Assalamualikum...
Rezeki sangat nih. Pernah terdetik dekat hati mama nih, rasa macam raya nak beli handbeg baru je sebab yang ada sekarang ni semuanya ok lagi cumanya ada la terkoyak sana sini sikitkan. Tapi bila kira2 bajet macam takut tak cukup pulak sebab gaji dapat awal untuk bulan jun, kalau boros berbelanja nak tunggu hujung julai mau sesak napas nanti kan, jadi kita pendamkan je la hasrat hati tu kan.
Hajat nak tambah telekung pun disimpan juga, apa taknya tengok orang post gambar telekung cantik2 teringin nak beli tapi tu la semua pun fikir tentang bajet juga apa yang perlu dan apa yang tak perlu. lagipun telekung mama ada lagi yang baru beli tapi mama beli yang murah je la yang mama tengok tu mahal sikit heheh, ye lah konon teringin beli untuk dipakai solat dihari rayakan, tapi macam biasa kupendamkan hasrat dihati kekdahnya kuikuikui.
Tapi kalau dah dinamakan rezeki Allah nak bagi walaupun bukan keluar duit sendiri barang yang mama nak tu dapat juga, Ya Allah syukur sangat2, dah la tu dapat pulak barang yang memang mama tak pernah berangan nak beli pun sebab bagi mama ni dapat yang biasa2 pun dah syukur sangat tapi apa yang mama dapat ni memang lebih dari apa yang mama bayangkanlah, kalau keluar duit sendiri memang tak beli la gamaknya kan, tengok harga pun dah terbuntang bijik mata๐ mama ni dibuatnya.
Bukan itu je, telekung pun mama dapat juga, ini memang diluar jangkaan betullah, Allah bagi rezeki pada waktu yang tepat. Jika kita bersedekah Allah akan gantikan lebih dari apa yang kita beri tu, dari sini mama sedar semua tu memang betul, mama ada beli telekung untuk diberikan pada seseorang, telekung mama beli tu murah je, disamping nak menolong jiran meniaga mama beli telekung tu untuk dihadiahkan pada seseorang, tak sangka la mama dapat balik telekung juga dengan harga yang lebih dari yang mama beli tu, satu lagi mama ada belikan handbeg raya hello kitty untuk anak2 buah, saja beli sebab comel bukan sebab untuk dapat balasan ke apakan tapi tak sangka betul mama dapat handbeg ๐ yang harganya berganda dari itu.
Rezeki ramadhan dari Allah untuk mama melalui seorang kakak..Allah terharu sangat2 dibuatnya. Sesungguhnya setiap sesuatu itu datang pada waktu yang tepatkan dan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita kan. Pada hal barang yang mama beli untuk diberi pada anak buah tak dapat pun lagi, barang mama yang dapat dulu heheh. Moga terus dimurahkan rezeki makngah dan kita semua...inshaAllah
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
alhamdulillah rezeki kan...lagi tambah gembira bila yang kita terima tu, brg yang kita nak dan suka...
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki Mama. Mesti cantik telekung tu
ReplyDeletealhamdulillah.....tepat pada masa dan tempatnya....syukur,
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Rezeki dibulan ramadhan..
ReplyDeleteItu la berkat bersedekah dan bersyukur kan..
Allah akan tambah lagi, lebih dr apa yg kita keluarkan..
Cantik telekung tu. Boleh bawak p sembahyang raya.
Hehe..xyah tggu raya, rasmi bln ramadhan ni lg bagus, dpt pahala berganda yg memberi tu.
allah... seronoknya kak
ReplyDeletesbb tu lah di galakkn bersedekah bln puasa ni kan kak, ganjarannya bergandda2....
siap dpt cash lg... betapa Allah nk tunjuk kan
Begitu lah besar hikmah bersedekah kan Ilah.Walaupun kita bersedekah sikit je Allah gantikan berganda2.
ReplyDeleteNaluri adek beradek agaknya ,dapat menyelami isi hati adek walaupun xdiluahkan,apa yang Ilah nak tertunai juga.
itulah AA. aida da listing payment dah utk ketepikan duit gaji bulan Jun ni.
ReplyDeleteseram tu. gaji awal sgt. nak byr dulu mana-mana payment yg wajib.
duit tuisyen anak2, PASTI izzat, asrama Nurin...
then 48 hari until the next gaji. hadoi. seram!!!
Alhamdulillah rezeki
ReplyDeleteErni Hasmiza
benar.. andai dinamakan rezeki memang tak akan lari kemana. tak pernah salah alamat =)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Murah rezeki sis dan juga yang memberi pada sis.. Aamiin..
ReplyDelete