dah pertama ramadhan kita

Assalamualaikum...

Dah pun pertama ramadhan kita hari ini, cepat-cepat mama kena buat entri baru nih, entri semalam ado durian, takut ado yang terliur pulak susah mama kang hahaha..

Dah bertahun ramadhan mama tak sempat nak ke surau berterawih, dok rumah sajalah menjaga anak-anak, bagus bagi ibu-bapa yang dapat bawa anak-anak ke masjid solat terawih,mama nih tak mampu la nak membawa anak-anak lagi, bukan apa takut huru-hara je, ye patut bawa sajakan ajar anak-anak dari kecil, kadang en.azmi bawa juga abang adam tu ke surau, tapi untuk terawih ni memang mama tak pergilah,risau menganggu solat orang lain pula.

Tapi emak-emak yang ada anak kecil tu jangan risau, boleh solat terawih sendirian dirumah,kakak mama yang takde anak kecik tu pun solat terawih dirumah, katanya lebih selesa, haa terpulanglah pada diri sendirikan, pokok pangkalnya kita sendiri, nak buat atau tidak,islam itu mudah tapi janganlah kita mudahkan semua benda pulak ye.

Disini mama saja share cara solat terawih sendirian, kawan-kawan mungkin dah tahu tapi ini untuk rujukan mamalah.

Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'.
Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid. 
● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.
● Mungkin kita ibu bekerja yg sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.
● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu... sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.
Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, boleh ikut cara di bawah ye:
SOLAT SUNAT TERAWIH
~~~~~~~~~~~~~~~~~
● Niatnya :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
● Bilangan rakaat buatlah yang termampu. Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.
● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.
● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
SOLAT SUNAT WITIR
~~~~~~~~~~~~~~~
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"
● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"
● Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ [3x]
● Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..
Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat.

Terima kasih sudi singgah dan baca.

Wassalam

Comments

  1. Ramadhan Kareem Yan..
    Selamat berpuasa dan beribadah..

    Betul tu yan..
    Boleh ajer buat dirumah sendirian..
    Atau solat jemaah bersama anak2..
    Rugi tak solat tarawih ni kerana solat ni ada dalam bulan Ramadhan sahaja kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak yati, harap2 dapatlah buat dirumah dengan anak2, kurang2 anak2 pun dapat juga ikutkan

      Delete
  2. sama lah situasi dana kak... tak dpt ke masjid atau surau, bkn taknk bwk aiyan tp tkt ganggu sbb terawihnya lama skit masanya bkn mcm solat biasa tuh kan...
    kita2 nih bt kt umah pun blh kan kak... yg penting kita ada niat n kesungguhan nk bt
    apa yg termampu kita

    tq sbb share kak, dana pun ada shared jgk kt fb psl sulat sunat terawih n witir nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dana..akak ni ha 3 tentera tu, memang dah tahu tak boleh duduk diam, walaupun dah berkali-kali pesan di surau/masjid bukan tempat bermain, tapi nak buat camno,deme macam tu jugak lah, jadi mama kenalah berkorban, jagalah anak2 dirumah

      Delete
  3. Salam Ramadhan Ilah,
    Akak pun banyak buat solat terawih kat rumah dari kat surau walaupun takde anak kecil.Lagipun ramadhan yg lepas2 akak bermasalah kesihatan jadinya tak selesa buat kat masjid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadhan kak..

      itulah kak kan, ikut keselesaan lah kan,moga kesihatan akak bertambah baik ye

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Ramadhan kareem..
    Tahun ni xdpt nk ke masjid sbb ada ank kecil.. thn lps pun tak penuh, ada la sehari dua.. harapnya tahun ni dpt buat kat rumah.. rugi rasanya kalau tak buat..tak tahu bertemu lagi atau x ramadhan akan dtg..
    Dr pengalaman bawa ank ke masjid, seronok tgk anak solat sama2.. tp pd masa yg sama, bimbang juga ank ganggu jemaah lain. Bdk ni mcm2 perangainya, kdg dia cpt bosan.. blum abih terawikh da ajak balik..memula je dia excited..
    Nnt da besar skit, dh x main2, blh la ajak ank2 ke surau/masjid.
    Terima kasih kongsi kaedah solat terawikh dan witir sendirian.. smga kita sama2 merebut peluang keemasan ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. k.lah sejak adam kecik memang tak pernah kemasjid berterawih, nak bawa anak2 pun memang tidaklah sebab tahu anak2 k.lah tu perangainya macam mana,walaupun sudah dipesan tetap jugalah mereka suka bermain, jadi dari menggangu orang lain baiklah mereka bermain dirumah, bukan tak teringin nak buat macam orang lain,anak2 bersolat sama2 dimasjid, tapi buat masa nih memang tak dapat jadi tunggu mereka besar dan faham dululah nampaknya.. setiap anak tu berbezakan,tak boleh pula nak bandingkan dengan anak orang lain

