Wednesday, 27 June 2018

Hei Mr.Grey please be nice to me

Assalamualaikum...

Dari sebelum raya tu mama dah cuti en.azmi la bawa kereta pergi keje, petang en.azmi balik rumah kami keluar pergi beli barang, mama ada dengar bunyi pelik pada kereta apalagi terus la soal siasat apa yang berbunyi tu?? Kata en.azmi dia mengelak lori dan termasuk lubang dan.dia dah check apa yang menyebabkan bunyi tu tapi tak jumpa apa-apa tapi mujur kereta boleh bawa lagi cuma cuak la nak drive jauh, itu yang paklong offer balik sekali dia ok je, risau jugaklah kan nak bawa pergi repair pun takut lambat.siap.

Yang peliknya.bunyi tu..bila kereta perlahan.dia pun berbunyi.perlahan bila kereta laju dia pun berbunyi kuat tuk..tuk..tuk.. Gitulah bunyinya kot kalau nak digambarkan kihkihkih mama pun taktau nak tulis macammana agak2 macam tu lah kan. Semalam balik kerja ambik en.azmi dulu, alhamdulillah...mujur ambik.en.azmi sebab kereta memang lain macam dah, singgah kedai servis kereta ditepi jalan kebun tu, minyak brek kurang dan.ada paku panjang terbenam dekat tayar belakang dan.yang berbunyi bila kereta bergerak tu paku tu lah fuhhh kalau tercabut paku tu memang kempislah tayar.

Hari ni memang tak kerjalah mama, baik pergi bengkel dulu settlekan kereta sebab.dah tau apa puncanya tu kan memang tak berani la dah mama nak bawa kan..EL lah mama hari ni. Pagi mama follow en.azmi pergi bengkel..hmmm melayanglah duit lepas2 raya pulak ni kan gaji dah la lambat lagi, apa nak buat redha je lah kan, ganti apa yang patut keselamatan perlu diutamakan,gantilah 2 bijik tayar dan satu lagi apa benda entah yang menyebabkan minyak brek bocor tu mama rasa mest sebab paku bergesel dengan benda tu yang buat dia bocor tu kan, tapi takpelah kan, apa2 pun alhamdulillah semua.dah ok. Cuma ada lagi.tu yang nak dibaiki tapi kena tunggu.dulu sebab yang itu boleh tunggu lagi yang penting kereta boleh gerak dengan baik.je sekarang ni.


Hei Mr.Grey please be nice to me ok lepas nihh..hehehe. Apapun syukurlah tak pernah rosak yg teruk2 sangat dan syukurlah setiap kali kereta buat hal mesti en.azmi.ada sama,eh tapi pernah juga kena masa en.azmi outstation tapi alhamdulillah Allah masih hadirkan orang lain untuk tolong mama.

Bila Allah uji dengan kereta rosak.Allah bagi rezeki yang lain..hehehe alhamdulillah..


Rezeki.dari hasil blog picisan mama ni, jadilahkan.syukur sangat2 dah ni. Apa ni??? Hehehe biarlah rahsia dulukan, malu je nak citer benda kecik je ni.

Wassalam

10 comments:

  1. bab kereta adalah issue besar akak tahun ni.
    terpaksa sewa kereta untuk balik kampung.
    ujian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak..bab kereta ni risau dibuatnya

      Delete
  2. Wow ni mesti mama dah terjebak dgn mr Grey yek, haha. Alhamdulillah kan, Allah tu amatlah baiknya diuji kita dalam masa yg sama diberi juga jalan selesainya. .
    Dahtu mr grey, lps ni jgn meragam lagi ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pernah tengok citer mr.grey tu kak, takde astro dekat rumah hehehe, tapi tahu jugaklah cerita tu. Alhamdulillah syukur sangatkan diberi ujian dan diberi jalan penyelesaiannya kan.

      Harap2 lepas ni oklah mr.grey tu tak buat hal lagi heheh

      Delete
  3. Hidup kita ni tak pernah sunyi dgn ujiankan... Itu tanda Dia sayang kita :)

    Moga semua baik2 belaka utk mama sekeluarga. Aamiin.

    Kain pasang ke tu? Sibuk je kan :D

    ReplyDelete
  4. Harapnya Mr Grey baik2 aje lps ni.
    Itu la kan, bila da tau apa yg problem, mmg risau nk bwk lagi2 bila sorang2. Lebih baik repair sblm jd lg teruk. Betul tu, keselamatan perlu diutamakan. Terpaksa la redha walau duit melayang. Kalau radio ke aircond ke, blh la tangguh2 kan, tayar ni bahaya kalau x tukar.

    Apa benda la agaknya tu ye. Hehe.. Da citer sikit tu, citer je la wp benda kecik hehe..

    ReplyDelete
  5. Biasalah Azra.... ketaaa... tak buat hal sekarang esok dia buat hal. Redho ajelah... Keta baru ek? Senang bawak buah kelapa sawit bertan tan tu hihi...
    Apa tu wei, nak tau gak ! Carpet ek

    ReplyDelete
  6. apakah tu, AA? citer lah :)
    mr.grey hi hi hi terkenang drama tv3 ari tu.
    ms.green aida tu da mcm2 hal dah.
    berhabis byk dah. maklum la. umur da lebih 10 thn :)

    ReplyDelete
  7. Bab kereta nie memang kena sentiasa standby duit.. Bila-bila je dia meragam.. Harapnya Mr. Grey lebih baiklah lepas ini..

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan segala urusan. amin :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Tahniah anak-anak mama

Assalamualaikum... Alhamdulillah syukur pada Allah setelah berhempas pulas selama lebih sebulan menyiapkan kerja balik malam, keluar rumah...