Assalamualaikum...
Dalam bulan syawal ni anak2 sekolah pun ada jamuan rayalah dekat sekolah. Anak2 kemain gembira nak beraya dekat sekolah. Si adrien balik rumah baitau ustazah kata bawa je apa2 air pun boleh tapi biskut raya tak boleh.Abg adam pulak lagi senang, ustaz kata tak payah bawa apa2 ustaz sediakan semua..wahhh bagusnya ustaz, ini untuk jamuan sekolah agama, walaupun cakap takyah sediakan apa2 tapi mama goreng jugalah nuggetkan benda yang paling senang bagi sedekah kawan anak2 makankan. Dah settle untuk sekolah agama semalam.
Hari ni dekat sekolah kebangsaan pulak, cikgu dah tetapkan menu apa yang perlu dibawa sebab buat beraya ramai2 bukan dalam kelas je.Kelas abg adam kena bawa bihun goreng, adrien pula kena bawa biskut raya je, ada kelas lain bawa sos je. Biskut raya tu mudah je lah kan sebab memang ada lagi stok biskut raya dekat rumah, itupun sebab mama sorokkan, kalau tak sorok mesti habis punya, yang mama tak sorok tu memang dah makin menyusutlahkan.
Untuk abg adam bihun goreng memikir jugalah mama ni, masa mana mama nak gorengnya kalau goreng pagi2 mesti tak sedap pulak nantikan. sebab abg adam sekolah petang dah la hari jumaat lambat lagi nak ke sekolahnyakan. Sudahnya minta tolong dengan ibu pengasuh anak2 tolong gorengkan. Alhamdulillah ct kata ok boleh tolong..hehehe logo hati den ni ha, ye lah tak sedap pulak nak bagi anak2 makan bihun goreng sejukkan, kurang2 sampai kat sekolah masih suam2 sedap sikit nak makankan.
Adelya jamuan raya Pasti hari ahad ni, ibu bapa kena join, ok jugak tu kan macam tahun lepas jugalah, pun senang juga budak 5 tahun bawa biskut raya atau kerepek je, sonang hidup mama ko ni nak oii, nak masak memasak ni raso macam malas pulak dah. Bila dapat kerja senang sukalah mama, minggu depan jamuan raya ofis mama pulak, nak kena buat ketupat palas dan rondang ni ha raso eh malas tapi dah ada adik2 yang mengharap nak makan, maka mama merajinkan diri untuk memasak.
Esok lusa jiran2 buat open house, gantung periuklah mama 2 harikan. Sabtu dopan pulak jamuan raya taman bersama jiran2, ahad depan kengkawan sekolah nak datang rumah kata mereka tak pernah datang rumah kitorang lagi jadi marilah datang tapi takdelah mama buat open house, kata kawan2 mama yang nak datang tu untuk memudahkan tuan rumah dorang buat stail potluck je, masing2 bawa makanan, tuan rumah sedia air je..hahh senang betullah keje mamakan hehehe Tak sabar tunggu minggu depan sebab dah lama tak jumpa kawan2 mama tu. Moga perancangan kami berjalan lancar.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
seronok budak-budak beraya kat sekolah. zaman dulu kak laili bawak biskut raya buat rasa-rasa sesama kengkawan sekolah :)
ReplyDeletelega pengasuh dapat tolong mudahkan kerja. Bestnya ada open house, meriah la makannya! Selamat Hari Raya kak. Singgah sini & follow blog ni :D
ReplyDeleteSALAM LEBARAN YAN N FMILI LAMA XJMPA TAN
ReplyDeleteWah.. Yen dgn abg da jamuan raya. Aimy tak ckp lg psl jamuan raya. Kuih raya pn da makin susut. Hehe..
ReplyDeleteSenang la kelas yg bwk sos je.. Hehehe..
Lega pengasuh nk tlg gorengkan. Mama bg bahan je la ye?
Bulan syawal ni, mmg gantung periuk je la ye, open house sana sini.
Banyak nau jamuan mama ye hikhik...
ReplyDeleteKita pun minggu depan Abang Angah ada jamuan, pun Cikgu dah bagi menu masing2. Angah kena bawa air gula je. Sonang koja jugak tu :D
Sha pun ada jamuan di opsi Isnin depan.. Pra sekolah Amani dah buat jamuan.. Tinggal sekolah pagi dan petang Amani je belum lagi.. Kalau makanan senang, memang sukalah nak sediakan, kan kak.. Kikiki..
ReplyDeleteMinggu satu lagi kita pulak yg nak datang rumah awak ye. Jangan buat buat lupa pulak hihi...
ReplyDeleteRajinnya ibu pengasuh nak tolong menggoreng meehoon tu ek Azra...
sedap biskut :)
ReplyDeletePASTI x ajak parents pun.
ReplyDeletekalau la dijemput, sure nak gi.