Wednesday, 29 June 2016

Balik mana kita?

Assalamualaikum...

rasa macam lama pulak tak menulis apa-apa kat sini,maklumlah kemalasan melanda, amacam persiapan di akhir-akhir ramadhan ni? moga semuanya berjalan lancar dan moga ibadah kita semua diterima Allah swt. persiapan raya macammana pulak? Mama alhamdulillah..semua dah siap serba sederhana sajalah, sederhana dalam ertikata sendirlah ye..

Yang mana dah berkahwin tu dah tahu ke kampung mana nak balik dulu? mama macam biasalah balik kedua-dua kampung juga, cuma untuk tahun ni malam raya dirumah en.azmilah sebab tahun lepas di rumah mama, tapi lepas solat raya haruslah balik kampung mama pula, macam tu lah boleh ulang-alik saja kan, dekatlah katakan..jadi takdelah nak gaduh, tapi gaduh-gaduh manja tu ada jugaklah.

Kadang mama petang raya tu nak jugaklah ke kampung mama, menolong apa yang patut, merendanglah biasanya kerja mama ni, nak pulak kalau ibu balik rumah mertua dia, jadi mama kena lah buat rendang kat kampung mama tu, makngah dengan maktam..tak reti katanya, bukan tak reti tu,saja malas belajarkan nak suruh orang yang buatkan,tahu dah akal memasing tu.

Dalam soal balik kampung siapa dulu ni, kata DMFK..tengoklah pada keadaan, kalau rumah ibubapa suami kita tu dekat rumah kita, tiap-tiap minggu kita balik,maka hari raya baliklah kampung isteri, lepas tu kalau, dua-dua jauh, kena pulak ibubapa suami tu tidak sihat, maka baliklah kampung suami walaupun tahun tu tiba giliran kampung isteri, kalau semuanya ok, ikutlah giliran yang penting jangan gaduh-gaduh buat o som pun boleh hehehe..

Ada setengah orang kata, best kampung dekat-dekat boleh ulang-alik je, tapi ada juga yang kata baik kampung jauh-jauh senang, boleh tumpukan pada satu rumah tu saja tak perlu ulang-alik, nak berjalan pun senang, jalan je rumah saudara mara yang ini, tak perlu nak terbahagi dan tergesa-gesa, kesana sini, kadang penat juga macam tu, apapun terpulang pada kitalah kan.

Mama tahun ni ada dikampung sampai raya kedua saja, raya ke 3 dan keempat mama nak ke Taiping, ada jemputan kenduri dari paksu (adik arwah ayah), memang kami semua nak pergilah, sebab inilah masanya nak berjumpa saudara-mara pun, dah lama mama tak jumpa paksu ni, dulu-dulu paksu pernah tinggal dengan kami, sekrang anak-anak paksu semua dah besar ada yang dah kawin pun. InshaAllah raya keempatnti dapatlah kami berjumpa. Rasa tak sabar itu ada, paksu siap telefon mama lagi, nak jumpa en.azmi dan anak-anak, ye paksu tak pernah jumpa pun en.azmi dan anak-anak. itu yang nak pergi sangat tu.

Jadi raya tahun ini kami akan balik Pahang dan balik Peraklah. Perak negeri kelahiran mama, tapi mama dibesarkan di Pahang. En.azmi pula memang anak jati Pahang. Moga dipermudahkan urusan kami nanti hendaknya. Jumaat dah last keje, semangat pun berkobar-kobar, tapi mama balik kampung hari ahad.



Wassalam

16 comments:

  1. Pakat baik-baik supaya raya yg nak diraikan menggembirakan semua
    Kakak jenis tak kisah. Dulu masa arwah MIL ada tiap tahun balik kg abang sebab keluarga dia kan sikit. Tak macam keluarga kakak meriah. Jadi setakat kakak sekeluarga tak ada tak perasan pun.

    Tapi sejak dua tahun ini balik kg kakak dulu sebab bapak tak sihat. Kg abg pun dah tak ada org tua.

    ReplyDelete
  2. balik lah mana2 pun kan..bertolak ansur..hehe.. Balik kampung ramai2 memang best, meriah rumah,.riuh rendah jadinya

    ReplyDelete
  3. Kita balik rumah pak we dulu Azra lepas tu baru balik kampung rumahku huhuhu....
    Kat sini datang pagi Raya bawak makanan, malam baru balik, tak tido pun sebab mil duk dengan anak dia. Selamat di situ hihi...Kat kg tido berhari hari haha....

    Raya tahun ni kat tengah minggu kan....rasa mcm pendik pulak cutinya

    ReplyDelete
  4. kadang kalau tak sepakat blh jd kes gaduh time nk balik kg kan kak heheheh...

    dana mmg dr dulu penggiliran yg sama... thn ni tahun edy dulu pastu raya ke3 balik johor

    ReplyDelete
  5. Raya tahun ni patutnya rumah akak Azra..
    Tapi bila kedua orang tua akak dah meninggal tahun lepas..
    Jadi balik lah rumah FIL..
    Sementara mereka masih adakan..
    Dulu2 akak bergilir-gilir dgn en suami balik kg mana dulu..

    ReplyDelete
  6. Tahun ni beraya di kedua-dua belah keluarga. Raya tengah minggu cuti pun tak berapa boleh nak ambik lama.

    ReplyDelete
  7. salam ukhuwah sis..tumpang singgah ya...:)

    ReplyDelete
  8. Seronokkan bila dah selesai semua tunggu pack barang je, bila ada memasak ni memang meriah , ada jugak yg sembunyi untuk ambil kontrak mencuci ja haa.. selamat pulang ke kampung.. buat open house jemput tau heee :)

    ReplyDelete
  9. Nasib baik kedua famili dok dekat, tak rebut2 nak raya mana...
    yg pasti thn lps n thn ini, raya rumah mak dulu, yeayyy

    ReplyDelete
  10. Kami tiap2 tahun balik kampung saya sebab famili hubby memang duduk sama tempat dengan kita. :)

    ReplyDelete
  11. Walaupun Syawal ada 5 hari lagi nak sampai, tapi saya mohon maaf kiranya ada salah silap saya dalam menulis komen di blog mama aryan ni. Lima hari tu kita tak tahu apa nak jadi kan....

    Berhati-hati ketika memandu nanti... semoga mama aryan sekeluarga selamat sampai di kampung!

    ReplyDelete
  12. mertua akak takde di tanahair. maka akak sekeluarga beraya di kuala kangsar saja lah. takdelah nak pening2 kepala rumah sapa dulu.

    selamat hari raya Ilah. maaf kalau ada salah silap semasa mengomen ye.

    ReplyDelete
  13. Bestnyaaa kak AA , dah cuti jumaat nie . Macam NiA pun sama mcm kak AA gilir - gilir jugak . Tahun nie raya belah saya dan raya di Shah Alam dulu baru balik Melaka . Sebab arwah ayah baru meninggal jadi mama request nak raya di Shah Alam dulu . Dan , jika tak ada aral melintang , baru raya ke Penang . Rumah mak mertua dekat je . Di shah alam jugak jadi boleh dtg raya hari raya pertama jugak =)

    ReplyDelete
  14. lya xde blik kg..sbb duk pom dekat dgn mil n mama lya.. tringin jgk nk rsa blik kmpung tu..hehe

    ReplyDelete
  15. mmmm.. bab blk kg mmg jd isu. hihihi
    saya ni kedah suami kuala kangsar. dua dua balik. cuma bezanya sape dlu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...