Monday, 20 June 2016

Iftar dirumah ibu

Assalamualaikum...

Ramadhan hujung minggu mama dan family. Cerita biasa-biasa saja, sabtu ajak en.azmi beli barang kononnya nak masak sesuatu,pergilah kami ke checkers shah alam, sambil tu nak beli juga bahan untuk aiskrim anak soleh mama tu,alhamdulillah walaupun ramadhan masih ada permintaan hingga sold out dan mama gigih buat aiskrim dimalam hari.

Selesai beli barang terus balik rumah,tak larat mama nak merayap lagi dengan anak-anak,tapi alhamdulillah 2,3 hari ni cuaca redup saja tak panas membahang macam sebelum ni. Sampai rumah hajat nak masak sesuatu tu terbantut sebab 1 bahan terlupa beli, malas dah nak suruh en.azmi ke kedai. So kita tidurlah dulu..hahaha sebab takde apa nak buatkan, kata ustaz haslin tidur dibulan puasa itu bagus jika tiada apa nak buat tapi jangan sampai waktu solat pun terbabas,itu waktu cuti kalau waktu kerja jangan nak pi tidoq pulak.

Ahad nak pergi buka puasa rumah ibu, alang-alang mama nak ambil baju kawan-kawan yang siap dijahitkan,berbukalah sekali, ibu ni pandai menjahit menurun bakat dari arwah mak lah ni,mama pun bolehlah sikit-sikit,tapi ibu ni jahit baju kurung dan jubah je,kalau adik dia ni minta jahit dress dia jahit juga,ibu ni tailor yang cerewet..baju fesyen kain belah semua dia taknak buat,katanya takmo dapat saham sama,ok fahamlah mama,mama pun tak kisah.


Juadah iftar dirumah ibu,mama tolong buat soda herbs je dengan Apple crumble, yang mama buat dirumah...seronok dapat berbuka bersama walaupun adik-beradik yang lain tiada, anak-anak lagi gumbira dapat ke rumah ibu sampai tak mahu balik.


Inilah benda yang mama nak buat sabtu tapi tak cukup 1 bahan tu hihihi, ahad tu jadi juga buat,alang-alang pergi rumah ibu bawaklah sekali. Apple crumble yang begitu cantik rupanya, tapi up juga gambar,harap takde yang teeliur ye,kalau terliur marilah rumah mama buatkan hehehe..bajet terror sangat nih. En.azmi lagi ler..siap tanya sedap ke tu? Eheh..ce try dulu..tengok-tengok haa banyak juga dimakannya..sedapp ler tu heheh

Oklah mama nak bersahur pula. Terima kasih sudi singgah dan baca.

Wassalam

19 comments:

  1. mcm2 ada meriah betul... seronok dpt berbuka ngn fmaily adik badik ye kak

    ReplyDelete
  2. WAH SEDAPNYA TU..SEKETUL XCUKUP NI

    ReplyDelete
  3. Mmg nmpk menarik apple crumble tu .. 😊

    ReplyDelete
  4. yummmy...apple crumble....xpernah makan lgi...jap nk gugel resipi....hehehe...

    ReplyDelete
  5. Eleh tanya pulak sudah tahu saja la tu.. kan ha dah makan sedap pulak haha..pandai AA masak apple crumble..nampak sedap.

    ReplyDelete
  6. Bagus kakak AA tu buat yang islamik ja.

    ReplyDelete
  7. berbuka ramai2 lagi meriah lagi lah budak2 seronok kan Ilah...banyak makanan tu...sedap2 nampaknya .Apple crumble tu mesti sedap kan ...kalau dekat boleh bawa pinggan mintak Ilah sikit nak rasa buat berbuka...hihiii.

    ReplyDelete
  8. Betulllah kakak AA tu kata. Tempias saham kepada yg menjahit.
    Air soda herbs tu dari sehari ke sehari kakak nak buat asyik tak jadi aje AA

    ReplyDelete
  9. Dapnya nampak, jap gi nak google resepi apple crumble tuh.

    Takat ni blm pi berbuka kat mane2, ada bos ajak bbuka kat berbuka kat hotel, tapi sbb bos ajak akk sorg, tak pilah...tak smp hati..

    ReplyDelete
  10. mestilah berbuka di rumah adik-beradik lain rasanya. ramai2 lagi meriah. lagi-lagi kalau dah ada orang masakkan. kita tolong-tolong ajelah mana-mana yg patut kan.hihi
    pandai Ilah buat apple crumble. mesti lah kalau banyak makan nya tuuu.

    ReplyDelete
  11. Wah... sedapnya apple crumble tuh...

    ReplyDelete
  12. waa sedapnya tu.. hehe.. tido waktu keje masa rehat jela.. tido kejap..

    Blogwalking Sini, Jom Baca Artikle Review Ini,

    Terbaru Snek Raya Yang Wajib Ada Di Rumah Anda Article

    ReplyDelete
  13. Seronoknya dpt berbuka dgn famili...
    Byk aja idea dtg nk masak apa..
    Terliur gak tgk apple crumble tu

    ReplyDelete
  14. seronok kalau berbuka dengan famili kan. sedap2 tu menu

    ReplyDelete
  15. Kalau berbuka beramai-ramai, mestilah bestkan. Semalam pun saya berbuka di luar bersama keluarga kakak. Walaupun kami berlapan aje, seronoknya macam berkumpul beramai-ramai adik beradik.

    ReplyDelete
  16. mak aiii sedapnya Apple crumble tu AA... teringin gak nak merasa..kena gigih cari resepi lah ni..ahaha..
    seronok bila dpt berbuka ramai2 ni... :)

    ReplyDelete
  17. Wahhhh....dah boleh bukak bakeri ni nampaknya Azra hihi..Cantik jer apple crumble tu. Kemas tersusun, mesti lazatkan....

    Hihi...mmg elok sangatlah tidur berjemaah gitu, dpt pahala reramai

    ReplyDelete
  18. meriah dapat makan beramai2 ni ... dapat pulak orang ada masakkan macam2 tu lagi syok tu...

    ReplyDelete
  19. Seronok berbuka ramai-ramai. Nampak sedap apple crumble akak :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...