Saturday, 23 June 2018

Aidilfitri 1439H

Assalamualaikum...

Dah syawal ke 6 hari ni, mama dah mula kerja pun, ikutkan hati nak cuti lama sampai 2 minggu tapi apakan daya, budak-budak lain pun nak bercuti jugak takkan mama nak pulun sorang-sorang hahaha kejam pulak tak bagi orang cuti tapi mama yang cuti lebih-lebih.

Mama cuti awal, tapi balik kampung hari rabu pagi, balik bersama paklong dan maklang. jalan biasalah mesti sesak punyakan tapi takdelah sesesak masa balik pilihanraya hari tu. Alhamdulillah dapat jugaklah berbuka dan bersahur bersama mak dan abah mertua walaupun dah hujung2 ramadhan. Khamis tu macam biasalah tugas mama buat ketupat palas dan rendang ayam, kali ini abah suruh buat rendang ayam kampung yang dibelanya. awal-awal lagi acu dah pesan mama bawa balik periuk noxxa katanya senang takdelah lama sangat nak menunggu rendang ayam tu lembut. memang tak lamalah bila guna periuk noxxa tu, sebelum ni mama takut nak guna sebab tak biasakan tapi beberapa kali dah guna jadi oklah kan. Rendang ayam kampung 4 ekor, 1 ekor untuk rumah mertua 3 ekor untuk kampung mama, untunglah rezeki mama suami isteri kampung sebelah2 je kan.

ketupat palas yang berjaya dibuat, daun yang mama beli sikit lepas tu abah mertua tambah lagi, saja mama buat sebab tak buat lemangkan,kalau ada ketupat rendang baru la rasa raya hehehe
Lepas berbuka, ke kampung mama pulak angkut segala bekas dan periuk mak mertua ke kampung mama hahaha..ye la nak isi rendang ayam, dan segala bahan masakan lain pulak. Sampai kampung mama tak boleh nak berehat, dalam bergelap sebab lampu dapur terbakar nak menunggu pakcik dan paksu balik dari beli lampu rasa lambat pulak, mama mulakan operasi buat mee kuah daging pulak bersama makngah, resepi makngah yang bagi ehhh tetiba mama yang kena masak sebab makngah dengan maktam sibuk nak menggantung langsir pulak, dalam tak reti nak masak mee kuah tu mama taram je lah..tak sangka laku jugak mee kuah daging mama tu cuma terlebih pedas dan terlupa dan membeli bahan2 sampingan lain cuma ada bawang goreng je, walaupun takde bahan sampingan alhamdulillah habis jugaklah tetamu makan. Gambar mee kuah takde sebab tak sempat nak ambik gambar.

Raya pertama dirumah mertua tahun ni, lepas en.azmi balik dari solat sunat aidilfitri, acara bergambar pulak, tapi tak ramailah sebab adik ipar 2 orang beraya di rumah mertua, tapi ok lah takdelah sunyi rumah tok dengan wan sebab ada cucu2 bertiga ni, sebab tu mama dan en.azmi buat sistem giliran yang macam tu supaya tak terkena semua beraya rumah mertua kalau tak, mau sunyi rumah tok dengan wan, kalau semua anak beraya rumah mertua sekaliguskan. Lepas ambik gambar, mama, en.azmi dan anak2 ke kampung mama pulak, kita collect duit raya hehehe..abg adamlah yang tak sabar2 nak duit raya sebab makngah bagi double duit raya untuk yang puasa penuh, seronok sangatlah abg adam, tapi duit raya double tu untu yang 12 thn ke bawah je la. seronok anak2 kutip duit raya dari mak2 dan pak2 sedara apa taknya semua dah kerja tahun ni jadi bertambah2lah duit rayakan.