      Delete
  6. Yg sebenarnya dan seeloknya muslimah buat je di rumah, lebih afdal, lebih mudah, islam tu tak menyusahkan kita utk beramal, lebih lagi kalo ada anak kecik, atau ank yg tgh lasak akn ganggu org lsin je.
    So plan masak apa hari ni? Ke gi bazar je😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak imah, itu yang seeloknya sebenarnya, dirumah tu lebih elok untuk kitakan, selalu juga dengar ustaz2 cakap macam tu, jadi lebih elok lah saya dirumah sahaja..

      tak tahu lagi nak masak apa ni kak imah, kalau rumah kak imah sebelah boleh saya hulur pinggan je petang nanti hehehe

      Delete
  7. Betul Rasulullah juga buat terawih hari pertama, hari kedua tidak lagi ditakuti diwajibkan untuk kita semua..buat dirumah lebih mudahkan AA. InshaAllah. Thanks for sharing panduan solat dirumah, dulu berjemaah dengan emak..duduk atas sejadah lama sangat berdoa sejadah tu boleh terbang pulak.. merapu zaman kanak-kanak dulu hehe..

    ReplyDelete
  8. Saya pun buat di rumah sahaja. Anak saya tak meragam tapi dia tak boleh menunggu lama-lama. Jadi, tak mahulah saya tergopoh-gapah risaukan anak. Lebih baik buat di rumah aje. Cuma suami dan anak bujang aje pergi masjid.

    ReplyDelete
  9. sejak beranak kecik semula ni dah lama akak tak terawih di masjid. Solat di rumah pun belum lagi, asyik mengganggu ajer si kecik tu. Bukan setakat solat terawih, solat yg wajib tu pun nak dok peluk2 kita. cabaran betul.

    ReplyDelete
  10. Thank you sharing pasal cara solat teraweh di rumah.
    Mna tahu kita tak sempat kan lepas sibuk seharian dengan hal dunia..huhuu

    ReplyDelete
  11. Kakak jarang berterawih di surau/masjid - biasa buat di rumah aje
    Mudah nak bertadarus dgn anak-anak. Anak kakak pulak semuanya perempuan.

    ReplyDelete
  12. saya lbh selesa buat solat tarawih di rumah ...

    ReplyDelete
  13. Obat Diabetes adalah obat yang banyak dicari oleh masyarakat. Pada umumnya masyarakat yang mencari Obat Diabetes adalah masyarakat dari kalangan umur 30 tahun ke atas. Banyak yang mencari Obat Diabetes dari Obat Diabetes yang mengandung zat kimia, dan tidak sedikit masyarakat yang mengkonsumsi Obat Diabetes dari herbal. Tetapi jika Anda tidak puas dengan Obat Diabetes yang Anda konsumsi, saya akan memberikan tips untuk memilih Obat Diabetes yang ampuh.

    Jika Anda mengalami gejala-gejala seperti sakit, atau kesemutan pada persendian, segeralah melakukan pengobatan. Sekarang saya akan memberikan tips memilih Obat Diabetes. Jika Anda mencari Obat Diabetes, pilihlah Obat Diabetes yang alami tanpa zat kimia. Ramuan herbal Obat Diabetes sangat efektif untuk Mengobati Diabetes. Selain itu carilah Obat Diabetes dengan kualitas terjamin, dan berkhasiat tinggi.


    Sekian tips mencari Obat Diabetes, semoga info yang diberikan mengenai Obat Diabetes dapat bermanfaat.


    Sumber: http://obatdiabetes.toko-gumilar.com/ | http://obatuntukdiabetes.id/

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah hari ni dah masuk Ramadhan ke 5 AA.. br terbca entry ni...terima kasih berkongsi info ya.. nampak nya sy pun dpt buat terawih kt rumah ja.. di temani abg Pae.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts