Mencari Lailatul Qadar

Assalamualaikum...



Malam lailatul qadar ini ada kerana permintaan Nabi saw untuk kita ummatnya, kerana apa? kerana ada seorang lelaki bani israel beribadat selama 83tahun bersamaan 1000 bulan, Nabi berfikir bagaimana kita ummatnya hendak beribadah selama itu sedangkan usia ummat Nabi saw dalam linkungan 60-70 tahun sahaja. Sebab itulah adanya malam lailatul qadar ini kerana ganjaran beribadat pada malam ini bersamaam 1000bulan ataupun 83 tahun beribadat.

Cerita pasal umur, terdapat 5 fasa umur bagi ummat Nabi saw.

Fasa 1 - umur kanak-kanak hingga akil baligh. dalam umur ini memang tiada dosalah anak-anak ni kan.

Fasa 2 - umur muda dari usia akil baligh hingga 39 tahun (okeh mama kategori muda lagi la nih) beruntunglah bagi mereka yang menghabiskan usia ini dengan beribadah kepada Allah,Allah kasih pada orang yang beribadah tapi Allah lebih kasih pada orang muda yang beribadah.

Fasa 3 - Umur dewasa brmula usia 40-50 tahun ( haa belum tua lagi tau usia ni, dewasa je tau), perlu ada kestabilan dalam hidup dan prinsip hidup yang baik, buat perubahan kearah yang lebih baik pada usia ini adalah lebih baik, kalau tidak berubah pada yang lebih baik perubahan pada fasa yang berikutnya lebih sukar. Jika umur 40 masih melakukan kejahatan itulah calon ahli neraka..

Fasa 4 - umur tua 51 - 69 tahun, fasa ini kita sudah mendekatkan diri dengan Allah dan tinggalkan hal-hal duniawi, jangan tinggalkan solat, baca al-quran, tiada lagi kesibukan duniawi, Allah menolak alasan bagi mereka yang berada di usia ini. Alasan mengapa tidak bersolat,mengapa tidak mengaji? Allah sudah tidak terima.

Fasa 5 - Umur tua lanjut 70 tahun dan ke atas. Tua lanjut tak apa tapi jangan sampai nyanyuk, Berdoalah kepada Allah " Aku berlindung denganMu ya Allah dari usia tua lanjut yang akan menyusahkan orang lain. Aku berlindung denganMu dari tua yang menyanyukkan.

Bila Allah nak berikan kebaikan kepada kita Allah berikan 4 tanda :

1. Allah tawarkan hati kita pada kehidupan dunia, macam kalau bulan ramadhan ni, minat nak berterawih di shopping kompleks dah takde, kalau diajak berbuka kat luar, perkara pertama kita fikir tentang solat, mudahkah untuk kita tunaikan solat.

2. Cenderungkan minat kepada akhirat, tengok rancangan tv pun selalu tersangkut kat saluran 114,106, banyak tengok rancangan tanyalah ustaz, tanyalah ustazah, pendek kata berminat pada rancangan keagamaanlah.

3. Terbuka hati untuk semak keaiban dan keburukan diri, tidak lagi sibuk menyemak keburukan dan keaiban orang lain..

4. Allah akan fahamkan kita dengan agama, mula timbul minat untuk lebih memahami agama.

Malam lailatul qadar ini perlu diusahakan pada 10 malam terakhir ramadhan, ada yang mengatakan pada malam ganjil dan yang mengatakan pada malam ke 27, tetapi seeloknya pertingkatkan ibadah kita pada 10 malam terakhir ramadhan itu adalah lebih baik.

Kalau kita rasakan malam itu adalah malam lailatul qadar tingkatkan amalan jangan tunggu nak tengok pokok sujud, air jadi ais sebab itu tak mungkin kita jumpa, seeloknya beribdahlah. Antara tanda malam lailatul qadar adalah suasananya lebih tenang, bukan tenang pada fizikal tapi pada dalaman kita, hati rasa tenang dan lapang, rasa seronok untuk melakukan ibadah.

Pada malam tersebut Malaikat akan masuk ke semua rumah kecuali 4 rumah :

1. Rumah orang yang mengekalkan minum arak dan simpan arak.
2. Rumah orang yang bertengkar atau bermusuh dengan orang lain lebih daripada 3 hari.
3. Rumah yang anaknya menderhaka kepada kedua ibu bapanya.
4. Rumah yang didalamnya ada anjing.


Malam lailatul qadar perlu dicari bukan dinanti, bila kita rasa malam itu adalah malam lailatu qadar tingkatkan ibadah kita sepanjang malam itu. dan lagi jangan beribadah sorang-sorang ajak seisi keluarga untuk beribadah sekali.

Itulah sedikit perkongsian dari ceramah di pejabat mama tadi Mencari Lailatu Qadar, maaf jika ada kesilapan dalam penulisan mama, mama ambil dari apa yang diperkatan oleh ustaz yang berceramah.

Moga kita dapat bertemu dengan lailatul qadar..inshaAllah

Wassalam

Comments

  1. semoga kita menemui lailatulqadar yg dicari.

    ReplyDelete
  2. banyak ilmu dalam entry ni, terima kasih. semoga kita semua bertemu lailatulqadar insyaAllah ☺

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak AA untuk entri ni. Sebagai peringatan dan ilmu..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Info yang sangat membantu..

    ReplyDelete
  5. aminnn.. rindu lailatul qadar, tapi hujung2 bercuti pulak. ABC

    ReplyDelete
  6. Bagus entri ni. Tinggal beberapa hari lagi kita di bulan Ramadhan. Semoga Allah bukakan hati kita untuk lebih beramal 10 malam terakhir di bulan Ramadhan ni.

    ReplyDelete
  7. terima kasih berkongsi ilmu Azra..... Alahai sedihnya mengenangkan umur mak yg dah imsak ni huhuh....Tapi masih cintakan dunia...

    ReplyDelete
  8. thank you info kak..moga kita semua bertemu malam lailatul qadar

    ReplyDelete
  9. InshaAllah moga bersama dapat lailatulqadr, info yang bagus AA

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts