Monday, 15 August 2016

Situasi yang berbeza

Assalamualaikum...

Dari pengalaman mama yang punya 3 orang anak dan setiap anak tu beza yang sulung dengan yang kedua lebih kurang 2 tahun, abg adam lahir 25 dis 2009, adrien lahir 9 dis 2011 dan adelya lahir 22 ogos 2013, jarak yang dekat macam tak sempat nak bagi kasih sayang pada anak kan.

Biasanya bila ada anak kedua, yang pertama kurang diberi perhatian,tapi abg adam tetap diberi sepenuh perhatian ye lah abg adam pun kecik lagi masa ada adrien tu kan, masa pergi hospital dengan ibu tengok adrien abg adam macam terpinga-pinga je. Kasih sayang mama sama cuma mungkin lebih perhatian pada adik, tapi pada en.azmi abg adam tetap diberi perhatian, semua yang abg adam nak en.azmi bagi. Sampai mama pernah kata " papa tu sayang abg lebihkan" pada adrien yang masa tu memang tak faham apa-apa pun.

Bila adelya lahir...sudah pasti kasih sayang penuh buat adelya tapi tetap sayang juga pada adam dan adrien, cumanya disini,bukan abg adam yang sulung itu yang kurang perhatian tapi adrien yang cool itu yang rasa terpinggir sedikit. Mama yang rasa tentang itu bilamana adrien lebih suka mengalah bila nak rebut kasih sayang mama...entah tak reti pulak mama nak tulis ayat tu macammana.

Macam abg adam sulung dapat perhatian dan kasih sayang penuh sebab yang sulungkan, masa adrien tak sempat bermanja lebih dapat adik pula, bila adrien datang nak peluk-peluk sayang-sayang mama, adelya terus berlari pada mama "ini mama yaya bukan mama yeyen" terus tolak adrien ke tepi tapi mama tetap peluk adrien sambil tu peluk juga adelya dan kata pada adelya "mama ni mama yeyen juga, bukan mama yaya sorang je" " tak boleh! ini mama yaya bukan mama yeyen" kata adelya. Adrien dengan muka takde perasaan mula pergi jauh, sedih mama dengan keadaan tu.

Nak marah adelya pun tak boleh jugakan sebab adelya pun kecil lagi tak faham apa-apa, apa yang boleh mama buat cakap sajalah, lepas tu masa adelya leka bermain mama pun peluk-peluk dan sayang-sayang adrien, peluk sambil tanya itu ini, biar adrien rasa yang dia tetap ada dihati mama nih dan sudah pasti memang anak-anak ada dalam hati mamakan, biar berapa ramai pun anak-anak mama. Dalam situasi mama ni anak yang kedua yang kurang mendapat perhatian berbanding anak yang sulung..hehehe


Agar anak-anak tak terasa mama lebihkan yang lain, setiap pagi mama kejut abang adam mama peluk dan cium abang adam, ye lah anak yang sulung perlu dicium dahulu, kemudian adrien baru adelya. Abang adam ni suka memberontak sedikit kadang-kadang meninggikan suara, mama tak salahkan abang mungkin silap mama, mama masih kurang berdoa, tapi abang tinggikan suara pada mama mama tak kisah, tapi mama kisah bila abang tinggikan suara pada orang lain.Bila orang cerita buruk pasal abang..mama rasa sedih sangat, takpe abang..ujian untuk mama kan..InshaAllah satu hari nanti semuanya pasti baik. Pada mama abg tetap anak yang baik, mama tak kisah orang tegur dan marah abang jika abang salah cuma mama terasa hati bila orang membandingkan abang dengan yang lain..



Adrien seorang yang lebih sempoi dan cool je, lebih mendengar kata, suka buat hal sendiri tapi kadang-kadang memberontak juga, bila dia mula nak apa yang dia nak, kalau tak dibagi memang dia akan berbunyi sepanjang masa, contoh dia nak tengok chanel 611, en.azmi buka chanel lain..dia akan menangis dan cakap "yen nak tengok 611.." sampailah kita rasa bosan dan buka chanel yang dia nak, kalau setengah jam en.azmi buka chanel lain, maka setengah jam jugalah dia berkata "yen nak 611" ulang dan ulang tanpa rasa penat..pffff mama yang tensen. Tadi papa puas membebel pada adrien sebab nak buat homework pensil takde, en.azmi membebel sebab pensil dia pun dah abis kena rembat dengan anak-anak nak buat kerja takde pensil, sekali dah penat bebel adrien dengan selamba datang cakap "papa..yen nak pensil nak buat keje sekolah" adoiii...mama gelak je, macam takde perasaan budak sorang nih, penat papa bebel dia buat tak tahu je



Adelya...anak perempuan ni berbeza sikit walaupun ganas tapi sikap gigirl tu tetap ada, nak melawa, kalau main nak ajak mama main, ajak mama selfie, nak pakai baju cantik-cantik, tidur pun nak peluk-peluk nak cium-cium dulu, kalau abang-abang salam, cium mama lepas tu terus tidur, kalau adelya nak cium-cium sampai dia puas, main geletek-geletek, gelak-gelak dulu baru nak tidur...hehehe, membebel pun boleh tahan anak dara ni, ada je benda yang nak dicakapkannya. Lagi satu kalau nak sesuatu tu mesti nak juga, malam ni boleh dia nak pakai dress? Hadoiii suruh pakai baju tidur dia tak mahu tetap nak pakai dress, hentam je lah tuan puteri ye



Hai...banyak yang nak ditulis sebenarnya tapi entahlah..mood pun ke lautan hindi dah ni haaa, tulis pun entah apa-apa dah agaknya nih, Point sebenarnya nak cakap dalam situasi mama yang ada 3 orang anak nih, bukan yang sulung kurang perhatian tapi yang nombor dua lebih kurang perhatian yang diberi...haaa gitu je sebenarnya tapi entah apa yang mama membebel pun entahlah, kepeningan pulak mama nih..



