehatkan diri dr kerja2 pej yg sibuk tu kan ilah. Anak2 seronok dpt jumpa atok nenek mereka sblm bukak sekolah. Yg tentu mkn masakan mertua yg baik hati sunguh tu lah ye

    ReplyDelete
  4. Jom hehe.. dah balik ye Adelya, tak tunggu aunty pun :). Saya pun suka balik kampung, masakkan ibu mentua tu sedap :). Alhamdulilah AA dapat cuti, dapatlah pengalaman anak-anak bercuti di kampung.

    ReplyDelete
  5. Saya ni nak balik kampung susah tapi kalau dah balik kampung rasa seronok pulak. Masa nilah nak berchatting bergosip bagai dengan adik beradik yang ada di Johor.

    Tentu anak-anak paling seronok bila dapat balik kampungkan...

    ReplyDelete
  6. Agaknya apalah yg depa seronok sgt kat kampung tu ye Azra. Tak menyabo gayanya budak budak tu sampai tecer pun tau...



    ReplyDelete
  7. happy blh blik kmpung..kite xde kampung..hehe..

    ReplyDelete
  8. best! best! balik kampung ooo balik kampung.. eh macam lagu raya tu. hihi.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...