Susah nak amik gambar budak bertiga ni, ni pun asalkan ada je lah kan, jadilah untuk dibuat kenangan
Bersama family en.azmi, 2 orang lagi beraya di rumah mertua, adelya takde dalam gambar sebab merajuk. macam2 hal anak2 nikan
Lepas solat jumaat barulah kami mula ziarah rumah jiran2 pula. jiran sebelah2, sambung silaturrahim dari arwah mak dan arwah ayah, alhamdulillah seronok makcik2 tu terima kunjugan kami, masa raya ni lah kita nak berkunjung ke rumah jiran2 dan berjumpa jiran tetangga dulukan. kalau bukan raya susah jugalah,lagipun sejak mak ayah dah takde ni jaranglah balik ke kampung kan, kalau mak ayah masih ada mau setiap bulan balik kampung rasanya macam dulu2 setiap bulan mesti balik kampung tak sekali mesti dua kali, raya rasa kurang bermakna bila mak ayah dah tiada sebab utama bila hari raya kita balik kampung nak jumpa mak ayahkan, ya mama masih ada mertua, itu cerita lain la ini cerita pasal mak ayah mama, jika mereka masih ada tentu kemeriahannya berbeza, tapi takpe kita redha dengan segala ketentuanNya.

Ini family mama, semua ada kecuali pakjang. ntah beraya ke mana pakjang masa ni

Ini geng-geng single,anak buah dan mak pak sedara, sebaya dah anak2 buah pun dengan mak pak sedara

Ini adik-beradik perempuan mama

ini  adik2 lelaki, pakcik, pakjang & paksu, single and available, sapa sudi boleh hantar resume kahkahkah
behind the scene..inilah gayanya kalau takde yang tolong snapkan pix, siap guna motor dan bata untuk ambikkan gambar
Raya kedua, berhari raya di rumah saudara abah mertua di paya luas temerloh. Dulu masa arwah tok teh masih ada setiap tahun kami akan beraya ke kg.Tekal temerloh. Sekarang dah masuk tahun ke 3 arwah tok pergi dijemput Ilahi. tetiba rindu dekat arwah tok walaupun tak lama sangat mama bersama arwah tok tapi kenangan bersama arwah tok tetap dalam ingatan, tok teh ni tok en.azmi, kecik2 dulu en.azmi duduk dengan tok teh la, bila raya je naik bas balik kampung Tekal ni lepas tu jalan kaki sampai ke rumah tok, cerita en.azmi pada adrien masa kami dalam perjalanan beraya tu. lepas ke paya luas kami ke rumah saudara belah mak mertua pulak, disini mengahbiskan masa yang agak lama sebab menunggu tuan rumah memasak nasi minyak, sedap nasi dan lauknya, memang kenyanglah makan, balik rumah malam tu memang mama tak makan lagi dah sebab perut dah kenyang, lagipun dalam beraya sakan bab makan ni kena beringat juga lah sebab umur dah meningkat ni kan, cuba2 timbang berat alhamdulillah masih maintain berat yang ada.

Bersama mak mertua, adik2 ipar dan biras mama

mertua bersama menantu2
Raya ketiga, hari ni tak kemana-mana pun sebab dipenuhi dengan aktiviti memasak, tapi bukanlah mama yang memasak pun mama tukang sibuk je, potong itu dan ini kikiki..maklumlah tak berapa nak pandai masak sangat kalau banyak2 ni kan, kalau masak sikit2 je bolehlah, eh tapi kalau disuruh boleh aje cuma tak tahu lah sedap atau tidak itu je lah kan. masak2 pada raya ke 3 sebab nak menerima rombongan merisik untuk adik en.azmi, alhamdulillah sudah bertemu jodohnya, mohon kawan2 juga doakan moga jodoh mereka berpanjangan, inshaAllah kalau takde apa2 aral, bulan sept ni berlangsunglah majlisnya, pihak lelaki tak mahu lama2 sangat, oklah mama pun gigih juga nak pilih tarikh kan, ye lah seronok kot sebab dah lama takde kendurikan, itu yang rasa seronok tu, tak sabar nak bincang2 nak pakai sedondon kaler apa masa majlis nanti.

Raya keempat, masih meneruskan edisi berhari raya, kali ini ke kampung tekal pula, walaupun tok dah takde kami ke rumah makcik, adik ipar mak mertua, dalam perjalanan tu nampaklah rumah arwah tok teh, rasa sayu lak hati bila tengok rumah tu, pertama kali jejak kaki ke rumah tu masa baru kawin dengan en.azmi, lepas majlis kamilah yang hantar tok balik, tok kata dekat mama "eolok2 naik tangga tu, awok tak pandai dak naik tangga tinggi2 macam ni" comel je tok nih, cucu menantu dia ni bukan orang pekan tapi orang kampung jugak, dekat rumah pun ada tangga tinggi dulu-dulu. Balik dari rumah makcik kami ke paya luas lagi ke rumah ayah angkat abah mertua pulak, rumah ni memang setiap tahun pergi.