Oklah mama berenti dulu lah, ada masa cerita lagi..mama pun dah mula busy nih, hari-hari pun balik lambat, sabtu pun dah mula kena kerja, tak lama ahad pun kena kerja juga..huhuhu, terimalah seadanyakan...rezeki Allah yang bagi. Kalau mama tak sempat muncul kat blog kawan-kawan maaf ye..tapi mama akan cuba cari masa untuk singgah. Whatsapp pun tak sempat nak layan sangat, kadang orang dah abis topik baru mama mencelah..hehehe ok lah masa untuk tidur

Wassalam

12 comments:

  1. Sifat setiap ank berbeza AA
    AA 3..kak Nur 5..neriah rumah dibuatnya

    ReplyDelete
  2. akak... adam ngn adrien lahir thn yg sama ke? thn 2009? kih3

    mana mungkin 3 org blh sama je perangainya kan kak....
    kalu sama je nnti bosan lak mak pak nyer, pangai lain2 baru best

    ReplyDelete
  3. setiap ank berbeza karekter & cabarannya...

    xpe.. abg adam kecil lagi..maybe dia xde niat nk ckp tinggikan suara..maybe mksud dia nk bgtahu sesusungguh hati... smuanya msh blh dibentuk lg..

    hehe..kiranya adrien jns teguh pdrian kot tu.. apa y dia nk..slagi x dpt..slagi tu dia usaha ..

    haha..adelya gegirl..seganas manapom..xleh lari kan minat2 nk cantik2 n melawa

    ReplyDelete
  4. wahh mak ngan anak macam kakak n adik je,comel rupanya mama aryan ni..anak irda yang alya tu pun suka melawa,bukan main suka pakai tudung mama dan main handbag mama..huhu ..gegirl kan.:)

    ReplyDelete
  5. SUKA SGT KAN DIKELILINGI ANAK2 N KITA MENJAGA/MENDIDIK MRK DGN PENUH KASIH SYG TANPA ADA RASA MEMBEZAKANNYA.

    ReplyDelete
  6. Bukan kurang kasih sayang tu mama yan, kita yg mgkn rasa camtu, tapi anak2 ni karekter dirg kan berbeza antara ank sulung, ank tgh, ank bongsu, mcm si bongsu akk tu, kadang dia sendiri manjakan diri dia.

    ReplyDelete
  7. anak-anak kita ni berbeza-beza, mana ada yg sama w/pun adik beradik
    kita emak ayah yg kena main peranan, tak boleh pilih kasih, kan Ilah

    ReplyDelete
  8. Tu diaaaaa.....namanya pun ibu kan Azra, ragam, sifat diaorang semua sorang sorang dlm genggaman...
    Walau apa pun mereka masa kecik ni, moga mereka menjadi anak soleh dan solehah...
    Kalau awak nak tau kan Azra, muka awak ada dlm setiap muka budak budak tu.

    ReplyDelete
  9. Saya faham sangat situasi ni walaupun saya cuma ada dua anak aje. Sampai bergaduh-gaduh lakibini sebab si bapa kata emak lebihkan anak sulung, emak pulak kata si bapa yang lebihkan anak kedua! Endingnya, anak-anak yang pening kepala dengar makpak bertekak ~_^

    Anak saya yang pertama dan kedua beza 5 tahun. Kalau ikutkan puaslah si abang tu berkasih-sayang dengan MommyDaddy (di sini Daddy tak berapa sangat, kasih-sayang dan tumpuan Mommy yang selalu jadi perhatiannya, anak emaklah katakan...) tapi bila dapat adik, dia tetap rasa terpinggir sebab kita lebih tumpu perhatian pada adik yang masih kecil dengan anggapan dia dah besar dan boleh faham.

    Tapi sampai ke hari ni, semua kata saya melebihkan anak sulung padahal saya ni nak ambil hati anak sulung saya sebab dah semua orang sibuk melayan kerenah si Adik Cute! Kalau tanya pada saya sebagai emak, of courselah saya sayang dua-dua anak saya. Kalau salah satu takda, saya yang tak bernyawa dulu tau!

    ReplyDelete
  10. Setiap anak memang berbeza Ilah.Anak akak yg pertama dgn yg ke 2 berbeza cuma setahun 2 bulan je.Masa kecik dia dulu memang selalu memberontak...mungkin akak kurang perhatian pd dia agaknya.

    ReplyDelete
  11. mcm mcm ragam kan
    teletah adelya sama mcm rania time nk tido tu. bab bju tu pon sama. hahaha

    sedey j bla tlak yeyen tu.
    mcm mana lah situasi saya plak nti, kan !

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...