Raya kelima, tak ke mana2 dah sebab dah nak balik rumah sendiri pulak, sekejap je rasa bercuti raya. Balik raya kali ni menumpang paklong je, jadi balik pun dengan paklong jugaklah. Lepas asar baru gerak balik dalam pukul 6 baru gerak ingatkan jalan dah oklah rupanya sesak jugak, nak lepas ke tol bentong pun dah berjam2, singgah shell dululah buat apa yang patut, toilet pun jenuh berbaris tapi mujur toiletnya bersih, surau pun ok, telekung wakaf yang tergantung dekat situ bersih2, telekung siti khadijah lagi tu, moga terus bersih hendaknya dan sebagai pengguna kita juga hendaklah menggunakan barang yang tersedia tu dengan berhemah. Dekat pukul 12 baru nak sampai rumah, memandangkan nanti lepas hantar kami balik paklong nak balik rumah sendirian pulak,jadi pergi rumah paklong dulu ambik baju kerja, esok paklong gerak dari rumah kami je.

Itu lah kisah aidilfitri kami, gambar2 yang ada mama ambil dari adik2 & adik2 ipar je malas mama nak ambil gambar kecuali gambar ketupat tu mama la yg snap. Dah 9 syawal hari ni kan..eh mula entri 6 syawal, penutup entri 9 syawal lak ye lah tulis bersambung2 macam ni lah walaupun malas tapi tetap nak berkongsi cerita disini. Ada yang dah beepuasa 6 ke? Moga mama diberi kekuatan untuk berpuasa...almaklumlah lepas2 ,raya ni kan ada je yang tergugat bila tengok biskut raya hehehe teruk sungguh lah.

Wassalam

13 comments:

  1. Sape yg tergugat tengok biskut raya tu? Hihi.
    Bagi akk pulak tahun ni tahun paling tak best, huhu.. Takpelah malas nak citer, tumpang baca cerita raya mama dan kawan2 lain jelah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..meriah raya mama. Tu yang best bila kampung sebelah-sebelah ni, tak payah tempuh jem nak g rumah mertua. Ramai pakai baju tema purple tahun ni. Uish, ramai adik-beradik single lagi ni, bolehla hantar resume. Hehehe..gurau je mama. Selamat hari raya, maaf zahir batin

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya mama :)

    Meriah nampaknya raya depa hehe... Bata pun batalah janji semua masuk dalam gambar hikhik...

    Jom puasa 6 mama...kita pun belum start ni :(

    ReplyDelete
  4. Meriah! Selamat Hari Raya to you and family. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya kak lah..
    Wah..cerita raya sekali gus ye.
    Sama la..rindu kat arwah tok teh.
    Tak sabar nk kenduri, rasa mcm da lama x kenduri.. Hehe.. Agak2 kali ni kaler apa pulak ye.

    ReplyDelete
  6. ketupat palas tu kan.. bestnya.. suka makan tapi tak berani nak commit buat benda ni.

    ReplyDelete
  7. salam aidilfitri maaf zahir batin =)

    ReplyDelete
  8. hari raya memang wajib beraya sakan.
    best nyer baca diari beraya AA. wonderful :)

    ReplyDelete
  9. Mmg meriah baca cerita raya awak Azra, tu baru baca tu kan, kalau ada bersama sama kat situ sure lagi meriah ek. Kelebihan kawen dgn org dekat, senanglah nak mengangkut periuk ke sana kemari. Nak beli Noxxa jugaklah kalau cenggini hihi

    Bukan main kamcing lagi peluk mertua tu hihi.... den jugaklah yg dah jadi menantu yatim piatu huhu...

    ReplyDelete
  10. Meriahnya raya.. Sha paling suka part kunjung mengunjungi.. Mengeratkan silaturrahim..

    ReplyDelete
  11. salam aidilfitri.. meriah :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...